www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday, 1 June 2011

WARTAWAN BUKAN ISLAM PAKAI TUDUNG LAGI COMEL, KEHENDAK SENDIRI BUKANNYA ARAHAN SKRETARIAT MUKTAMAR PAS

<>
 
KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS tidak mengeluarkan arahan bahawa wartawan wanita bukan Islam perlu memakai tudung ketika membuat liputan muktamar parti itu hujung minggu ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lepas oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita yang beragama Islam.

"Ini semua salah faham media. Tiada arahan pakai tudung pun kepada wartawan bukan Islam. Umum sudah mengetahui bagaimana pakaian sopan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA, Chew Lee Giok yang membidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan Islam yang membuat liputan muktamar dari 3 hingga 5 Jun ini.

Dalam notis pengambilan pas liputan muktamar yang dihantar kepada petugas media, beberapa peraturan pemakaian digariskan.

Ianya termasuk tidak berseluar pendek bagi wartawan lelaki dan tidak memakai pakaian menjolok mata bagi wanita.

"Sempena muktamar PAS Pusat yg akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun yang akan datang, beberapa kod etika perlu dipatuhi.

"Antaranya ialah lelaki berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek dan wanita berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam dan DIGALAKKAN memakai skaf bagi bukan Islam.

"DILARANG memakai gaun atau skirt pendek," kenyataan berhubung ketetapan itu dipetik.

Sehubungan itu, arahan wajib bertudung kepada wartawan wanita bukan Islam adalah tidak benar sama sekali kerana perkataan digunakan hanyalah "digalakkan" memakai skaf, dan bukan memaksa memakai tudung.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online