www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 12 September 2011

PANAS CALON PRU13. DI SELANGOR KHIR TOYO, RONNIE LIU BAKAL DIGUGUR. JIKA MAT SABU DI P. NIBONG TEBAL, SIAPA CALON BN BERANI?

PETALING JAYA: Biarpun tarikh pilihan raya umum-13 (PRU13) masih dirahsiakanm namun cakap-cakap mengenai pembahagian dan penukaran kerusi dikalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah pun kedengaran.

Lebih menguatkan lagi kenyataan tersebut apabila, bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting telah menyatakan beliau tidak akan mempertahankan kerusi yang disandangnya.

BN juga telah mula memberikan penerangan kepada jentera pilihan raya parti itu dengan taklimat pertama telah diadakan di Kedah pada Sabtu.
 
Di Perak, perbincangan mengenai penukaran kerusi di kalangan parti komponen BN telah bermula sejak beberapa bulan yang lalu sekaligus menguatkan lagi dakwaan pilihan raya umum semakin hampir.

Difahamkan MCA dalam perbincangan dengan MIC telah bersetuju untuk bertukar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Buntong dan Sungkai kepada parti itu.

Parti Gerakan pula dijangka akan mendapat kembali kerusi Parlimen Taiping yang dipinjamkan kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) sejak 2004.

Presiden PPP, Datuk M. Kayveas juga dikatakan telah bersetuju dengan cadangan tersebut selepas parti itu dijanjikan kerusi Parlimen Gerik.

Di Johor, BN dan PR dikatakan sudah mula mengenalpasti nama-nama yang sesuai untuk diketengahkan sebagai calon pada PRU13.

Beberapa calon veteran BN termasuk Ahli Parlimen Tebrau, Datuk Teng Boon Soon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tan Kok Hong (Bekok) dan Hoo Seong Chang (Paloh), dijangka bersara dan memberi peluang kepada muka baru parti itu.

Jurucakp BN berkata parti itu dijangka mengemukakan muka-muka baru bagi beberapa kerusi Parlimen dan DUN.

PR juga dikatakan telah mula sibuk menyusun strategi mereka dengan Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng dilihat berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Di Pulau Pinang, cakpc-cakap telah mula kedengaran apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikatakan bermuinat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor sementara anak kedua Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, 26 dijangka akan bertanding di Nibong Tebal.

Ahli Parlimen Bebas, Tan Tee Beng yang menang atas tiket PKR pada 2008 pula dikatakan berminat untuk bertanding di kerusi DUN.

Blogger DAP dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeef Ooi pula dikatakan tidak akan dipilih untuk mempertahankan kerusi Jelutong kerana beliau didakwa telah banyak mengecewakan penyokong setia DAP.

Difahamkan berdasarkan laporan risikan yang dibuat, BN telah mengenalpasti 25 kerusi DUN yang mampu di menangi di Pulau Pinang dengan 10 kerusi di pulau sementara 15 kerusi di Seberang Perai bagaimanapun kenyataan tersebut telah dinafikan oleh pemimpin PR.

Di Selangor, kedua-dua parti dilaporkan sibuk menyusun strategi dengan setiap wakil rakyat dikatakan cuba menonjolkan kemampuan masing-masing bagi mengelakkan diri daripada tersingkir sebagai calon.

BN dijangka mengugurkan nama bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sementara bagi PR, nama dua ADUN DAP M. Manoharan (Kota Alam Shah) dan Ronnie Liu (Pandamaran)juga mungkin akan disingkirkan sebagai calon.

 www.mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online