www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 31 May 2011

ANALISIS : KENAPA YB SALAHUDDIN AYUB PERLU KEKAL NAIB PRESIDEN PAS.

Kehangatan pemilihan jawatan tertinggi dalam Muktamar Agung PAS dalam masa terdekat ini mengundang kehangatan pembicaraan peluang menang bagi semua calon yang bertanding. Kenapa YB Salahuddin Ayub patut dikekalkan menjadi tajuk perbincangan yang pertama yang patut dikupaskan demi kebaikan semua pihak. Salahuddin yang juga merupaka Ahli Parlimen Kubang Kerian dan juga merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia merupakan calon penyandang bersama YB Datuk Mahfuz Omar setelah Datuk Tuan Ibrahim mencuba bagi jawatan Timbalan Presiden.

PROFIL YB SALAHUDDIN AYUB

Salahuddin Bin Ayub lahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor. Berketurunan kacukan Melayu-Cina.

Salahuddin Bin Ayub mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973).Kemudian di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976). Belajar pula di Sekoalah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (1979-1980). 

Mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Khas pada 1977. Seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan mendapat ijazah BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pertamanya, sepenggal yang lalu, Salahuddin terpilih menjadi Naib Presiden PAS yang mewakili suara orang muda setelah berjaya menjadi Ketua Pemuda yang agak menonjol membawa inovatif dalam organisasi dalam kepimpinan pemuda. Pengorbanan beliau kepada parti terutamanya kepada Dewan Pemuda telah dicurahkan sepenuh hati tanpa ada sedikit pun ruang untuk beliau menghindarkannya. Pengalaman dalam semua kerja jamaah dan parti pada semua peringkat menjadikan beliau semakin matang serta berpengalaman mengharungi mehnah dan  tribulasi politik dalaman parti serta bersama mengharungi kepimpinan Pakatan Rakyat yang selalunya melibatkan peranan beliau sebagai pemegang jawatan Naib Presiden. Pengalaman inilah yang jarang ada pada sesetengah pimpinan. Jelas sebagai seorang yang setia pada parti dan menjadi pekerja,pendokong dan penyokong setia kepada parti menjadikan Salahuddin antara tenaga penggerak parti yang patut dikekalkan demi kelangsungan politik dalaman parti dan tanah air masa kini.

Faktor kedua yang patut diambil kira ialah factor kenegerian. Adalah wajar Salahuddin diangkat untuk menjadi suara kepada negeri di selatan tanha air dalam persada politik tertinggi tanah air. Jika Mursyidul Am PAS berasal dari Kelantan, Presiden dari Terengganu, Timbalan kemungkinan dari Pahang dan dua Naib Presiden dari negeri Perak dan sebaginya, maka Salahuddin menjadi calon tunggal bagi negeri-negeri selatan untuk dikekalkan. Ini bukanlah factor kenegerian semata-mata tetapi negeri Johor memerlukan seorang bakal pemimpin yang ada nama untuk menjadi bakal Menteri Besar Johor seandainya Johor dapat dirampas suatu hari nanti. Oleh itu PAS perlulah menyediakan bakal calon tersebut jika tidak pasti parti lain akan mengambil peluang yang ada. Salahuddin perlu menjadi contoh kepada kepimpinan pelapis dari negeri selatan. Maka Salahuddin juga perlu menjadi produk bagi PAS dipersada politik tanah air yang perlu dijelmakan oleh para perwakilan beberapa hari lagi. Siapakah diantara tokoh PAS yang ada untuk untuk melawan Muhyiddin Yassin, Ghani Othman, Ahmad Maslan, Dr.Fuad Zarkashi dan produk Umno yang lain kecuali Salahuddin? Dan sedikit yang menonjol masa kini ialah Mazlan Aliman. Maka Salahuddin perlu menjawat jawatan tertinggi dalam hirarki PAS bagi menghadapi suasana politik selatan negara pada masa akan datang.

Ketiganya, Salahuddin mewakili suara orang muda dan profesional. Jika perwakilan mahukan ulamak dan profesional yang lain maka peluan Ustaz Idris Ahmad dan YB Nizar amat cerah. Maka Salahuddin patut menjadi suara orang muda apatah lagi dengan pengalaman beliau menjadi Ketua Pemuda suatu masa dahulu menjadikan beliau aset yang amat berharga untuk bergandingan dengan golongan ulamak yang memipin teraju Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Pengalaman menjadi Ketua Pemuda dan mempunyai sokokngan yang meluas dikalangan pemuda adalah faktor penting untuk Salahuddin dikekalkan bersama tokoh lain dalam mengharungi Pilihanraya Umum Ke 13 yang pastinya mengerah keringat untuk mengembelengkan pengundi muda untuk menyokong dan seterusnya mengundi kepada Pakatan Rakyat.
.......................................................................................................................................................

Kerjaya / politik
  • Pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980, sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983.
  • Setiausaha ,Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian (1981-1983).
  • Pada 1983, Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009), Naib Presiden PAS Pusat (2009-kini)[1].
  • Ketua Penerangan PAS Johor (1997-2001), Setiausaha Perhubungan PAS Johor (2001), Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor (2001-2003) dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (2001-2003).
  • Ketua Lujnah Pertanian Dewan Pemuda PAS Pusat (1993-1995), Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Ketua Lujnah Perhubungan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Ketua Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (2001-2003)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online