KUALA LUMPUR 22 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mengumumkan untuk bertanding mempertahankan jawatan yang disandangnya itu pada pemilihan parti bulan depan.
Katanya, beliau mendapat jumlah pencalonan yang memberangsangkan  daripada kawasan Pas di seluruh negara bagi membolehkannya bertanding  semula jawatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar pencalonan  yang diterima kali ini tetapi sekadar mengatakan bilangan tersebut  mengatasi jumlah yang diterimanya pada pemilihan lalu iaitu sekitar 20  kawasan.
"Tidak adil bagi saya untuk memberitahu (anda) berapa jumlahnya  (pencalonan) sedangkan calon lain tidak mengumumkan perkara itu. Saya  tidak mahu dilihat menggunakan jumlah pencalonan untuk mempengaruhi  perwakilan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berjanji sekiranya terpilih  akan terus membantu Pas serta sekutu politik pembangkang lain dalam  mencorakkan senario politik yang lebih 'hijau' dalam negara.
Selain Mahfuz, dua lagi penyandang Naib Presiden iaitu Datuk Tuan  Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub turut layak mempertahankan jawatan  masing-masing pada Muktamar Pas 3 Jun ini.
( Sama ada YB Datuk Mahfuz layak atau tidak semuanya bergantung pada tangan para perwakilan yang mengundi dalam Muktamar Pas bulan Jun 2011. Kepada mereka ini semualah yang akan menentukan sesiapa sahaja calon yang bertanding sama ada patut dikekalkan atau diganti yang lain. Jika YB Datuk Mahfuz telah memberikan sumbangan tenaga kerja yang baik untuk jamaah dan parti maka anda kekalkan dan jika prestasi dia tidak mencapai ISO9000 maka sendiri fikirlah. Kita meraikan setiap calon yang telah dipilih oleh peringkat Kawasan...............Bertandinglah secara sihat. ) 

 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment