Email 1Malaysia: Najib didakwa berbohong |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 April: Pendedahan demi pendedahan terhadap email 1Malaysia mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada rakyatnya sendiri dan dilihat cuba untuk membantu syarikat yang ada kaitan dengan adiknya. Pelbagai laman web dan blog mula mendedahkan perkara ini termasuk siapa sebenarnya yang berada di belakang syarikat yang hampir bankrap, Tricubis Berhad, yang mendapat projek bernilai RM50 juta ini. Kemuncak dari dakwaan pembohongan ini adalah apabila Najib melalui Twiiternya membuat kenyataan bahawa, "E Mail 1Malaysia adalah projek swasta. Tidak ada wang awam yang terlibat dan semuanya secara sukarela." Pelbagai pihak mempertikaikan projek Email 1 Malaysia ini. Dari segi keutamaannya, Exco kerajaan negeri Selangor, Rodziah Ismail mempertikaikan kenapa habiskan wang untuk email sedangkan yang diperlukan rakyat adalah ekses kepada internet. Baru-baru ini, kerajaan melalui Pemandu, memberitahu, email yang kononnya percuma ini akan dikenakan pula bayaran kepada agensi-agensi kerajaan. Menurut satu sumber lain, kadar yang dijangka adalah 50 sen setiap satu email. Melalui berita itu, Pengarah perhubungan dan infrastruktur NKEA Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek memberitahu stesen radio BFM, agensi kerajaan akan membayar yuran tertentu untuk menggunakan email ini kerana ia berkaitan dengan database. Laman web Merdeka Review pula melaporkan, Tricubes Berhad, syarikat yang mendapat projek Email 1 Malaysia adalah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan dan disenaraikan Bursa Malaysia dengan status GN3. Jika ia gagal mengemukakan program penstrukturan semula kewangannya hujung Oktober 2011 ini, syarikat ini akan berdepan dengan risiko dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia. Pemegang saham kedua terbesar Ticubes Berhad adalah Commerrce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan oleh Bank Negara bersama Commerce Group ( atau Bumiputra-Commerce Holding Berhad Group). Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holding Berhad Group kini dinamakan CIMB Group yang diterajui oleh adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak iaitu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, lapor Merdeka Review. "Najib mahu rakyat percaya bahawa syarikat yang hampir bangkrap iaitu Tricubis Berhad yang diberikan kepercayaan untuk membangunkan projek email satu Malaysia akan mengeluarkan dananya sendiri. "Najib mahu rakyat percaya syarikat yang mengalami masaalah kewangan ini akan mengeluarkan belanja RM50 Juta sebagai projek amal untuk kerajaan Satu Malaysia. "Apa yang jelas, terbukti najib menipu rakyat secara terang-terangan. Email yang kononnya percuma rupanya akan dikenakan bayaran kepada agensi-agensi kerajaan," tulis blogger Milosuam dalam blognya. |
http://www.harakahdaily.net/
0 comments:
Post a Comment