www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 24 March 2011

ANWAR & NAJIB SEDANG DIPERANGKAP? RAHIM UMPAN BODOH....Ada Individu Lain Berhajat Kerusi PM, Siapa Dia?

Menjijikkan....Memualkan.....Memalukan.... Datuk T ialah Rahim Thamby Chik....termasuk dari tiga orang yang mengaku menskandalkan video seks Anwar. Siapa tak kenal Rahim? Pasti ada dalang yang bermimpikan kerusi PM? Hati-hati Anwar dan Najib... Dan adakah anda yakin ada orang percaya berita yang beliau tayangkan? Malaysia kini dimalukan serta diperlekeh oleh masyarakat dunia luar hatta orang Umno sendiri pun susah mahu percaya isu sakndal seks Anwar kerana yang tukang bawa cerita ialah Rahim Thamby Chik.

Apa kata Rahim kepada media petang tadi.....Dalam masa yang sama, Abdul Rahim meminta Anwar yang sering dirujuknya sebagai "si fulan itu" menimbang meletak jawatan seperti yang dilakukannya sebelum ini ketika berdepan dakwaan tuduhan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.

Abdul Rahim menegaskan, beliau meletak jawatan kerana dianggap sebagai beban kepada parti walaupun mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah. Kalau tak salah kenapa letak jawatan?  Samalah macam Chua Sooi Lek dia letak jawatan sebab dia berani mengaku yang dia sebenarnya pelakon video seks. Rahim letak jawatan tapi tak mengaku bersalah. Yang sama mereka berdua ini ialah letak jawatan, dari segi moral ada persamaan kesalahan itu.

Budak-budak sekolah pun takkan percaya kepada Rahim ini. Cuba anda tanya semua kakitangan RISDA yang Rahim menjadi pengerusi, taubat lahum takde seorang pun yang percayakan si Rahim ini.

Mana dia Hishamuddin? Segera tangkap serta reman Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan Shazryl Eskay Abdullah. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengakuan itu sudah cukup untuk pihak polis mereman mereka untuk melakukan siasatan.

"Pengakuan itu sudah cukup untuk polis menahan mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka hari ini mendedahkan beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan seorang lagi Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Perkasa adalah trio yang sebelum ini digelar 'Datuk T'.

Pendedahan itu dibuat dalam satu sidang media, sebelum tempoh 24 jam sidang akhbar Pakatan Rakyat yang mendakwa beliau dan Eskey terlibat dalam pendedahan video itu.

Dengan pengakuan itu juga, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, tidak menolak kemungkinan video itu dirancang oleh mereka untuk memfitnah ketua pembangkang.

"Ada kemungkinan mereka sendiri merancang membuat video fitnah itu.
"Polis kena segera tangkap mereka. Hanya tindakan itu boleh membersihkan imej polis yang sekarang ini didakwa terlibat dalam video ini," tambahnya.


Awas Najib dan Anwar.........Jerangkap samar yang dipasang oleh "Tiga Serangkai" ini mempunyai tujuan peribadi yang belum dapat dipastikan. Silap perkiraan Anwar terlepas ke Putrajaya dan Najib pula akan tersungkur dalam masa yang terdekat jika tidak berhati-hati dengan trio ini. Yang pasti mesti ada dalang disebalik semua kejadian ini. Orang inilah yang akan menaiki takhta PM di Putrajaya kelak. Siapa dia? Masih dalam pencarian, bersabarlah menonton episod seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online