www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 19 April 2011

GELOMBANG MERAH UMNO, INDAH KHABAR DARI RUPA...

KETIKA tumpuan rakyat kepada perkembangan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 yang berakhir Sabtu lalu, PAS pula mempergiatkan kempen dan ceramah politik di Kelantan. Jika sebahagian besar ahli UMNO membantu kempen di Bumi Kenyalang, PAS dengan jentera kerajaan negeri yang sudah 21 tahun mentadbir Kelantan menemui rakyat dan memberi penerangan untuk meneruskan sokongan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dianggap pemimpin contoh.

Dalam strategi peperangan, menyerang hendap musuh yang leka adalah peluang terbaik untuk mencapai kemenangan. PAS mengambil pendekatan Adolf Hitler untuk meranapkan UMNO Kelantan yang belum pulih daripada sikap berpuak. PAS menyerang ketika UMNO leka melihat perkembangan politik di Sarawak. Sumber PAS memberitahu, tidak kurang lima ceramah dianjurkan setiap malam di setiap jajahan. Bayangkan betapa aktifnya parti pembangkang itu untuk mempertahankan kekuasaan di Negeri Darulnaim ketika UMNO belum serius untuk merampas semula Kelantan yang tewas sejak 1990.

UMNO mungkin sekadar berbangga dengan kempen Gelombang Merah yang didakwa mampu menarik 400,000 pengundi muda menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Harapan besar itu tidak mudah dicapai kerana pola pemikiran pengundi Melayu Kelantan berbeza. Cara hidup, sosioekonomi dan tradisi pondok mencorakkan perbezaan ketara antara Kelantan dengan negeri lain.


Sebahagian besar penduduk Kelantan walaupun didakwa ‘miskin’, mempunyai latar belakang perniagaan yang luar biasa. Ramai anak Kelantan menguasai syarikat di Kuala Lumpur tetapi memilih Kelantan untuk melunaskan zakat setiap tahun. Ada juga yang menjadi pegawai kanan kerajaan dan ahli profesional di Lembah Klang tetapi masih prihatin dengan sistem siasah di negeri sendiri. Ramai perantau Kelantan yang membuat keputusan di peti undi di negeri kelahiran walaupun sudah bermas-tautin di tempat lain.

Keunikan penduduk Kelantan kurang dikaji pimpinan UMNO negeri hingga menimbulkan jurang antara pengundi dan penguasa BN peringkat negeri. Kecuaian ini memberi manfaat kepada PAS yang terus mendekati rakyat dengan pelbagai cara. Ceramah PAS menjadi tumpuan di samping laman web dan media baru yang banyak memberi impak kepada pengundi muda.

Ada pemimpin UMNO Kelantan sekadar berbangga dengan keputusan pilihan raya kecil di Manik Urai pada 2009 dan Galas, tahun lalu yang didakwa memihak kepada BN. Tanggapan ini bukan ukuran kerana pilihan raya kecil berbeza pilihan raya umum. Jentera parti dan pelbagai infrastruktur boleh dieksploitasi pada pilihan raya kecil tetapi mustahil tumpuan diberikan ketika Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dibubarkan.

UMNO Kelantan melancarkan Gelombang Merah bagi memperkasakan parti di samping mendedah kepincangan pentadbiran Nik Aziz sejak 21 tahun lalu. UMNO memberi fokus isu air, tanah dan masalah generasi muda yang ‘bertele-tele’. UMNO juga mendedahkan kepincangan pentadbiran Nik Aziz yang tidak mampu menyelesaikan isu rakyat. Kes salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pentadbiran negeri kurang meyakinkan rakyat kerana sehingga kini tiada pendakwaan di mahkamah.

UMNO turut prihatin membantu rakyat miskin di samping menyampaikan bantuan kepada murid cemerlang dalam peperiksaan. Bagaimanapun, gerakan ceramah dan aktiviti siasah masih tidak setimpal berbanding kerancakan PAS mendekati rakyat. Program yang baik tanpa tindakan drastik untuk menemui pengundi tidak membawa hasil diharapkan. Di kalangan ahli

UMNO Kelantan masih keliru sejauh mana usaha menawan semula Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi sasaran utama.
PAS akur Nik Aziz tidak kebal di Kelantan, tetapi mereka yakin UMNO belum bersedia merampas pentadbiran negeri disebabkan masalah dalaman yang tidak pernah selesai. Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan sentiasa mengingatkan ahli PAS mempergiatkan kempen dan sedia menghadapi UMNO.

Terpulang kepada ahli UMNO Kelantan untuk menentukan nasib parti ketika rakyat mengharapkan perubahan siasah yang lebih mencorakkan masa depan mereka.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UMNOmestibatasiceramahPASjikamahurampasKelantan/Article

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online