Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong (gambar) mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya membuktikan dakwaan bahawa DAP memindah pengundi ke kawasan parlimen Bukit Katil. "Kita cabar Ali Rustam supaya buktikan bahawa DAP memindahkan pengundi dari kawasan lain ke kawasan Parlimen Bukit Katil. "Jika beliau gagal buktikan bermakna beliau menipu rakyat," kata Khoo yang juga Setiausaha Publisiti DAP negeri pada sidang akhbar di pejabatnya di Bukit Beruang semalam. Ali Rustam dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa DAP telah memindahkan pengundi ke parlimen Bukit Katil dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat siasatan. Beliau berkata terdapat 25 orang pemilih pada alamat yang sama. Khoo berkata beliau akan bertemu dengan SPR untuk meminta badan tersebut menyiasat dakwaan Ali itu. "DAP bersedia untuk disiasat dan jika kita juga meminta SPR menyiasat pihak lain, jika DAP terbukti melakukan perkara tersebut, kami sedia untuk dilucutkan keistimewaan menjadi Penolong Pendaftar SPR. "Tidak ada apa yang DAP hendak takutkan kerana kami yakin ianya adalah tuduhan dan fitnah kepada DAP," katanya. Sementara itu Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab pula berkata kerja-kerja jahat seperti itu biasanya dilakukan oleh BN di kawasan-kawasan yang mereka rasakan akan kalah. "Di Selangor, Umno dan BN memunggah pengundi-pengundi dari luar untuk merampas negeri Selangor dari PR, ianya didedahkan secara jelas dengan bukti-bukti yang nyata oleh PAS dan PR negeri Selangor. "Ali Rustam cuba memfitnah PR di Melaka sedangkan kerja-kerja sedemikian sudah menjadi darah daging Umno dan BN," kata Yusof. http://www.harakahdaily.net/ |
Wednesday, 11 May 2011
ALI RUSTAM KEPANASAN DI BUKIT KATIL, AKAN CARI DUN BARU UNTUK PRU13
,
Author: tukartayarbaru
|
Filed Under:
MELAKA
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Analisis Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaa...
-
Isu video panas Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno kini menjadi bualan ramai. Banyak pihak yang ingin menontonnya untuk melihat k...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah pali...
-
SENARAI MENTERI BN YANG MELANCONG KE SARAWAK MINGGU INI. SILA TANDAKAN (X) JIKA ANDA MENEMUI MEREKA DI SARAWAK PADA 15 DAN 16 APRIL 20...
-
Sah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melarikan diri sebentar tadi. Perkara ini amat memeranjatkan PM Najib yang pastinya tidak dapat menghalang p...
-
GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Jumlah korban dalam nahas bas terjunam ke gaung ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur ...
-
Kelantan dijangka menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Titah...
0 comments:
Post a Comment