www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 25 April 2011

AHMAD MASLAN MAI TANDING DI PULAU PINANG JIKA ANAK JANTAN

Umno yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun sokongan daripada masyarakat cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

"Saya percaya orang cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.

"Justeru saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jamuan 1Malaysia anjuran Umno Bahagian Batu Kawan di Juru di sini Ahad malam.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa memberi kemudahan dan bantuan yang sama rata kepada semua kaum di negara ini. -BERNAMA

JIKA AHMAD MASLAN ANAK JANTAN SILA BERTANDING DI MANA-MANA KAWASAN PARLIMEN PULAU PINANG YANG RAMAI PENGUNDI CINA. ADA BERANI KAH?

JANGAN CAKAP TEMBERANG KATA CINA MASIH SOKONG UMNO....MAI LA DATANG PENANG, JADI ANAK JANTAN. JANGAN DOK ASYIK TIPU MASYARAKAT FELDA....

Kawasan Parlimen Negeri Pulau Pinang

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online