www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 21 March 2011

RM2.4 Billion DIHULUR UNTUK KELANTAN. Negeri Umno Dapat Apa?

Ribut tidak taufan pun tidak tiba-tiba RM2.4. billion diterima oleh Kelantan dalam saat ekonomi negara mengalami kekangan. Itulah untungnya negeri yang dikuasai PAS di Kelantan, duit kerajaan negeri dapat, duit dari Kerajaan Persekutuan pun dapat. Memang rakyat Kelantan cerdik dalam bab politik ini. Tak kira saiapa bagi Tok Pa ke, Awang Adek ke sebab itu semua bukan duit mak bapak mereka, semuanya duit rakyat Malaysia.

Walaupun duit sebanyak itu mungkin berlaku penyelewengan namun biarlah mereka yang bertanggungjawab menanggung segala perbuatan mereka jika melakukan demikian. Yang penting pembangunan di Kelantan terus disalurkan kerana itu hak mereka bukan duit makbapak Umno punya.

Semalam, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion bagi fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembangunan Kelantan.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang menyenaraikan projek-projek untuk fasa kedua sebelum dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mendapatkan peruntukan.

“Projek-projek ini dilaksana bagi memberikan kemudahan kepada rakyat di negeri ini terutama dari aspek infrastruktur kerana masih banyak lagi yang diperlukan oleh rakyat Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan di sini hari ini.

Duit RM2.4 billion diumumkan oleh Tok Pa tapi rakyat Kelantan tahu beliau sebagai tukang umum sahaja kerana semua itu adalah duit rakyat. Maka rakyat Kelantan adalah manusia yang ceridk dalam bab poltik. Bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai, bila undi pangkah bulan menjadi panudan berguna untuk semua rakyat Kelantan .

Peruntukan itu bagi melaksanakan 426 projek baru di negeri itu termasuk penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online