www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 7 July 2011

MUKTAMAD...! BERSIH TETAP KE STADIUM MERDEKA 9 JULAI INI.....


Bersih 2.0 mengisytiharkan perhimpunan Sabtu ini tetap akan diadakan di Stadium Merdeka di sebalik segala halangan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, semua 14 anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara berkata “tidak satu ketika pun kami akan berganjak daripada keputusan untuk berhimpun di sana secara aman.”

Sambil menolak, amaran, ugutan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka dan juga rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 sejak dua minggu lalu, pertubuhan yang diwakili 62 NGO itu juga melahirkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya kerana didakwa mengkhianati janji bagi membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah stadium.

azlanApa sekalipun terjadi, ikrar mereka, BERSIH akan melaksanakan “hak yang dijamin oleh perlembagaan untuk berhimpun secara aman untuk sebab yang berpatutan dan kebaikan bersama”.

“BERSIH 2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan kabinet yang telah memungkir janji untuk menyediakan sebuah stadium kepada kami untuk berhimpun secara aman.

“Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited terhadap prinsip integriti, kami cuba sedaya upaya bagi mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan bersetuju mengadakan perhimpunan di sebuah stadium bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan bebas.

“Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi terbaik untuk perhimpunan ini kerana sifatnya yang simbolik dan juga kedudukannya di tengah-tengah ibu negara. Tidak satu ketika pun, kami akan berganjak daripada keputusan untuk berhimpun secara aman di sana.

“Jika perdana menteri adalah pemimpin yang mengotakan janjinya, beliau akan membuat segala perancangan bagi majlis itu diteruskan secara aman di Stadium Merdeka,” kata gabungan itu.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online