www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 26 April 2011

CINA TAK TOLAK CINA. UTUSAN DAN UMNO PENIPU.

“Pengundi Cina menolak SUPP bukanlah gambaran Cina menolak Melayu; kerana yang menang calon Cina dari DAP, dan yang tewas juga ialah Cina dari SUPP.

“Lantaran itu tidak timbul soal Cina bersatu untuk tolak Melayu,” tegas Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tindakan terdesak lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia untuk menggerakkan “1Melayu, 1Bumi” ekoran menerima tamparan hebat kehilangan kebanyakan kerusi Cina pada pilihanraya Sarawak dibidas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Beliau turut menyelar gesaan agar orang Melayu bersatu di bawah gerakan 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan akhbar Umno itu ekoran tamparan hebat di Sarawak sebagai satu tindakan tersebut benar-benar mencerminkan kegagalan Umno dalam memahami situasi sebenar di Sarawak, dan kegagalan mereka memahami bahawa rakyat Malaysia sudah menolak parti bersifat perkauman.

Selepas hilang semangat apabila Perdana Menteri Najib Razak menjauhkan diri daripadanya, seruan Utusan Malaysia untuk Umno menggerakkan 1Melayu, 1Bumi hari ini mendapat nafas baru apabila mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita baca Utusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain.

“Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang,” kata Muhyiddin yang dipetik The Malaysian Insider.

Menjawab balas kenyataan Muhyiddin, Tuan Ibrahim berkata bahawa dakwaan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia adalah suara Melayu, sebenarnya tersasar kerana akhbar tersebut tidak layak untuk dijulang sebagai pembawa suara Melayu kerana orang Melayu yang bermaruah akan menolak gagasan sempit 1Melayu, 1Bumi kerana ianya ibarat mencurah minyak ke atas api perkauman di negara ini.

“Politik perkauman sempit Umno memperlihatkan ia gagal menjadi parti tulang belakang bagi rakyat pelbagai kaum dan agama dalam pentadbiran negara.

“Tindakan TPM seolah-olah menyemarakkan api perkauman dengan membenarkan akhbar Utusan Malaysia terus menjadi saluran api perkauman adalah sangat bahaya untuk masa depan negara Malaysia yang terdiri pelbagai bangsa, dan pada masa yang serentak menzahirkan pertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang menjadi slogan PM selama  ini,” tegurnya.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata seharusnya akhbar berperanan untuk memupuk perpaduan kaum selain menjadi sumber penyaluran maklumat dan bukannya menjadi dalang untuk mencetuskan api permusuhan dan perkauman.

“Muhyiddin diingatkan agar berhati-hati supaya tidak menyemarakkan api perkauman dengan memberikan sokongan yang salah kepada perkara yang silap kerana implikasinya sangat besar bilamana pemimpin negara yang sepatutnya membina kerukunan, perpaduan dan keharmonian negara gagal bertindak dengan sewajarnya,” nasihat Tuan Ibrahim.

PAS, katanya menyeru semua pihak agar kembali kepada prinsip Rukun Negara bagi menghormati susila negara, bangsa dan memelihara keharmonian negara.

“PAS, dalam pengalaman lampau ingin mengingatkan rakyat bahawa isu perkaumanlah yang menjadi penyambung tali hayat kepada parti-parti komponen BN. Mereka akan menyemarakkan api perkauman sebelum isytihar pilihanraya agar parti asabiyah ini akan terus dapat sokongan rakyat,” ujar beliau lagi

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online