www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday 9 April 2011

Terkini...VIDEO PANAS MP REMBAU, KHAIRY KATA KISAH LAMA.....Saksikan...!

Isu video panas Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno kini menjadi bualan ramai. Banyak pihak yang ingin menontonnya untuk melihat kejaguhan aksi seorang pemuda berbanding dengan pelakon tua berperut buncit dalam video seks Anwar. Khairy secara sinis menjawab ianya adalah kisah lama. Apa kata Chegu Bard.

Dakwaan kononnya turut wujud rakaman video seks membabitkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi mengalih tumpuan rakyat daripada isu sama mengaitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy ketika ditanya media berhubung perkara berkenaan berkata, ia adalah satu usaha yang tidak berasas untuk menjatuhkan dirinya.

"Saya melihat ini satu usaha untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat daripada skandal yang melibatkan pemimpin pembangkang.

"Ia kisah lama yang sebenarnya keluar pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas untuk menjatuhkan saya tetapi tidak berjaya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah One Malaysia 'JOM KEDAH' di sini, Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam sebuah harian berbahasa Melayu hari ini, berhubung dakwaan kononnya wujud video seks melibatkan beliau (Khairy). - BERNAMA
Read rest of entry

SURUHANJAYA DIRAJA, ANWAR SETUJU. NAJIB TOLAK? KENAPA NAZRI? Masa Untuk Menjadi Anak Jantan Bermula....

Cabaran Umno dan Najib yang mendesak Anwar bersetuju ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kesahihan video seks sudah disambut oleh Anwar. Anwar setuju jika Najib juga setuju membuat perkara yang sama terhaap kes kematian Altantunya Sharibuu  yang diletupkan dengan bom C4. Kes Anwar kecil sahaja kerana ia melibatkan dalan negara sahaja tetapi kes Altantunya merupakan kes besar yang menjadi tumpuan dunia.

PM Najib berani ke? Nazri sila pujuk PM anda supaya menjadi anak jantan jika dia tak bersalah? Ambil DNA najub jika andan berani? Mari kita bandingkan dua kes nwar danNajib ini. Mana yang lebih dahulu layak untuk disiasat Suruhanjaya DiRaja?












PROFIL KE ALTANTUNYA

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia. Di dalam kes ini, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor, Malaysia. Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini. Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.
 
Altantuya Shaariibuu telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, berdekatan Shah Alam, Selangor di antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.

Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang. Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyakki dibunuh dengan letupan C4 iaitu probable blast related injuries (kecederaan berkaitan letupan).

Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar (35 tahun). Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas. Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.

Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.

Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam , Selangor.

Biodata Altantuya

Altantuya Shaariibuu berusia 28 tahun dari Ulan Bator, Mongolia disyaki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bator. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.

7 / 8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda , bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak kecilnya bernama Altanchagai.Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.
  • Cif Inspektor Azilah Hadri mulanya dibela oleh Zulkifli Nordin. Tapi, Zulkifli Nordin menarik diri kerana ada campur tangan serius pihak ketiga sewaktu pembelaan dan perbicaraan. Kemudian, peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar dilantik sebagai peguambela Azilah Hadri.
Dr Shariibuu Setev seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg Sanjaa (52) tinggal di daerah Bayangol, 19 horoo, Block 56, Apartmen 28, Ulanbaatar, Mongolia .

Razak Baginda

Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya. Beliau merupakan seorang penganalisis politik yang begitu prolifik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Analisis beliau tentang isu-isu politik dan pertahanan di Afghanistan, Iraq dan Palestin diterima umum sebagai pendapat atau senada dengan pendapat rakyat Malaysia.

Razak Baginda yang berumur 46 tahun, menjadi ketua institut pemikir tempatan direman selama 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung Altantuya. Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan dekenakan denda.

Rumah Razak Baginda di Bukit Bandaraya dan di Damansara Height digeledah oleh pihak polis bagi mendapatkan sebarang maklumat. Pasport, komputer riba, komputer peribadi dan beberapa barangan peribadi lain telah diambil untuk dianalisis.

Peguam Razak Baginda ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah memantau barang-barang yang diambil oleh pihak polis.

Pada 11 November 2006, Razak Baginda dimasukkan ke Wad Kecemasan , Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat asma dan penimbunan cecair dalam paru-paru selepas mengadu sakit dada.Kini dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari HKL dengan kawalan polis.

Pada 16 November 2006, Abdul Razak Abdullah Baginda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, Jalan Ampang di sini antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.

Razak didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama. Jika disabitkan dengan kesalahan, Abdul Razak boleh dihukum gantung sampai mati.
Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani pada kira-kira pukul 12.47 tengah hari disaksikan oleh ahli keluarga Abdul Razak termasuk ibu bapanya, isteri yang merupakan seorang peguam, Mazlinda Makhzan dan anaknya, Rowina, 19 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin manakala Abdul Razak diwakili dua peguam bela, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan M. Puravelan.

Reaksi antarabangsa

Media antarabangsa seperti Fuji TV dari Jepun dan Channel News Asia (Singapura) turut membuat liputan.
Kerajaan Mongolia mengarahkan Kedutaan Mongolia di Bangkok, Thailand menghantar surat rasmi bagi mendapatkan penjelasan terpeinci dari Wisma Putra .

