Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.
Selain itu, ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari dalam satu kenyataan berkata kerajaan juga wajib memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan bumiputera mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia.
“Sejak PERKASA dilancarkan di Sarawak, ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini.
“Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” katanya.
Kenyataannya itu adalah yang terbaru berikutan rentetan beberapa siri artikel yang diterbitkan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bermula Ahad lalu dalam ruang kolum oleh 'Awang Selamat' supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya,
'Awang Selamat' - nama sama yang digunakan oleh para editor Utusan berkata sentimen anti BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan bahawa masyarakat berkenaan bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka di bidang ekonomi tetapi juga mahu menjadi dominan dalam bidang politik.
Hari ini, timbalan ketua pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan (kiri) mencabar Umno untuk melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini pada kadar segera, Gagasan itu bagi menangkis apa yang dakwa Zaini sebagai agenda DAP untuk memastikan pengundi Cina meramaps kuasa politik daripada orang Melayu.
Menyokong tuntutan Utusan itu, Abang Abdul Nasser berkata tindakan masyarakat Cina yang mengundi DAP seperti yang terlihat pada keputusan pilihan raya Sarawak ke-10 yang lalu “diibaratkan seperti membela buaya yang dalam kekenyangan pun akan menggigit tuannnya”.

Kenapa Utusan cadang pada Najib Umno untuk melaksanakan slogan 1Melayu 1Bumi khusus untuk orang Melayu Umno sahaja? Kenapa dengan 1Malaysia? Gagal? Sebab gagal kerana tak dapat undi Cina? Kenapa tuduh orang Cina khianat negara sebab tak undi BN di Sarawak? Cina tak khianat negara, Cina khianat pada BN yang jahat. Sebab apa mereka khianat? Sebab hanya pemimpin Cina dan BN yang kaya tapi rakyat miskin. Hanya pemimpin Cina dan BN yang rasuah sahaja dibenci oleh orang Cina. Cian tak benci Cina sebab semua calon-calon DAP berbangsa Cina.
Mereka benci Cina BN yang berpayungkan parti BN yang jahat dan rasuah, itu sahaja. Selepas beberapa pemimpin Umno membidas kaum Cina, kini giliran Utusan melalui Awang Selamat mengibarkan rasisme di Malaysia, hari ini disokong oleh Perkasa bawak Tok Berahim Ali. Kenapa nak histeria bila Cina undi Cina? Melayu pun undi Melayu kenapa tak histeria? Memang Umno dan BN sedang nazak, maka keluarlah idea merapu jahat ini.
Memang melalut idea orang besar Utusan ini. Orang Umno pun tak terfikir sampai tahap iyu untuk menubuhkan kelab rasisme. Sama ada orang Umno tidak cerdik atau memang takut pada Cina? Kita tunggu bagaimana isu ini didendangkan oleh utusan dalam beberapa hari akan datang.
0 comments:
Post a Comment