www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 25 April 2011

UMNO WARNING LDP : KEPIMPINAN MUSA DIPERTIKAI WAKIL CINA BN SABAH

Gesaan Parti Liberal Demokratik (LDP) supaya perubahan kepimpinan negeri dilakukan adalah melampaui batas, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Sehubungan itu, Yahya yang juga Setiausaha UMNO negeri meminta kenyataan seperti itu dihentikan segera kerana dibimbangi akan memecahbelahkan komponen Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

"Saya jarang sekali membuat komen seperti ini, namun, LDP nampaknya semakin lama semakin melampaui batas.

"LDP harus menghentikan komen-komen yang menghentam pucuk pimpinan terutamanya Ketua Menteri kerana perkara seperti itu adalah ganjil dan tidak munasabah dilakukan dalam satu keluarga parti komponen BN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program larian cergas 1 Putatan 1 Malaysia di pekarangan Kompleks Belia dan Sukan Putatan di sini hari ini.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Ir. Edward Yong; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Dahali Matsin dan Penolong Pegawai Daerah Putatan, Adnan Atin.

Baru-baru ini Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Pin dilaporkan berkata, BN perlu melakukan perubahan kepimpinan di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi harapan rakyat khususnya masyarakat Cina.

Larian anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan (JBS) Negeri, Pejabat Daerah Putatan dan Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Putatan itu disertai kira-kira 1,000 peserta.
Menurut Yahya, semua pemimpin UMNO negeri amat kecewa dengan kenyataan itu dan berpendirian terus menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

"Jangan fikir bila kita lambat untuk memberi respons, Musa seolah-olah keseorangan dalam hal ini kerana bagi UMNO sekiranya ketua diusik secara berterusan ia turut menyakitkan hati semua ahli dan barisan parti komponen lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan isu tersebut tiada kena-mengena dengan ketidakpuasan masyarakat Cina di negeri itu tetapi hanya permainan LDP.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online