Duta Mongolia di Bangkok akan menyerahkan surat daripada kerajaan Mongolia kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, bersabit kes itu.
Laporan media akan kelihatan subjudis dan menghina mahkamah. Kenyataan media oleh Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi boleh menjejaskan proses undang-undang.

Peguam asal Razak Baginda iaitu Datuk Muhammad Shafee Abdullah memohon mahkamah mengeluarkan injunksi bagi melarang kenyataan tanpa wibawa.

Akhbar The New Paper dari Singapura turut mengikuti berita ini. Pihak akhbar tersebut telah menyiarkan 5 halaman termasuk halaman utama tentang kes tersebut pada 18 Jun 2007 apabila kes itu mula dibicara. Akhbar tersebut bukan sahaja melaporkan berita keadaan dalam mahkamah malah turut membuat liputan tentang hal-hal yang berlaku di luar mahkamah. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kes_Pembunuhan_Altantuya_Shaariibuu

ULASAN TERBAIK KES ANWAR OLEH DR.KHIR TOYO

PELAKON ITU BUKAN ANWAR.

1. Tiba-tiba sahaja seluruh negara digemparkan dengan isu video perlakuan seks yang dikatakan menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim. Pendedahan ini dibuat oleh seseorang yang meminta beliau dikenali sebagai Datuk T.

2. Datuk T mengadakan sidang akhbar di Carcosa Seri Negara semata-mata untuk mendedahkan sebuah video "lucah" dan mendakwa lelaki yang terbabit dalam video tersebut ialah dato Seri Anwar Ibrahim. Kejadian tersebut dirakamkan pada 21 Februari 2011 tetapi tidak dimaklumkan di hotel mana ia berlaku.

3. Siapakah Datuk T ini? Jika dilihat dari laporan media, tiada siapa pun yang mengenali beliau atau tahu nama sebenar beliau. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau boleh mengenali Anwar dan membantu mencari jam Anwar di dalam bilik hotel tersebut. Kononnya beliau menjumpai video tersebut secara tidak sengaja dalam usaha mencari jam di dalam bilik tersebut.

4. Anwar menafikan bahawa lelaki dalam video tersebut adalah dirinya. Namun apakah penafian tersebut mencukupi kepada umum? Apakah kata-kata Anwar masih dianggap kata-kata yang suci dan bersih? Anwar menyatakan ini taktik jahat BN. Bukankah Anwar sendiri mahaguru segala strategi politik menuduh dan memfitnah ini?

5. Saya tidak menyatakan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar atau pun bukan kerana saya belum menontonnya. Cuma cara Anwar mepertahankan dirinya dengan cara melabelkan pendedahan ini merupakan agenda jahat Barisan Nasional menjelang pilihan raya Sarawak sangat klasik dan klise sifatnya.

6. Dengan pengumuman persaraan Tan Sri Taib Mahmud, peruntukan dan penumpuan pembangunan kerajaan kepada Malaysia Timur sejak beberapa tahun lalu, BN mempunyai peluang cerah mempertahankan kerajaan negeri Sarawak. Malahan tindakan Taib Mahmud mengetuai jentera Pilihan raya negeri akan datang merupakan kelebihan besar kepada BN. Justeru BN tidak memerlukan pendedahan video seperti ini untuk melemahkan Pakatan.

7. Saya juga percaya pendedahan ini tidak membabitkan BN. Ini kerana dari segi politik BN, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik lawan tetapi menilai kejayaan-kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan. Justeru BN tidak memerlukan isu-isu dalam kelambu Anwar untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

8. Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN. Jika BN terlalu ghairah memainkan isu ini dan akhirnya terbukti lelaki tersebut bukan Anwar, maka Anwar akan mendapat kemenangan besar dari segi populariti politiknya.

9. Malahan jika ada lelaki lain yang hampir seiras dengan Anwar mengaku beliau lelaki dalam video tersebut, ia boleh menukar persepsi ramai orang terhadap skandal-skandal Anwar yang lain. Malahan jika terbukti kemudiannya lelaki dalam video tersebut bukan Anwar, maka beliau akan menggunakan isu ini untuk menjustifikasikan segala tuduhan lain terhadap beliau termasuk kes Mahkamah beliau sebagai fitnah dan konspirasi.

10. Justeru apakah kita mahu menolak kemungkinan video ini merupakan satu strategi politik Pakatan membersihkan Anwar? Melihat strategi politik Anwar sejak zaman pelajar dahulu sehingga sekarang, maka kemungkinan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

11. Walau apa pun kebenarannya, masyarakat kita akan terus dihujani dengan perbincangan-perbincangan dalam kelambu yang memalukan ini. Akhbar-akhbar kita akan terus dihiasi dengan cerita-cerita yang malu untuk membenarkan anak-anak kita membacanya.

12. Selain itu, pendedahan video perlakuan seks di hotel ini selepas kes datuk Seri Chua Soi Lek menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan di hotel-hotel di negara ini. Apakah suatu hari nanti perlakukan kita bersama isteri di dalam Hotel juga akan dipindah naik ke dalam internet?
Read rest of entry

ZAINOL RIJAL CALON UMNO PRU13? ZAHID DAN ZUL NOORDIN KEMPUNAN.....

Selepas Mufti Perlis membidas Zainol Rijal yang juga Presiden Peguam Muslim Malaysia, hari ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia juga membidas beliau dalam kes video untuk dijadikan bahan bukti bagi kes zina. Zainol Rijal ni budak Umno ke? Atau dah condong kepada Umno? Atau nak jadi calon PRU13 bagi parti UMNO? Bab ni kita kena tanya direct pada beliau, kenapa sanggup mengeluarkan idea yang semata-mata nak mengelirukan orang ramai.

