www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 20 April 2011

ALI RUSTAM AKUI PROJEK AIRPORT LTAM GAGAL. SPRM AUDIT ALI DITINGKAT BAWAH SAHAJA.

Dulu Ali Rustam hina Kelantan kata negeri tak maju. Ali kata Melaka ada lapangan terbang peringkat antarabangsa. Rupa-rupanya dari Melaka ke Indonesia sahaja. Lawak giler jadinya. Hari ini Ali tak pasai-pasai mengaku LTAM ciptaan dia gagal. Camana nak jadi TPM lawan Muhyiddin, projek lapangan terbang pun gagal. Muhyiddin pasti tersenyum. SPRM boleh audit ke?

Duit peruntukan dah keluar tapi projek gagal. SPRM ada berani datang audit akaun Ali ke? Kalau nak audit projek ni SPRM sila pastikan dibuat ditingkat bawah Seri Melaka? Bimbang Ali akan lari la pulak nanti. Ali ni tak sudah-sudah akan salahkan orang lain, dah tahu awak tu KM maka awaklah yang patut bertanggungjawab. Itulah cerdik pemimpin Melaka, pilih orang kelulusan SPM jadi boss tentulah merapu pelan ekonomi dia. Melaka oh Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengakui operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tidak mendapat sambutan.

Beliau yang mempersalahkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) berkata kesan kini LTAM yang terletak di Batu Berendam kelihatan sunyi sepi berikutan kekurangan aktiviti penerbangan dijalankan di situ.

"Saya rasa kesal dan kecewa terhadap agensi pelancongan terbabit kerana tidak menjalankan promosi terhadap LTAM sehingga lapangan terbang ini tidak mendapat sambutan.

"Kita tidak boleh tunggu kerajaan negeri sahaja berusaha menjalankan promosi dan kegiatan lain bagi menarik pengguna untuk gunakankemudahan di LTAM," katanya.

Menurut Mohd Ali, biarpun ketika ini terdapat syarikat penerbangan Indonesia iaitu Riau Airlines dan Wings Air beroperasi di LTAM namun kelemahan dari segi promosi perkhidmatan tersebut telah menyebabkan ia gagal beroperasi menurut apa yang diharapkan.

Beliau meluahkan perkara itu dalam sidang media majlis perasmian Seminar Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) peringkat negeri Melaka.
LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dengan kos keseluruhan berjumlah RM131.5 juta dijalankan.

NONE


1 comments:

Raja Ban Jir Bin Tengku Juh on 20 April 2011 at 13:41 said...

Dulu SPRM siasat Tok Guru Nik Aziz 25 Jam. Berapa jam mahu bagi SPRM siasat Ali Rustam? Aku takut masa SPRM duk siasat Ali Rustam, tiba-tiba Ali Rustam jatuh bangunan dari tingkat.. Tingkat berapa itu aku x mau tahu...

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online