www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday 21 May 2011

ADA LAGI UMNO P.PINANG RUPA-RUPANYA........INGATKAN DAH BERKUBUR

PEKAN: Umno Pulau Pinang mengakui bakal menghadapi cabaran getir pada pilihan raya umum akan datang, namun mengharapkan 'kejutan' daripada rakyat untuk menguasai kembali negeri itu. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) kini bukan hanya melawan parti politik, sebaliknya turut berdepan jentera kerajaan negeri.

"Kalau dulu, BN bertarung bagi mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, begitu juga di Selangor dan Kedah...kini, kita bukan sahaja melawan parti tetapi jentera kerajaan negeri, orang yang sedang berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Pekan di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhammad dan Ketua Puteri Umno Pekan Nor Azita Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang sebagai paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

Zainal Abidin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno bagaimanapun berkata, beliau mengharapkan kejutan daripada rakyat untuk menumbangkan kerajaan negeri pimpinan DAP yang dilihat mengamalkan politik tidak bertanggungjawab.

(Kesian Umno Pulau Pinang, kusangka sudah dikafankan di pulau sana rupanya masih bernafas di bumi Pahang tempat Najib dilahirkan. Kenapa pergi jauh sampai ke Pekan  Pahang..........nak mintak senjata daripada Najib ke? Sebab baru-baru ini Najib  kata akan guna segala jenis senjata untuk merampas negeri Selangor. Mungkin juga Umno Pulau Pinang berminat nak guna senjata yang telah Najib iklankan tersebut agaknya....Kena bayar ke percuma DS Najib? Atau masuk buku hutang? Begitulah Umno Pulau Pinang, bak kata orang tua, hidup segan mati tak mahu....." Tiba-tiba muncul berita tentang Umno Pulau Pinang dalam The Star. Selama ini wartawan pun rasa macam dah tak wujud lagi Umno Pulau Pinang? Betul lah? Sebab dalam media BN pun kata Pulau Pinag dah jadi macam DAP punya. Sebut je Penang...........pasti orang kata "DAP tu.....". Lambat laun selepas PRU12 nama Umno Pulau Pinang semakin tak kedengaran. Cuba anda sebut nama ini dan jawatan beliau sekali, bacalah dan sebutkan berulangkali, : .......Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman. Anda kenal ke siapa mamat ni? Pelik bin ajaib? Nama yang tak pernah dikenali kini dilantik Najib untuk menerajui Umno Pulau Pinang yang semakin nazak.......kesian orang Umno di pulau ni kan....baik masuk PAS je la wei...)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online