Tujuan apa peguam ni cakap macam tu? Supaya kes Anwar sangkut sebab video boleh dijadikan saksi? Siapa yang gembira? Mestilah Najib dan Umno? Jadi siapakah Zainol Rijal ni? Beliau memudahkan tugasan parti mana? Hanya rakyat yang boleh menilai apakah motif budak peguam ni.

Sumber Harakahdaily memberitahu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, yang menyatakan bahawa video boleh diterima sebagai bukti untuk mendakwa seseorang di bawah kesalahan zina di Mahkamah Syariah.

Pada masa yang sama, PGSM juga membidas kenyataan Zainul Rijal Abu Bakar tersebut kerana kenyataan itu boleh mengelirukan masyarakat awam berkaitan dengan pembuktian di dalam kes zina.

“PGSM menyatakan di dalam kes jenayah zina pembuktiannya adalah sangat ketat. Pembuktian jenayah zina ini hendaklah melalui dua cara, iaitu samada melalui pengakuan (iqrar) si pelaku atau melalui kesaksian empat orang saksi (syahadah).

“Ianya bermaksud, pembuktian-pembuktian melalui cara-cara yang lain selain daripada dua cara tersebut adalah ditolak sama sekali,” kata Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip.

Katanya, melihat kepada sejarah, berkenaan dengan pembuktian melalui pengakuan (iqrar) si pelaku, telah membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W memarahi sahabatnya yang tetap melaksanakan hukuman hadd zina terhadap pesalah yang mengakui kesalahan zina tersebut walaupun pengakuannya telah ditarik balik.

Ini, ujarnya menunjukkan bahawa, sekiranya pengakuan yang dilakukan oleh si pelaku telah ditarik balik sebelum dijatuhkan hukuman, maka hukuman hadd zina tersebut tidak boleh dilaksanakan.

Menurutnya, manakala pembuktian melalui syahadah pula, penerimaannya adalah memerlukan syarat-syarat tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu empat orang saksi tersebut hendaklah lelaki, adil dan merdeka.

Ini, tambahnya bertepatan dengan pendirian Ulama’ Syafie dan Hanafi bahawa pensabitan zina hanya boleh melalui dua perkara di atas dan tidak boleh dengan cara tanda (qarinah)berbanding dengan Ulama’ Maliki dan Ibn Qayyim yang meletakkan qarinah sebagai salah satu cara pensabitan zina.
Oleh yang demikian, jelasnya keterangan (bayyinah) adalah termasuk qarinah hanya boleh diterima sebagai keterangan di dalam kes yang bukan melibatkan kes yang berkenaan hudud.

”Oleh yang demikian, PGSM berpendapat bahawa pembuktian-pembuktian lain selain dua perkara di atas tidak boleh dijadikan sebagai bukti bagi pensabitan atas kesalahan zina,” katanya.


Hanya jauhari yang mengenal manikam. JAKIM taknak ulas ke? Menteri Jamil Khir sibuk sangat di Sarawak sampai takde masa nak perjelas kebenaran?

Umno kini sudah ada bakal calon dalam bidang guaman, Zainol ni lebih muda dan lebih berpeluang menang jika hendak dibandingkan dengan Zulkefli Noordinatau Zahid Ibrahim yang juga berprofesyen guaman.


Read rest of entry

WAJAH TUKANG SIHIR/BOMOH TAIB UTK PERTAHAN SARAWAK. MANA JAKIM? Pemimpin Umno Pun Ada Bomoh Kerat 18

Isu bomoh atau tukang sihir KM Sarawak mendapat liputan meluas di media. Jika ini benar alangkah malangnya bagi seorang beragama Islam melakukan perkara yang diharamkan dengan penglibatan tukang sihir atau bomoh dalam semua tindakan beliau. Inikah cara parti BN mendapat Ilham? Naauzubillah.

“Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita,” dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.

“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.

“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.

“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini.

Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.



 

 

P/s. Terasa kembali ke zaman Firaun la pulak di mana penggunaan tukang sihir atau bomoh-bomoh yang jelas syirik untuk melawan Nabi Musa yang menyampaikan wahyu Allah S.W.T.

Janganlah pemimpin BN atau sesiapapun menggunakan khidmat tukang sihir atau bomoh ini.

Apa komen JAKIM? Apa kata Menteri Jamil Khir sebab JAKIM yang jaga agama di Sarawak?
Read rest of entry

KASTAM RM10 BILLION DISIASAT SAMPAI MATI, TAIB MAHMUD & MENTERI BN RATUSAN BIILION? SPRM Bacul, Mana Operasi 3B Kamu? Memalukan...

SPRM jangan jadi bacul terhadap Pegawai Kerajaan sahaja. SPRM dicabar buat "OPERASI 3B" terhadap Menteri dan sekutu BN. Jika Kastam dituduh rasuah lebih RM10 billion, barisan Menteri dan sekutu BN pasti lebih lagi RM100 billion? RM 800 billion? Nazri berani? Mana KP SPRM yang dayus tidak mahu letak jawatan,anda berani? Semuanya menjadi bacul dan kecut telor bila sebut nama Menteri BN, kenapa? Mana integriti SPRM? Untuk pegawai kerajaan sahaja ke? Memalukan sahaja. SPRM tak tahu ke jumlah RM10 billion itu hanya sekelumit sahaja harta Taib Mahmud di Sarawak, kenapa tak siasat Taib? SPRM takut Taib ke?Inikah kerja yang mampu dilakukan oleh SPRM? Menakutkan pegawai kerajaan sahaja.


