www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday, 27 April 2011

TERKINI: POLIS KATA DAH TAHU SIAPA PELAKON. JADI DNA ESKAY BUAT APA? PERANGKAP ANWAR...!

Isu Video Seks kini memasuki fasa kedua. Agak pelik bila orang yang menyangkan filem lakonan seks kemudian diri dia sendiri serahkan DNA dia, untuk apa? Kenapa Shazryl Eskay serah sampel DNA ? Polis kata siasatan dah selsai dan boleh dedahkan siapa pelakunya bila-bila masa jika perlu, tetapi kenapa tiba-tiba DNA Eskay diserahkan kepada Polis? Polis nak buat apa jika kata dah siap siastan? Pelik bin ajaib.
Esok dia nak buat sidang media, untuk apa? Dia nak umum DNA yang dia bagi tak sama dengan DNA pelakon setelah dibandingkan di Bukit Aman? Jadi siapa pelakon? Anwar...........sah Anwar akan diperangkap hidup-dhidup dengan lakonan hebat....tunggu....................
Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio Datuk T yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks kontroversi kepada sekumpulan wartawan baru-baru ini, menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada polis bagi membantu siasatan kes berkenaan pada Rabu.

Shazryl Eskay ketika ditemui pemberita di Bukit Aman berkata, polis telah memintanya menyerahkan sampel DNA dan bertanyakan beberapa soalan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan mengadakan sidang akhbar esok.
Rakaman video yang dikaitkan dengan pemimpin utama parti pembangkang itu dirakamkan pada 21 Februari sebelum dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac.

Selain Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah ahli trio berkenaan.

DNA palsu kini bertebaran di Petaling Street..................................Awas nasib anda...

============================================================================

Video seks: Polis akan dedah 'pelaku' jika perlu
Apr 26, 11 3:38pm
Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

NONE"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan.

"Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di Subang hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, timbalannya Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.

"Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu ianya akan dipulang semula kepada kita.

NONE"Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini," katanya.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Mengenai perkembangan kes kematian pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, Khalid berkata Peguam Negara masih meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan pada Jumaat lalu.

"Kita masih lagi menunggu beberapa laporan-laporan dari pakar yang belum siap sepenuhnya sebelum Peguam Negara boleh buat keputusan," katanya.

Mesyuarat hari ini membincangkan mengenai perkara-perkara baru dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk cara menyelesaikan siasatan kes dan mengesan saksi.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online