www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 22 April 2011

DR.MUJAHID JUGA PERTAHAN TG.ABD.HADI KEKAL PRSIDEN PAS

SHAH ALAM – Meskipun menonjolkan idea pembaharuan bagi Pas menerusi bukunya, Menuju Pas Baru, Dr Mujahid Yusuf Rawa menyifatkan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih diperlukan parti itu.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, Abdul Hadi telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik untuk parti.

“Kerana itu, apabila timbul isu beliau mahu ditukarkan, saya tertanya-tanya, mengapa? Takkan kerana satu pencalonan saya untuk mencabar beliau, seorang presiden yang sudah laksanakan tanggungjawab dengan baik untuk parti kita mahu tukarkan,” katanya.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, rekod baik kepimpinan Abdul Hadi sangat jelas.

“Banyak kejayaan yang kita capai di bawah kepimpinannya terutama menang di banyak kerusi termasuk merampas negeri Kedah, Selangor dan Perak pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Kerana itu, kata Mujahid, kepimpinan Abdul Hadi masih diperlukan untuk menghadapi persaingan politik semasa.

Mengenai pencalonan Pas Bukit Bintang untuk Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mencabar Abdul Hadi, beliau berkata, sejak era kepimpinan ulama bermula 1980-an, jawatan Presiden Pas yang dulu dikenali Yang Dipertua, tidak pernah ditandingi.

Diandaikan barang kali atas sebab itu, Husam kemudian membuat kenyataan meminta beliau tidak lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan tertinggi kerana tidak mahu memecah tradisi, Mujahid berkata: “Ada kemungkinan ...”

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online