Laporan Bernama memetik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.

Sumber memberitahu, pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu secara terperinci telah mengesan pembabitan sebuah syarikat yang dipercayai berperanan memasukkan wang-wang tersebut ke dalam akaun pengarah berkenaan.

"Tindakan itu dibuat atas arahan pengarah itu ketika beliau masih berkhidmat.

"Pasukan itu turut mengenal pasti beberapa pegawai kastam yang memiliki kemewahan di luar kemampuan berbanding pendapatan mereka sebagai penjawat awam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan khas tersebut tidak berputus asa untuk meneruskan siasatan walaupun ada cubaan untuk menghalang tindakan itu berikutan kematian Penolong Pengarah JKDM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed kelmarin.

"Usaha sedang dijalankan untuk membekukan akaun pegawai-pegawai berkenaan.

"Siasatan SPRM tidak terjejas malah masih giat diteruskan dan mengikut maklumat, ada berbilion ringgit lagi masih berada di luar negara. Siasatan turut melibatkan pegawai-pegawai yang sudah bersara," katanya.

Seramai 62 pegawai JKDM pelbagai pangkat ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita dalam operasi besar-besaran SPRM di Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang sejak Isnin minggu lalu.

SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut.

Dalam operasi baru-baru ini, ada di antara yang ditahan memiliki akaun simpanan berjumlah setengah juta dan kereta mewah, simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM200,000 dan jam tangan mewah diperbuat daripada emas.



OPERASI 3B UNTUK MENTERI DAN TAIB MAHMUD

Adakah SPRM ada mata? Ada telinga? Memang tidak ada sebab SPRM ni bukan makhluk. Jika SPRM anak jantan dan ada telor cubalah jadi jantan. Kenapa buat serangan buat pegawai Kastam sahaja. Bila nak siasat Taib Mahmud? Bila nak siasat Najib? Bila nak selesaikan kes Liong Sik? Jadilah anak jantan SPRM....Apa kerja SPRM terhadap mereka ini:-

1. TAIB MAHMUD : Jika seluruh Kastam dituduh rasuah lebih  RM 10 billion, SPRM tak tahukah harta Taib Mahmud yang juga bekas KM Sarawak bernilai berkali ganda dari RM 10 billion. SPRM butakah? Harta tunai, aset bangunan, keluasan tanah beribu hektar, bon, saham, emas semuanya dimilikki oleh Taib. SPRM tidurkah? Memalukan.....

2. NAJIB dan ROSMAH? Bagaimana dengan harta dan salahgunakuasa mereka berdua ini? SPRM tidur lagikah? Mereka ini kebal ke? Malaysia kini berhutang pada kadar tertinggi dengan nilaian berjumlah lebih RM400 billion di zaman Najib. Kenapa berhutang begitu banyak? Semua aktiviti kerajaan di bawah Najib melalui hutang itu bersih ke? SPRM tak nampak ke walau sesen duit yang disalahguna? Mana pergi SPRM ni Nazri?

3. APCO? RM77 juta dihabiskan oleh Najib untuk APCO? Semua ini duit kerajaan? SPRM taknak buka kertas siasatan ke? Takde langsung cacat cela ke dengan duit sebanyak itu? Maksum ke Najib dengan nilai sebanyak itu? Mana SPRM? Tidur lagikah?

4. LING LIONG SIK. Kenapa sangat lambat SPRM menyelesaikan kes rasuah bekas Presiden MCA yang bernilai ratusan juta ringgit ini? SPRM penatkah?


5. CHAN KONG CHOY. Kenapa SPRM slow sangat? SPRM mengantukkah?

6. KHIR TOYO. Kes rumah agam bernilai lebih RM 6 juta, bila nak selesaikan? Silap gaya terlepas bekas MB Selangor ini jika BN berjaya merampas semula Selangor dalam PRU13 nanti. Tengoklah? SPRM tak mampu buat apa pun? SPRM ke mana?

7. KRONI UMNO SELANGOR. Bekas Exco, Ketua Bahagian Umno Selangor paling banyak memilikki tanah semasa pemerintahan BN. Beratus hektar tanah di Puchong, Sepang, Bukit Cherakah, Klang,, Kuala Selangor, dan banyak tanah di Selangor difaraidkansesama mereka. Apa kertas siasatan yang dibuka SPRM? Ada ke takde? SPRM takde cawangan ke di Selangor?

8. JAMBATAN BENGKOK DAN BANDAR ISKANDAR DI JOHOR. Kenapa SPRM tak buka kertas siasatan terhadap penyelewengan dalam projek beribu juta ini? Ini zaman Pak Lah lagi tak pasal-pasal kerajaan terpaksa bayar beratus juta sebab kegagalan projek ini. SPRM tak tahu kah? Sibuk dengan menyerang Kastam di Johor tapi kes lebih besar ini didiamkan sahaja? Kenapa SPRM?

9.PAHANG dan ADNAN. Kenapa SPRM senyap membisu dengan isu rasah tanah Umno Pahang dan kebangkrapan banyak anak syarikat kerajaan negeri yang melibatkan ratusan juta ringgi. SPRM tidur lagi kah?

