www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 14 April 2011

TERKINI : PESTA MENABUR WANG BERMULA DI SARAWAK

Tinggal 36 jam lagi sebelum hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat bakal berdepan cabaran paling sukar setelah sepuluh hari berkempen – 'politik wang' di kawasan luar bandar.

Bukan lagi rahsia, BN dikatakan sentiasa bersandar kepada imbuhan pilihan raya pada saat-saat akhir pengundian, taktik yang tidak mampu ditandingi gabungan PKR, DAP dan PAS.

Seorang kapitan daripada kawasan majoriti Iban di Sri Aman mendakwa, petugas BN akan menabur wang tunai kepada pengundi di rumah-rumah panjang pada malam 15 April bagi mempengaruhi undi pada hari sesudahnya.

“Saya dengar kali ini mereka beri RM50 untuk seorang pengundi,” katanya sambil mendakwa jumlah itu cukup bagi pengundi Iban di kawasan itu yang pendapatan bulanan mereka antara RM100 hingga RM300.

NONE“Bulan lalu saya sudah kumpulkan senarai di kawasan saya dan berikan pada agen BN. Mereka akan mengedarkannya hari ini atau esok. Saya masih perlu kemaskini senarai itu.”

Jawatan kapitan atau pemimpin masyarakat Cina merupakan jawatan lantikan kerajaan yang dicadangkan oleh wakil rakyat BN setempat. Mereka mendapat elaun RM850 sebulan. Jawatan yang hampir sama bagi masyarakat Iban dipanggil tuai rumah (ketua rumah panjang).
Pembelian undi sudah mula
Pakatan juga mendakwa di banyak kerusi 'panas' di kawasan luar bandar pembelian undi sudah berlaku.

NONEDi Ba'kelalan - pengurus kempen PKR Paul Bian mendakwa setiap keluarga mendapat antara RM1000 to RM2000 – dakwaan melibatkan jumlah wang tertinggi setakat ini. PKR menurunkan pengerusi majlis pimpinan negerinya Baru Bian, di kerusi ini.

Selain politik wang, PKR juga mendakwa mereka bergelut memeriksa daftar pemilih kerana percaya lebih separuh daripada pengundi kawasan itu dipindahhkan dari tempat pengundian mereka.

NONEDakwa Paul lagi, terdapat risalah menyatakan Baru membuat untung besar dengan menjadi peguam kepada penduduk kampung yang menghadapai masalah dengan tanah adat (NCR) masing-masing.

BN juga dilihat bertali-arus menyerang kawasan berkenaan dengan ramai tokoh heavyweight mereka seperti Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat kawasan itu hari ini.
Sampaikan cek

Paul bagaimanapun percaya, Baru yang bertanding kali ketiga mempunyai kelebihan kali ini berikutan “kempen awalnya”

Suriyati Abdullah pkr Balingian mukah jubilant crowd“Kami bermula amat awal untuk mendidik pengundi. Saya yakin kami mendapat sokongan 60 peratus pengundi,” kata Paul lagi.

Di Belaga, sokongan pada BN didakwa mula kukuh apabila Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Datuk James Masing menyampaikan cek dan hak milik untuk rumah panjang di Sungai Asap sebagai pampasan untuk penempatan semula tanah mereka.

Bagaimanapun, aktivis setempat dan penulis blog Wing Miku mendakwa, BN masih mempunyai masalah ekoran pampasan yang diberikan didakwa hanya separuh daripada apa yang dijanjikan manakala hak miliknya pula hanya selama 60 tahun.

NONESungai Asap ialah tempat penempatan semula untuk penduduk yang terjejas oleh pembinaan empangan Bakun sebelum ini.

Di Beting Maro - kerusi paling berpotensi dimenangi PAS - parti Islam itu masih risau terhadap 'pembelian' undi yang didakwa melanda sejak beberapa hari lalu.
RM200 satu pintu

"Ada di satu tempat, RM200 diberi untuk satu pintu. Jadi, ada yang turut minta jumlah yang sama daripada PAS untuk menukar undi. Saya tidak beri. Ini rasuah.

NONE"Saya tanya, hari ini dia beli RM200, esok dia ambil tanah harga RM2 juta. Kamu hendak RM200 atau mahu pertahan tanah?" kata seorang petugas PAS, Jamaludin Ishak.

Menurutnya lagi, PAS setakat ini yakin akan memenangi 10 peratus undi Iban manakala undi Melayu, peluang masih terbuka untuk kedua-dua pihak bertanding.

Sementara itu, di Saribas pula, selain berterusan turunnya tokoh heavyweight BN, petugas PKR turut mendakwa usaha mempengaruhi undi melalui pemberian wang dan babi di rumah panjang sudah berlaku.

NONE"Kita harap, sebagai counter attack, kita boleh bawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah di malam terakhir. Bukan lama, 30 minit sudah cukup (untuk pertahan sokongan)," kata pengarah pilihan raya PKR Saribas Abang Kassim Abang Bujang.

Menurutnya, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam dan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Noh Omar dijadual berada di Saribas untuk berkempen di saat-saat akhir.

Setakat ini, Abang Kassim menambah, PKR berada hanya sedikit di depan dengan kedudukan 51-49.

http://www.malaysiakini.com/news/161541

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online