www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 12 May 2011

200,00O DILARANG KELUAR NEGARA. SEBAB APA?

Kebanyakan disenarai hitam akibat gagal bayar pinjaman pelajaran, muflis

SEPANG: Kira-kira 200,000 rakyat negara ini dilarang keluar negara menerusi 125 pintu laluan udara, laut dan darat selepas disenaraihitamkan beberapa agensi kerajaan atas pelbagai kesalahan, sebahagian besar gagal membayar pinjaman pelajaran dan diisytiharkan muflis.

Sementara itu, 300,000 warga asing khususnya dari negara Asia Tenggara yang dihantar pulang ke negara masing-masing selepas cuba memasuki negara ini secara haram.

Turut dilarang masuk ialah penjenayah dan orang pernah menjalani hukuman penjara di negara ini, selain mangsa kegiatan pemerdagangan manusia yang menjadi alat sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit kegiatan itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata tindakan menyenarai hitam itu hanya dibuat selepas mendapat permintaan agensi terbabit termasuk dari luar negara kerana Jabatan Imigresen tidak mempunyai kuasa melarang individu keluar atau masuk ke negara ini, kecuali mereka yang melanggar peraturan jabatan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Jumlah individu yang disenarai hitam ini dikemas kini sepanjang masa kerana pegawai Jabatan Imigresen bertugas 24 jam sehari.

“Justeru, imigresen sentiasa menambah baik sistem di semua kaunter pemeriksaan bagi meningkatkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di kaunter pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport, Jabatan Imigresen, Ibrahim Abdullah.

Pada lawatan itu, beliau menguji sistem biometrik di 26 kaunter di balai ketibaan bertujuan mengumpul data warga asing yang memasuki negara.
Sistem yang diguna pakai sejak 15 April lalu itu bakal dikuatkuasakan sepenuhnya di seluruh negara mulai Jun ini.

Sementara itu, Ibrahim berkata, pihaknya turut memperkenalkan mekanisme queue buster di pintu keluar dan masuk utama di negara ini bagi mengelak timbul isu pelanggan terpaksa beratur panjang di kaunter pemeriksaan jabatan itu.

“Mekanisme ini dipantau penyelia yang berperanan menyusun keperluan anggota imigresen di kaunter terbabit khususnya membabitkan warga asing,” katanya.

“Jika ada keperluan kita akan meminta pelancong ke kaunter yang kosong dan tidak mempunyai ramai pelanggan untuk mengelakkan mereka menunggu lama untuk diperiksa pegawai imigresen,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online