10. SPRM....JANGAN TIDUR LAGI......Mari dengar rancangan "Jangan Tidur Lagi" di TV3 yang diacarakan anak arwah ARTompel tu......TV3 bagi tajuk le, tajuk apa ye.....Menyusuri Rasuah .... Gobala, Zul Noordin, Zahrain, Rais, Azalian Othman, Taib, Mike Tyson,Ghani Othman, Ali Rustam, Isa Samad, Samy Vellu, dan...............................SPRM jangan tidur lagi....








Read rest of entry

Friday 8 April 2011

BARU ANAK JANTAN. KASTAM WARNING SPRM..."Jangan Jentik Pegawai Kami".... Cabar Nazri Buat "Operasi 3B" Terhadap Menteri Kabinet.

Buku bertemu ruas ini begitulah perumpamaan perang panas antara KASTAN dan SPRM. Kastam bagi amaran kepada SPRM...:Jangan jentik atau pukul pegawai kami ketika disoalsiasat...". Tahniah kepada semua ahli kesatuan Kastam yang berani menjadi anak jantan. Ini bukanlah bermakna untuk melindungi mereka yang didapati bersalah kerana yang tidak jujur akan menerima hukuman jika dibuktikan bersalah tetapi ramai lagi pegawai Kastam yang amanah dalam menjalankan tugas mereka.

 Amaran Kastam buat SPRM ini pasti membuatkan Nazri kecut perut melihat dua agensi penting kerajaan bertelagah sesma mereka. Ini semua berpunca dari kelemahan pemerintahan BN. Nari sibuk menuduh pegawai Kastam rasuah tapi apa jadi dengan Menteri Kabinet BN, kenapa tidak dibuat Operasi 3B buat  Menteri Kabinet, Nazri berani ke?

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Ibrahim Ahmad berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden melibatkan seorang anggotanya, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu.

"Kita minta (ketua pesuruhjaya) SPRM beri jaminan supaya pegawai yang disiasat tidak dipukul atau dijentik.

"Kita mahu (siasatan) ikut prosedur. Kita minta SPRM lebih profesional dan bertanggungjawab

Menjawab soalan, Ibrahim berkata, setakat ini belum ada laporan polis melibatkan anggota dikasari SPRM.

"Ini cuma kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul.

"Kita tak pernah nak bersengketa dengan mana-mana agensi kerajaan. Kita hanya bekerja untuk memungut hasil negara," katanya lagi dalam satu sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya petang ini.

Kebimbangan itu turut diulas oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam, Mohd Noor Yusoff yang menjelaskan bahawa belum ada sebarang aduan dibuat berhubung perkara itu.

"Kita tidak ada (terima aduan), cuma pegawai-pegawai kanan yang ditahan itu tahu hak mereka.

"Kalau ada kes-kes dipukul, dipaksa, diugut, itu diluar jangkaan.

"Kita mengharapkan SPRM menjalankan siasatan dengan adil kerana mereka ini belum dituduh, cuma membantu siasatan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani.

"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.'

"Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya lagi dalam sidang media itu.
Read rest of entry

DEMONTRASI DI BANGUNAN SPRM SELANGOR HARI INI. Ugutan Nazri Tidak Diendahkan. Rakyat Bangkit Menentang Kezaliman

Baru semalam Nazri membuat ugutan akan mengambil tindakan terhadap kakitangan kerajaan termasuk kastam jika menyertai demontrasi tetapi hari ini rupa-rupanya pasukan Polis dan FRU sendiri telah berdemontrasi tengahari tadi di hadapan Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam. Apa cerita Nazri ni? Kamu boleh tangkap semua Polis dan Fru di sana?


Dalam laporan terkini The Star menyatakan, kira-kira 50 anggota polis berkawal dihadapan Wisma PKPS yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor bagi mengelakkan demonstrasi berhubung kematian Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dilihat memasuki pejabat SPRM Selangor pada pukul 10.10 pagi.

Beliau dilaporkan mengadakan pertemuaan dengan pegawai SPRM bermula pukul 10.40 pagi tadi.

Ahmad Sarbani dijumpai mati di tingkat satu berhampiran gelanggang badminton bangunan SPRM Jalan Cochrane Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Beliau adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, namun beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

Bagaimanapun Ahmad Sarbani dikatakan hadir ke pejabat SPRM itu Rabu lalu untuk bertemu pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

P/s. Kita tunggu laporan terkini petang ini sama ada demontrasi yang dirancang itu benar-benar dilakukan atau hanya pihakPolis dan FRU sahaja yang berdemontrasi. Tahniah Nazri...........
Read rest of entry

NAZRI MACAM PM? BELA MELAYU,PERLEKEH INDIA. JELAS PERKAUMAN. Mana Komen MIC?

Ahli Parlimen Padang Rengas semakin menjadi-jadi seolah-olah beliau ialah PM. Semua isu pasti beliau yang sibuk mengulas. Akhirnya terserlah sifat perkauman Nazri apabila mempertahankan KP SPRM Datuk Seri Abu Kassim yang berbangsa Melayu supaya jangan letak jawatan ataupun digantung tugas akibat insiden kematian seorang pegawai Kastam di bangunan SPRM baru-baru ini.

