www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 19 May 2011

PEMUDA UMNO KELANTAN KELAPARAN AGAKNYA NI? MANA TOK PA?

GUA MUSANG 18 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO negeri mengulangi desakan terhadap kerajaan Pas Kelantan supaya mengeluarkan kertas putih berhubung isu Ladang Rakyat yang kini semakin serius.

Bendaharinya, Datuk Bazlan Baharuddin bagaimanapun menjelaskan, pihaknya sama sekali tidak terlibat dengan perhimpunan aman yang disertai kira-kira 500 masyarakat Orang Asli di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang pada pagi ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang berkata, tindakan masyarakat Orang Asli itu adalah luahan hati mereka sendiri yang kian terhimpit disebabkan tanah adat mereka diambil untuk aktiviti pembalakan, Ladang Rakyat dan perlombongan.

"Demonstrasi Orang Asli ini dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan kami seperti didakwa Pas kerana mereka makin tertekan dan hilang punca pendapatan disebabkan masalah ini.

"Pendirian kami jelas meminta kerajaan Pas Kelantan supaya mengeluarkan kertas putih berhubung isu Ladang Rakyat seperti mana memorandum yang kita serahkan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lebih 500 masyarakat Orang Asli berkumpul secara aman di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang pagi ini bagi menuntut pengiktirafan terhadap tanah adat seperti yang termaktub di dalam undang-undang.

Dua hari lalu, beberapa NGO termasuk Pergerakan Pemuda UMNO dan Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK) mengadakan demonstrasi di hadapan Kota Darulnaim bagi menyerahkan memorandum mengenai penyelewengan Ladang Rakyat.

Ekoran itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan lebih 50,000 hektar tanah telah dibangunkan sebagai Ladang Rakyat melibatkan kira-kira 10 syarikat.

Kesemua tanah itu dibangunkan atas nama Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan manakala syarikat terbabit hanya membangunkannya sahaja.

Bazlan berkata, penjelasan yang diberikan oleh kerajaan Pas Kelantan baru-baru ini tidak mencukupi dan tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh pihaknya.

"Kita mahu kerajaan Pas Kelantan senaraikan semua nama syarikat yang terlibat dan senaraikan semua nama penerima program Ladang Rakyat," katanya.


(Kesian melihat telatah para Pemuda Umno Klate ni, cerita mereka ni sama jugak kot dengan cerita Umno Pulau Pinang, cuba perhatikan: Umno PP sibuk kumpulkan duit warga emas yang diberi oleh kerajaan negeri DAP, maka dapatlah dalamn RM23,000 lebih agaknya, jumlahnya dalam 230 orang warga emas Umno je tu yang keras kepala, padahal beribu orang lagi warga emas Umno yang tak pulangkan duit tu pada Umno. Konon nak boikot kerajaan DAP padahal orang-orang tua tu menyesal tak sudah, kawan2 yang lain dok sibuk kempen dapat duit RM100 kat kedai kopi yang dia pulak termenung ikut kata pemimpin Umno yang memang sudah kaya raya tu....itulah kebodohan orang Umno yang terus ditipu masak-masak oleh pemimpin mereka. Pasal Ladang Rakyat ni, adakah mereka ni iaitu orang Umno di Klate yang mulanya tak sudi terima projek Ladang Rakyat tapi akhirnya mengamuk sakan sebab cemburu tengok para peserta Ladang Rakyat dapat dividen sebanyak RM200-RM300 setiap bulan......banyak tu. Sebab tu mereka buat demo kat Pejabat Daerah. Betul ke lagu ni orang PAS Klate? Ambo bertanya nak dapatkan pengesahan je....)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online