Konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki episod baru yang dirancang secara tersusun oleh baruah dalam Umno. Siri-siri demontrasi yang dilakukan oleh Umno dan NGO yang pro Umno sememangnya telah dirancang bersempena dengan pembubaran DUN Sarawak semata-mata bertujuan untuk memburukkan nama Anwar sekaligus menjejaskan imej Pakatan Rakyat dalam suasana kempen di Sarawak. Orang umno kini semakin ramai menjadi "beruk dijalanan" iaitu istilah yang diberikan oleh KJ semasa menyelar demontrasi rakyat suatu ketika dulu. Orang Umno kini suka macam pesta menjadi beruk jalanan setiap hari termasuklah Perkasa yang menjadi kuda tunggangan Umno.
Mana dia KJ sebagai Ketua Pemuda BN, kenapakah beliau tidak turut serta dalam demontrasi anjuran Umno dan Perkasa di seluruh Malaysia? Sebabnya beliau tidak mahu digelar "ketua pemuda beruk jalanan BN". KJ tidak mahu menjadi beruk jalanan sebab dialah bukanlah dikalangan spesis itu. Jadi makhluk apakah KJ ini?
“Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.
“Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana,” katanya kepada TV Selangor, semalam.
Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang dibawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.
“Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,' kata Sivarasa.
“Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada
semua keterangan dari dulu sampai sekarang,” katanya
0 comments:
Post a Comment