Tetapi bagi kaum India pula beliau membelasah sucukupnya apabila memaksa MIC tidak bertanding atau meletakkan calon dalam PRU13 di Perak yang dikatakan aakanmenyebabkan Perak akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat jika MIC berkeras nak meletakkan calon dari kalangan kaum India. 

Jelas Nazri ni bersifat perkauman, kaum Melayu dibela tapi kaum India diperlekehkan pula. Ingat, kaum India yang akan menjadi calon BN di Perak hanya memberikan kesan kepada sebuah negeri bernama Perak sahaja tetapi kes di SPRM telah memalukan Malaysia hatta di seluruh dunia pun memandang sinis kepada Malaysia sekarang ini. Dosa SPRM lebih beesar dari dosa MIC di Perak. Tapi KP SPRM  selamat dan calon MIC pula dibantai Nazri. Apa komen Palanivel?
Read rest of entry

"PEDIHNYA OPERASI 3B SPRM" : KELUARGA BERSEDIH, KASTAM BERKABUNG, SPRM BERHANTU.....

Suasana pilu menyelubungi saat-saat akhir jenazah Allahyrham semasa urusan pengkebumian di tanah perkuburan Islam Kota Damansara. Mengalir air mata kebanyakan daripada hadirin yang pastinya adalah kaum keluarga serta rakan setugas Allahyarham. Apakah iktibar yang telah dipelajari oleh semua pihak? Kini nilai nyawa manusia menjadi taruhan dalam siasatan SPRM.

Begitulah petanda bahawa kejadian tragik yang seolah-olah dinampakkan sebagai "membunuh diri" oleh beberapa media adalah suatu yang amat menjengkelkan. Tidak ada imankah simati semata-mata untuk membunuh diri di bangunan SPRM? Sanggup beliau datang berpuluh batu ke bangunan SPRM untuk membunuh diri beliau?

Mustahil berlaku dengan keadaan keperibadiaan beliau yang dikatakan selalu menjaga solat dan beliau juga adalah orang Melayu yang sudah tentulah Islam, maka dengan istilah Islam dan Melayu inilah maka setiap insan pasti tahu apakah hukumnya membunuh diri. Kita harapkan itu bukanlah kejadian yang sebenarnya berlaku. Yang penting ialah tubuhkanlah badan penyiasat yang adil dan telus untuk menyiasat kejadian yang sebenar. Jika perlu tubuhkanlah sebuah suruhanjaya bebas demi menegakkan keadilan kepada semua pihak.

Kepada SPRM pula, adakah cukup dengan menggantung dua orang pegawai bertugas sudah cukup menunjukkan rasa pertanggungjawaban  terhadap kelalaian dalam masa bertugas? Rakyat sudah bosan dengan ketidakcekapan SPRM menjalankan tugas apatah lagi hanya pegawai sahaja yang menjadi kambing hitam.  Sepatutnya Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Abu Kassim yang sepatutnya digantung tugas jika tidak boleh dipaksa meletak jawatan sekalipun. Beliau adalah kepala atau ketua SPRM maka beliau harus bertanggungjawab. Ini kes kematian kali kedua di bangunan SPRM yang melibatkan kes kematian iaitu kes yang sangat besar pada pandangan masyarakat umum.

Adakah Nazri terasa bangga kerana berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM apabila terdapat desakan untuk beliau meletak jawatan atau digantung tugas? Kenapa Nazri ingin bermusuh dengan pegawai Kastam? Adakah diminda beliau menyatakan bahawa semua pegawai kastam melakukan aktiviti rasuah? Maka sebab itulah Nazri mengugut pegawai kastam jika mereka menyertai demo untuk menyatakan rasa keprihatinan dengan menuntut segera penyiasatan yang adil? Kenapa Nazri beria-ia sangat membela KP SPRM? Nazri tak sedar ke bahawa nama Malaysia menjadi harum dengan kes kematian di pejabat SPRM ini? Nazri buta matakah apabila semua dunia memperlekehkan SPRM? Hanya Nazri ada jawapannya.

Bagi pihak Kastam pula, buatlah sesuatu demi kebaikan semua  pihak, bersihkanlah nama daripada cemuhan Nazri dan masyarakat yang menyatakan Kastam sebagai lubuk rasuah. Buktikan kepada masyarakat segala kerja anda adalah yang terbaik untuk semua. Bagi pegawai Kastam yang akan melalui proses soalsiasat dengan SPRM maka janganlah biarkan pegawai Kastam pergi seorang diri, pegawai ini mestilah ditemani pegawai yang lain ataupun disediakan seorang peguam kerajaan demi untuk menjaga keselamatan pegawai kastam daripada berulang  kejadian terjatuh bangunan tinggi dan menyebabkan kematian.

Bagi keluarga Allahyarham, bersabarlah dengan ujian Allah. Setiap kehidupan pasti ada saat kematian. Saya percaya semua rakyat Malaysia amat bersimpati dengan keluarga simati. Kami  pasti akan bertindak serta berdoa agar siasatan yang adil dan telus dapat dilakukan segera oleh kerajaan demi menjamin kebenaran akan ditegakkan.

Kelmarin, pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ahmad, 56, penolong pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebelum mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat satu. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Apakah jaminan kerajaan dalam kes kematian ini? Sudah dua kali kejadian kematian membunuh diri atau dibunuh berlaku di bangunan SPRM. Maka apakah langkah efektif yang boleh dilakukan agar nyawa pegawai kerajaan yang disiasat tidak lagi menjadi taruhan?

