www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 8 July 2011

PEMIMPIN PR TETAP KE KL ESOK 9 JULAI, LAWAN TETAP LAWAN : KATA ANWAR..........


Di sebalik larangan polis ke atas 91 individu berada di Kuala Lumpur, pemimpin Pakatan Rakyat akan tetap turun bersama orang ramai yang akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya di laman sosial tweeter sama ada mereka akan ke Kuala Lumpur esok, menjawab, “ Pemimpin Pakatan Rakyat akan hadiri”.

Semalam, polis mengeluarkan senarai beberapa individu yang dilarang memasuki ibu negara termasuk Anwar, Mursiyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan seorang daripada 91 individu berkenaan mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok.

NONEKatanya, adalah tidak kena perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja.

"Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi tak kan pejabat sendiri pun tak boleh," katanya kepada Harakahdaily.

Turut mempersoalkan tindakan kerajaan itu adalah ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok.
Dalam satu kenyataan, Kok berkata perintah larangan mahkamah itu adalah ultra vires dan melampaui kuasa yang termaktub dalam Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan polis tersebut jelas dibuat demi menjaga kepentingan politik kerajaan BN.

“Berikutan dengan perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan telahpun mengumumkan bahawa jawatankuasa BERSIH 2.0 sudi menerima tawaran Perdana Menteri Najib Razak supaya mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

NONE“Namun begitu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan polis masih lagi menghambat BERSIH 2.0 dengan tindakan kuku besi, dan mereka masih lagi mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram,” katanya.

Menurut Kok tindakan polis menekan demokrasi, mengaibkan hak perlembagaan dan mengadakan sekatan jalan menunjukkan mereka tidak menghormati institusi diraja dan titah Seri Paduka.

“Bagi diri saya selaku ahli parlimen Seputeh, perintah mahkamah yang melarang saya hadir di pusat bandar Kuala Lumpur merupakan halangan bagi saya untuk menjalankan tugas untuk mengawasi perhimpunan BERSIH 2.0 selaku ahli parlimen Seputeh.

“Lebih-lebih lagi, saya bekerja dan tinggal berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur. Tidakkah perintah mahkamah ini juga telah menjadikan saya seolah-olah di bawah tahanan rumah (house arrest)?” soalnya.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berkata akan tetap menghadiri himpunan aman BERSIH 2.0 walaupun namanya disenaraihitamkan daripada memasuki Kuala Lumpur esok.
NONEIni kerana beliau belum mendapat apa-apa dokumen rasmi dari Polis di-Raja Malaysia (PDRM).

Menurut Khalid, beliau tidak faham mengapa larangan tersebut dikeluarkan walhal pihak penganjur berkali- kali memberi jaminan bahawa himpunan itu akan berlangsung secara aman.

"Saya pun tak faham di mana logiknya, seperti yang diulang berkali-kali, BERSIH ini bukan bertujuan mahu mencetuskan huru-hara tetapi kita ni perhimpunan aman, jadi jangan samakan BERSIH dengan Israel."

"BERSIH ni bukan pertubuhan haram, ia satu program anjuran 62 NGO yang sah yang berdaftar. Ia merupakan program dan bukan pertubuhan, lalu saya takk faham apa alasan dan hujah pihak polis dalam perkara ini," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online