www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 18 May 2011

DAKWA PENGUATKUASA JAWI SEBABKAN KEMATIAN BEKAS POLIS: BEKAS MUFTI PERLIS

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar tindakan penguatkuasa agama yang menyebabkan kematian dalam operasi pencegahan maksiat, seperti yang dilaporkan semalam.

Menurutnya, tindakan bagi membendung "maksiat peribadi" seperti khalwat dan minum arak yang dilakukan secara bersembunyi sehingga menyebabkan kematian adalah satu dosa.

"Maka anggota operasi perlulah didakwa dan dibicara atas tuduhan menyebabkan kematian," katanya ketika mengulas kes mangsa mati terjatuh kerana mengelak intipan sebuah jabatan agama, dipercayai merujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Mereka ini telah menyebabkan mungkar yang lebih besar iaitu kematian kerana ingin mencegah kemungkaran kecil iaitu 'khalwat' dan menggunakan kaedah pencegahan yang dilarang oleh agama iaitu mengintip."
 
http://www.malaysiakini.com/
 
.....................................................................................................................................................................
 
Laporan terdahulu.
 
Bekas Polis Maut Elak Dicekup JAWI
 
KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi Selasa.

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online