Jika kedua-dua simati dapat dibuktikan terlibat dengan kes salahlaku rasuah sekalipun tapi takkanlah sampai mereka untuk membunuh diri kecuali ada sesuatu kes yangg lebih besar diselindungi oleh mereka? Kenapa ramai lagi yang disoalsiasat SPRM tidak pun membunuh diri? Mesti ada sesuatu yang berhantu di SPRM?


Read rest of entry

Thursday 7 April 2011

NAZRI UGUT PEGAWAI KASTAM JANGAN SERTAI DEMO.... JIKA UMNO DEMO TAKPE PULAK.... Pegawai Kerajaan Kini Musuh Nazri

Bongkak dan sombongnya manusia bernama Nazri ini. Sudahlah beliau mempertahankan agar KP SPRM supaya jangan letak jawatan kini beliau ugut pula pegawai kastam, NGO, dan sebagainya jika menyertai demontrasi menyatakan ketidakpuashatian terhadap SPRM.

Kesian dua orang pegawai SPRM yang dipaksa gantung tugaas tetapi KP SPRM tersenyum sumbing dibela oleh Nazri. Adilkah bagi pegawai yang digantung tugas dan keluarga Allahyarham Ahmad Sharbini.

Apa Nazri kata, .."yang penting Operasi 3B perlu diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara walaupun beberapa pihak dikatakan akan berdemontrasi berhubung perkara itu". Beliau juga mengingatkan pegawai kastam yang akan menyertai demontrasi bahawa mereka akan diambil tindakan.

Belum lagi demontrasi dibuat, baru sahaja mayat Allahyarham dikebumikan petang tadi di Kota Damansara si Nazri sudah menunjukkan belang dan taring kesombongannya. Salah ke mereka berkumpul untuk menyuarakan perasaan yang terbuku demi memohon keadilan buat sahabat perjuangan yang pergi dengan kejadian tragik di bangunan SPRM. Apa ni Nazri, kenapa sombong begitu sekali?

Ingatlah Nazri, mereka berdemo bukanlah nak menyalahkan sesiapa, jauh sekali ingin menuduh SPRM sebagai pembunuh, bukan untuk merosakkan bangunan SPRM dan sebagainya tetapi ingin melahirkan hasrat hati yang inginkan kebenaran dibuktikan, mahukan pembicaraan yang adil dan telus. Jika ahli Umno berdemo tak pernah kamu mengugut mereka selama ini, apakah jenis manusia kamu ini Nazri? Kini kamu ingin bermusuh dengan pegawai kerajaan pula? Mereka ini yang selama ini menjana fix deposit untuk mengundi BN kini kamu musuhi maka tidak mustahil pada PRU13 pegawai kerajaan inilah yang akan menghukum kesombongan kamu. 

Umno demo takpe, pegawai kerajaan demo salah, pembangkang demo ditangkap, undang-undang rimba mana yang kamu pakai Nazri? Ingat KP SPRM kamu selamat dari digantung tugas sebab Nazri? Kamu beruda ada hubungan persaudaraan ke?
Read rest of entry

2 PEGAWAI SPRM DIGANTUNG TUGAS, KETUA PESURUHJAYA LARI TAK MAHU KOMEN? Mana Integriti Anda...!

Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu ambil tanggungjawab bersama, tidak cukup dengan menggantung dua pegawai beliau sahaja dan beliau bebas tersenyum tanpa rasa bersalah. Mana janji beliau semasa dilantik menjadi KP SPRM pada tahun lepas dengan niat menjadikan SPRM badan yang paling berintegriti dan berwibawa tetapi akhirnya premis bangunan SPRM telah menjadi lokasi tragedi  kematian yang menyayat hati bagi orang yang disoalsiasat mereka.

Bernama melaporkan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed enggan mengulas berhubung desakan beberapa pihak supaya beliau meletak jawatan atau digantung tugas berikutan kematian seorang pegawai Kastam semalam.

"Saya tidak mahu komen,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

DUA PEGAWAI SPRM DIGANTUNG TUGAS

Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menjadi pengiring Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, di sini, semalam, ditahan kerja untuk tujuan siasatan.

Mereka ditahan kerja kerana dikatakan melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM.

"Pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa ketika saksi atau pelanggan berada dalam premis SPRM,” menurut SPRM dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenapa hanya pegawai bawahan yang menjadi kambing hitam? KP boleh tersenyum manja didepan media? Mana maruah beliau dan mana integriti beliau dengan membiiarkan pegawai bawahannya memikul tanggungjawab? Ketua jenis apa ni?

Yang penting, kematian pegawai kastam di bangunan SPRM perlu disiasat dengan telus oleh pihak Polis daan jika perlu ditubuhkan Suruhanjaya Siasatanseperti dalam kes kematian Beng Hock maka tubuhkanlah segera. Jika simati bersalah sekalipun biarlah dia menerima hukuman tetapi janganlah beliau dibunuh dan kemudian dicampak k bawah,sungguh menyayat hati.

Seorang telah mati maka ada 61 lagi pegawai kastam yang akan dipanggil soalsiasat oleh SPRM selepas ini. Oleh itu dicadangkan mereka ini tidak dibenarkan datang berseorangan melainkan ditemani pegawai atau peguam dari pihak Kastam. Kita tidak mahu mereka juga akan mati terbunuh disebabkan alasan "terjatuh" oleh pegawai SPRM. Beringatlah sebelum kena.


