www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 21 April 2011

SIAPA DI BELAKANG AZIZ BARI? TG.HJ.HADI DIMALUKAN, YB NASHA JADI TARGET UTAMA.

Menggemparkan apabila penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari dilihat menjadi catur penentu dalam pemilihan jawatan tertinggi PAS. Dengan meyatakan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi liabiliti kepada pembangkang serta tidak menonjolkan nama PAS dalam persada politik tanah air serta kegagalan PAS mendapat sebarang kerusi di Sarawak telah menjadi senjata utama Prof.Aziz Bari.

Jika kit aingat dulu, kerana kritikan pedas Aziz berkenaan masalah kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS lah yang telah menyebabkan sebuah Muktamar Khas telah membincangkan perkara tersebut. Ribut dalam PAS kerana Aziz. Siapa Aziz Bari dalam PAS? Semua orang PAS kenal beliau sebagai sorang akdemik dalam bidang undang-undang yang banyak memberikan ceramah dan memberikan komen yang selari dengan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. Kenapa hari ini Aziz begitu berani menyelak kain dalam PAS? Siapa dibelakang Aziz Bari? Jika tidak ada yang menyuruh pasti Aziz takkan berani menyelak kain dalam orang, percayalah mesti ada dalang atau komplot tertentu telah mengelirukan Aziz dan seterusnya menggunakan beliau dalam percaturan jawatan tertinggi dalam PAS.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar TG Hj.Hadi menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

“Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.

“Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008, malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi  dari tujuh kerusi pada 2004,” kata Herman.

Hari ini, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz turut mempertahankan Tok Guru Hj. Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Tidak cukupkah dengan teguran Tok Guru Nik Aziz ini, jangan lawan Hadi sebab kekalahan dalam pilihanraya tetapi lawan jika Hadi melanggar syariat. Kita berharap mana-mana ahli PAS atau beberapa kelompok PAS, janganlah menjadi seperti Aziz, nak menyelak kain dalam PAS tanpa usul periksa. Memang tak salah bertanding mana-mana jawatan dalam PAS tetapi jika tiada kepincangan yang jelas melanggar syariat apa nak digantikan.


Aziz mesti ada agenda tersembunyi? Kerana siapa? Anwar? Husam? Mat Sabu? Hanya Aziz yang boleh memberikan jawapannya. Aziz juga dilihat mempunyai serampang dua mata? Satu untuk memalukan Tok Guru Hj.Hadi dalam usaha mempertahankan jawatan Presiden dan keduanya untuk membuka ruang bagi calon baru menentang YB .Nasharuddin bagi jawatan Timbalan Presiden. Jika Presiden boleh dicabar inikan pula jawatan Timbalan. Nasharuddin sebenarnya kini panas dalam api sekam, bila-bila sahaja boleh terbakar andai dicucuh api oleh Aziz dan orang yang dibelakangnya.

Adakah ini akan membenarkan bisik-bisik bahawa ada usaha terancang untuk menyingkirkan Ust.Nasha dari jawatan Timbalan Presiden? Ini bukanlah mustahil sebab ramai yang tak suka stail kepimpinan Ust.Nasha sebagai orang nombor dua dalam parti. Jika mereka sendiri tak berani nak lawan berdepan, maka tidak mustahil mereka akan melobi Mat Sabu untuk berlawan dengan Ust.Nasha. Maka akan jadilah pertarungan yang hebat bagi jawatan Timbalan kelak.

Namun begitu, kita masih amat berharap agar teguran Prof.Dr.Aziz Bari lahir dari hatinya yang jujur, terbit dari pena akademik yang berlandaskan kebenaran, maka dari segi itu kita boleh terima pandangan beliau dengan berlapang dada dalam dunia politik yang penuh keseniannya. Namun jika ada udang disebalik batu, jika ada kepentingan yang terancang atau ada muslihat disebalik segala ucapannya, maka itu bukanlah cara yang terbaik untuk menukar saf kepimpinan PAS. Dalam PAS telah ada Majlis Syura, biarkanlah mereka menjalankan tugasan mereka dalam penentuan jawatan dalam PAS. Takbir..........





0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online