www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 18 May 2011

OBAMA TERSELAMAT : DONALD TRUMP TIDAK BERTANDING CALON PRESIDEN AS 2012

NEW YORK - Bilionair terkenal yang juga penerbit program realiti televisyen The Apprentice, Donald Trump kelmarin mengumumkan tidak akan bertanding untuk menjadi calon Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 2012.

"Perniagaan merupakan keghairahan saya yang terbesar dan saya tidak bersedia untuk meninggalkan sektor swasta," katanya yang berusia 64 tahun.

Beliau sebelum ini seolah-olah akan menjadi calon Presiden AS bagi mewakili Parti Republikan dan kerap membuat komen menentang pentadbiran Barack Obama.

Trump juga aktif mempersoalkan sijil lahir Obama sehingga mengakibatkan Presiden AS itu mendedahkan dokumen tersebut bagi membuktikan beliau lahir di Hawaii sekali gus layak bertanding dalam pilihan raya Presiden. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online