Read rest of entry

WAJAH ADIK ANGKAT ROSMAH ...... DEEPAK JAIKISHAN...

Seorang usahawan karpet terkenal di Kuala Lumpur bernama Deepak Jaikishan mmebuat pengakuan berani mati bahawa beliau menganggap Rosmah sebagai kakak. Rupa-rupanya ada adik angkatlah pulak si Rosmah ni.

Deepak kata Rosmah akan hubungi dia melalui telefon jika nak pakai atau beli karpet. Wow hebatnya bila Rosmah sebagai wanitan pertama Malaysia boleh hubungi Deepak secara terus melalui telefon, hebat si Deepak ni.


Dia kata kenal Rosmah bila Rosmah sendiri datang ke kedainya lima tahun dulu. Selepas itu Rosmah pernah memberikan surat sokongan pada Deepak untuk projek bekalkan karpet. Berita lanjut sila dapatkan disini....
 
http://www.malaysiakini.com/news/160829


Deepak juga kata bahawa dialah yang membekalkan karpet untuk kediaman Rosmah dan PM Najib di Seri Perdana. Deepak juga ialah orang yang dikatakan memberikan rasuah kepada Bala dalam siri pengakuan bersumpah suatu ketika dulu. Saksikanlah episod sEterusnya.
Read rest of entry

VIDEO SEKS JADI BUKTI? MUFTI KATA TAK BOLEH, PEGUAM DAN PENSYARAH KATA BOLEH, MANA SATU YANG BETUL? Skandal Buat Golongan Agama Celaru....

Mufti kata rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti tetapi ulamak muda kata boleh. Apa nak jadi dengan golongan agama ini. Pening  rakyat, mana satu nak ikut, mana satu yang betul? Lepas ni semua orang pakat pasang perakam video di rumah Rais, Shahidan, Ku Nan,Hishamuddin dan lain-lainnya. 

Mufti bodohkah? Mustahil Mufti bodoh dalam bab ini sebab mereka ialah ilmuwan agama yang pastinya mempunyai ketinggian ilmu dalam pelbagai disiplin ilmu. Jika Mufti kata tidak boleh kenapa ada pihak lain yang beriya-iya kata boleh. Cari publisisti atau sengaja nak tonjolkan diri dengan membuat pandangan yang berbeza dan seterusnya menjadi terkenal dalam dada media. Subhanallah.

MUFTI KATA TAK BOLEH, TAK BOLEHLAH

Lihat apa kata Mufti Perak ini, menurut Shahibus Samahah Datuk Seri Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.


“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

DISOKONG MUFTI PERLIS KATA TAK BOLEH

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.


“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya

YANG INI KATA BOLEH, KENAPA BOLEH?

Petikan dari Utusan hari ini, rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah syariah kerana sistem perundangan Islam di negara ini menggunakan hukum ta'zir.

Penolong Profesor Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zulfakar Ramlee berkata, hukum itu meletakkan kuasa kepada pemerintah dalam menentukan hukuman kepada pesalah zina.

Menurut Zulfakar, hukum ta'zir hanya memerlukan tahap pembuktian yang rendah iaitu melampaui syubhah (keraguan) munasabah, berbeza dengan hukum hudud.

"Mengikut hukum ta'zir, rakaman video itu boleh menjadi bahan bukti terhadap tuduhan zina tanpa perlu empat saksi iaitu hanya berdasarkan qarinah (keterangan persekitaran) atau siasatan forensik.

"Sekiranya berlaku tuduhan zina, maka pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, rakaman video aksi seks itu boleh digunakan sebagai bahan bukti, tetapi ia harus mengikut prosedur iaitu hanya hakim, peguam serta pendakwa dibenarkan menontonnya.

"Berdasarkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah, kaedah lain bagi mendakwa perbuatan zina ialah melalui empat orang saksi yang cukup syarat iaitu lelaki, tidak mempunyai kecacatan penglihatan seperti rabun atau buta dan melihat dengan jelas perlakuan zina itu.

Seorang ni pensyarah undang-undang di UIAM dan seorang lagi Peguam Syarie, dua-dua kata boleh tak tahu sebab apa dan atas dasar apa. Mufti Perak dan Mufti Perlis kata tak boleh? Mana satu yang betul? Kenapa nak peningkan rakyat dengan perbezaan yang tidak diketahui motifnya. Tak bolehkah dengar cakap Mufti? Mufti dah tak relevan kah?

Sebab apa jadi lagu ni? Sebab negara kita tak amalkan undang-undang Islamkah? Sebab ada dua jenis undang-undang dalam agama kah? Hanya yang c mampu menjelaskannya.
Read rest of entry

Wednesday 6 April 2011

KEMATIAN MENGEJUT AHMAD SARBANI. PENJELASAN SPRM BERHUBUNG KEMATIAN PEGAWAI KASTAM DI BANGUNAN SPRM KL PAGI TADI.

KUALA LUMPUR, 6 April: Berikut adalah penjelasan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dihantar kepada Harakahdaily berhubung kematian seorang pegawai kastam pagi tadi.

Pada hari ini, 6 April 2011 di antara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.

Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Selangor.
SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.

tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.

Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.

Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.

Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.

Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.

SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan. http://www.harakahdaily.net/

p/S.  Malam ini Ketua Pengarah Kastam pula akan memberikan kenyataan media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Sama-samalah kita nantikan apa kata pihak yang merupakan majikan yang terbunuh.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online