www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 21 March 2011

HINANYA POLITIK MALAYSIA? Selepas DNA kANTOL Kini Video Seks...

Selepas isu DNA gagal meyakinkan mahkamah untuk menjatuhkan hukum pada Anwar kini pihak tertentu yang diketuai "Datuk T" menayangkan pula video seks pemimpin utama pembangkang yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang kepada wartawan media. Kenapa ditayangkan kepada wartawan? Kenapa tidak dibuat laporan Polis? Kenapa tidak dilaporkan kepada Jabatan Forensik? Konspirasi menjatuhkan Anwar semakin hebat tanpa had dan batas.


Lembaran politik Malaysia kini menjunam ke arah kedurjanaan akibat tingkah laku manusia yang tidak mengenal erti batas dan susila dalam arena politik yang bertamadun. Siapa dalang disebalik penyangan video ini? Kenapa polis tidak menangkap Datuk T kerana menayangkan video lucah kepada wartawan? Kenapa Polis berdiam diri?




Berikut adalah sebahagian laporan dalam Malaysiakini yang menjelaskan skandal video berkenaan. Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Inilah senjata pihak yang dayus menjelang kempen pilihanraya Sarawak yang akan bermula pada bila-bila masa sahaja. Apa yang penting karakter Anwar mesti dihapuskan secepat mungkin, mereka bimbang jika rakyat menolak BN di Sarawak maka tsunami politik itu akan merebak ke Semenanjung Malaysia.

Apa yang kita fikirkan apa akan jadi jika Anwar menjadi PM dan bertakhta di Putrajaya? Pada masa itu adakah Najib selamat? Muhyiddin akan lari ke mana? Hishamuddin pula akan melompat ke mana? Jika silap percaturan mereka ini semua dan para pemimpin BN akan dihumban Anwar ke penjara Sg.Buloh buat merasai kehidupan di penjara seperti yang beliau alami suatu masa dulu.

Adakah Anwar sekejam itu? Tidak. Jika tidak kenapa ada pihak politik di Malaysia menyebarkan pula video seks tersebut pada hari ini? Apa motif ditayangkan? Sebenarnya pasti ada tangan-tangan ghaib dibelakang penayangan video seks ini. Kotornya politik Malaysia kini dilimpahi najis para penjahat politik yang hanya patut hidup di zaman purbakala.

Jika dulu Datuk Seri Chua Sooi Lek mengaku bahawa beliau ialah pelakon seks dalam skandal beliau  yang akhirnya beliau tetap juga dipilih oleh perwakilan MCA untuk menjadi Presiden MCA. Ini kisah Sooi Lek yang bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi jika benarlah apa yang ditayangkan itu melibatkan pemimpin Melayu maka pihak berwajib terutamanya JAKIM, Mahkamah Syariah dan yang lainnya berhimpun sama ada tayangan video seks itu sama ada benar atau palsu atau bolehkah dijadikan bahan bukti menggatikan empat saksi dalam hukum hudud.

Kepada semua rakyat Malaysia, berdoalah agar politik Malaysia kembali disinari cahaya kebenaran, jika tuduhan itu berniat jahat kita kembalikan kejahatanitu kepada orang yang merancangnya. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang palin baik.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online