KOTA BHARU: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 15 September lalu, sudah ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sehingga siasatan polis selesai.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, berkata SPRM memandang serius kes itu dan tidak akan melindungi pegawai berkenaan, jika didapati terbabit dengan kegiatan jenayah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, berkata SPRM memandang serius kes itu dan tidak akan melindungi pegawai berkenaan, jika didapati terbabit dengan kegiatan jenayah.
Ketiga-tiga mereka bukan pegawai kanan seperti dilaporkan media tapi hanya pegawai biasa berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29).
Pada 15 September lalu, seorang penggurup asing didakwa disamun tiga pegawai SPRM di KLIA menyebabkan mangsa kerugian sebanyak AS$300,000 (RM900,000).
Mangsa dikatakan didatangi ketiga-tiga pegawai terbabit kononnya cuba melakukan pemeriksaan mengejut ke atas mangsa yang dalam proses mahu membawa keluar wang AS$300,000 ke Singapura melalui lapangan terbang itu.
Suspek kemudiannya cuba mengugut mangsa supaya menyerahkan sejumlah wang bagi tujuan melepaskannya daripada pemeriksaan, tetapi mangsa enggan menurut arahan mereka.
Berikutan itu, suspek mengambil wang itu kononnya untuk dirampas sebelum menghilangkan diri.
Zakaria berkata, SPRM memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan itu dan pada masa sama, SPRM mengadakan siasatan dalaman bagi menentukan sama ada berlaku perlanggaran peraturan yang serius sebelum mengambil sebarang tindakan.
0 comments:
Post a Comment