www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 19 April 2011

INGATKAN SARAWAK RUPANYA MUAR...Penduduk Rayu Lampu Jalan

Memalukan Umno Johor je. Surat pembaca ini sepatutnya dialamatkan terus kepada Ahli Parlimen Muar. Siapa ye? Kalau tak silap penulis ialah Datuk Razali Ibrahim. Dulu dia bekas Ketua Pemuda Umno Johor, lepas tu jadi Timbalan KJ dalam Pemuda Umno Pusat. Kenapa masalah kecil macam ni masuk surat khabar? Razali ke mana? Tak buat kerja ke? Jangan harap Najib nak pilih jadi calon PRU-13? Jangan harap.......

Surat Pembaca.


Saudara Pengarang,
PENDUDUK di Kampung Sri Muar sehingga kini ternanti-nanti pemasangan lampu jalan di sini terutama di dua jalan utama iaitu Jalan Sri Muar Utara dan Jalan Sri Muar Selatan.

Pada tahun 2009, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sudah meluluskan RM2.8 juta untuk projek luar bandar sekitar Kulaijaya dan pemasangan lampu jalan di kampung ini adalah antara agendanya.

Sudah dua tahun berlalu namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berwajib sedangkan penduduk berdepan dengan pelbagai masalah kerana ketiadaan lampu jalan yang diharapkan.

Jalan yang gelap bukan saja membahayakan pengguna jalan raya di sini malah turut mengundang kepada kejadian jenayah seperti pecah rumah yang kerap kali berlaku di kawasan kami ini.

Setiap kali pilihan raya kecil ada bagi peruntukan, pilihan raya negeri di Sarawak juga begitu tetapi diharap janji yang pernah dinyatakan kepada kami di sini tidak dilupakan. Bernama.

p/s. Kesian orang Umno Johor ni. Agaknya peruntukan RM 2.8 juta tu dah habis di bawa ke Tenang semasa pilihanraya kecil dulu. Negeri maju konon tapi tiang lampu pun takde.


6 comments:

sangkakala on 20 April 2011 at 12:23 said...

betul ke? mana pegi ADUN PAS kawasan tu? kan ke kwasan tu dalam DUN Maharani? jangan le asyik nak kata pemimpin BN je tak buat keje..ADUN PAS lak si Dr Mohamad taslim tu kemana? duk goyang kaki ke..baik takyah bertanding kalau semua nak org lain buat..surat tu pun ditujukan kepada ADUN PAS..bukan kepada Datuk Razali..

puterilangbuana on 20 April 2011 at 12:41 said...

kahkahkah..kan dahkena tu..lain kali kalau nak tulis blog cari fakta ye bro..kalau takde fakta jangan pandai-pandai nak tulis nanti naya je..utk makluman semua pembaca YB Razali begitu perihatin pada masalah rakyat..hinggakan puterilangbuana dengan masa perjumpaan PM dengan beliau pun PM dah pening..macam2 beliau minta untuk kemudahan rakyat..tapi ADUN PAS pula cuma tahu membangkang je dalam sidang DUN..bukan mencadang tapi asyik nak membangkang..kalau dah bangkang je lama-lama mesti jadi bangang..mana punya Universiti le ADUN ni dapat Dr dia tu..opss takyah masuk U pun boleh kan..kan masa kat merlimau dulu pun calonnya dapat diploma PAS yang bagi..hehehehe

puteri maya sari on 20 April 2011 at 12:54 said...

wah..best ni..ada lak kata YB Razali tak dapat jadi calon masa PRU nanti..lu sapa bro yang nak tentukan calon BN..BN pilih calon antara yang terbaik dan YB Razali adalahsalah sorang seperti yang di nyatakan..bukan macam pembangkang letak Dr tapi tak tau le Dr apa..kalau dalam sidang DUN asyik nak bangkang je baik balik rumah duduk celah kangkang..kihkihkih..pu3mayasari rasa lepas ni bagi tukartayarbaru jadi calon kat kawasan tu..kalau boleh menang le lepas ni..atau pun pu3mayasari cadangkan supaya tukar nama blog ni kepada tukarpaskepadaumno.blogspot.com..amacam okey x? kuangkuangkuang..pu3mayasari ingat lagi lagu spr dulu..bunyinya mcm ni..'marilah mari pegi mengundi..jgn lupa kewajipan pada negara' sekarang kita TUKAR macam ni 'marilah mari pegi mengundi..jangan kita kasi PR printah negara' huhuhuhuhu...HIDUP YB RAZALI..

sangkakala on 20 April 2011 at 13:24 said...

kahkahkah..untuk makluman..kihkihkih..cawangan yang penulis bolg ni maksudkan bukan dalam parlimen muar pun..hahahaha..tapi dalam parlimen kulai..nampak sangat le penulis blog ni duduk tepi laut yang hanya memandang laut luas tiada tepian..DUN dan Parlimen ada sempadan bro..lain kali kaji dulu..jangan nak hentam semacam je..hehehe..aku dah nak pecah perut ketawa ni..nak tekencing pun ada bila dapat tau cawangan ni takde dalam parlimen Muar..tukartayarbaru..lepas ni tukar rim pilak ye..kahkahkahkahkahkah..mati ketawa aku ni kang..wahahahahaha..adesss!! naya2 penulis blog ni..kena kencing ngan orang je..walauweh..wachaaaaaa..mesti hangin satu badan ni...

puteri maya sari on 20 April 2011 at 13:34 said...

betul ke sangkakala? jap pu3 nak gi ****** jap...hah lega..boleh sambung balik..ni bukan bloggers duk tepi laut ni..tapi dalam hutan..agaknya dia dengar kera becakap kot..hahahahahahaahahahahaa...pu3 nak ter******* lagi..kang ter******* dalam seluar pulak..hehehehe..

puteriUMNOWP on 20 April 2011 at 17:25 said...

wahahaha..padan muka..tu le pasal..tulis lagi..kan dah mendapat..periksa dulu bro..baru le report dalam blog..ada akal pakai..hidup biar berakal mati jangan jadi hantu..kuhkihkih

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online