Bermula hari ini, rakyat Malaysia terpaksa membeli gula dengan harga RM2.30 sekilogram iaitu peningkatan sebayak 20 sen berbanding harga sekarang RM2.10. Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom yang berkata kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. Kenaikan itu berlaku selepas lima hari rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter Jelas Mohd Zain, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. "Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain. Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta. Sebelum ini banyak pihak menyelar tindakan kerajaan dalam usaha mereka 'menyelaraskan subsidi' beberapa barangan keperluan rakyat selaku pengguna. Kenaikan harga gula ini, turut dibimbangi akan memberi kesan kepada kepada harga makanan dan minuman pula. Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. |
Tuesday, 10 May 2011
HARGA GULA PULA NAIK 20 SEN, MINGGU LEPAS PETROL NAIK 20 SEN
,
Author: tukartayarbaru
|
Filed Under:
BN
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Analisis Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaa...
-
Isu video panas Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno kini menjadi bualan ramai. Banyak pihak yang ingin menontonnya untuk melihat k...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah pali...
-
SENARAI MENTERI BN YANG MELANCONG KE SARAWAK MINGGU INI. SILA TANDAKAN (X) JIKA ANDA MENEMUI MEREKA DI SARAWAK PADA 15 DAN 16 APRIL 20...
-
Sah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melarikan diri sebentar tadi. Perkara ini amat memeranjatkan PM Najib yang pastinya tidak dapat menghalang p...
-
GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Jumlah korban dalam nahas bas terjunam ke gaung ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur ...
-
Kelantan dijangka menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Titah...
0 comments:
Post a Comment