www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 23 May 2011

TUAN IBRAHIM BAKAL TIMBALAN PRESIDEN PAS JIKA MASUK GELANGGANG. PENYOKONG MAT SABU KENA TUKAR STRATEGI......

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Tekanan dari pelbagai pihak semakin kuat ke atas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini beliau telah memaklumkan tidak bersedia untuk ke jawatan itu.

Tekanan itu semakin memuncak apabila ramai yang mula tahu pencalonan yang diterima beliau tidak jauh bezanya dengan dua lagi calon popular timbalan presiden iaitu penyandangnya Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Tuan Ibrahim dikatakan menerima 39 pencalonan untuk timbalan presiden manakala untuk naib presiden beliau menerima 97 pencalonan.

Ini bermakna, hampir kesemua kawasan yang diterima pencalonannya (146 pencalonan) ada nama Tuan Ibrahim untuk kedua-dua jawatan itu.

Pencalonan  tinggi yang diterima beliau dalam keadaan beliau sudah memaklumkan keberatan untuk bertanding jawatan timbalan presiden juga telah menambahkan tekanan untuk beliau.

Ekoran itu, menurut sumber, ada cadangan agar Tuan Ibrahim bertanding kedua-dua jawatan iaitu timbalan dan naib untuk menghormati pencalonan kawasan-kawasan.

Selain Nasharudin, Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah  Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Sehingga kini, hanya Nasharudin dan Mohamad Sabu mengesahkan  untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden manakala Salahudin membayangkan akan hanya mempertahankan jawatannya sekarang iaitu naib presiden.

Kesemua calon-calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei ini. Jawatankuasa Pemilih 2011 akan mengumumkan calon-calon itu pada 27 Mei ini.



( Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempunyai peluang yang paling baik untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS jika membuat keputusan masuk gelanggang dalam tempoh seminggu ini. Para penyokong Mat Sabu pastinya kepanasan jika Datuk Tuan masuk gelanggang kerana peluang Mat Sabu untuk menang menjadi semakin tipis. Mereka memang berharap agar Datuk Tuan menarik diri kerana berpendapat Mat Sabu boleh mengatasi YB Nasha jika hanya ada dua calon yang bertanding. Begitulah dunia politik yang penuh seni strategi. Kini semua penyokong tegar Mat Sabtu pastinya akan berdebar-debar menanti kata pasti dari Datuk Tuan. Jika Datuk Tuan masuk gelanggang maka kem Mat Sabu akan terpaksa mengubah strategi kempen merekan jika tidak pasti peluang Mat Sabu menjadi semakin tipis. YB Nasha bukanlah faktor dominan sekarang ini, kesemuanya terletak atas bahu Datuk Tuan. Apakah sifir mudah Datuk Tuan akan mudah menang? Tentu berlainan dengan andaian blogger yang menyokong Mat Sabu. Lihat ................ Jika Datuk Tuan masuk bertanding maka perwakilan akan memilih satu antara dua iaitu Datuk Tuan atau YB Nasha. Perwakilan akan membaca tafsiran bahawa kemasukan Datuk Tuan semangnya sebagai "signal" menggantikan YB Nasha, maka secara logik akal maka para perwakilan akan memilih Datuk Tuan. Yang memilih Datuk Tuan ialah sebahagian besar jumlah perwakilan dan kemungkinan junlahnya mencecah 2/3 perwakilan. Undi Mat Sabu akan kekal seperti pemilihan dua tahun lepas kerana itulah jumlah pengundi tegar Mat Sabu. Jalan mudah Mat Sabu nak menang ialah dengan mengharapkan Datuk Tuan tidak akan bertanding.....maka Datuk Tuan akan diserang secara psikologi seminggu ini untuk memastikan hajat mereka tercapai. Mula-mula Harakahdaily disalahkan, lepas ituucapan Datuk Tuan yang kata taknak bertanding akan diperbesarkan, dan akan ada lagi helah kumpulan ini. Kepada Datuk Tuan, buatlah perkiraan politik bersama mereka yang ikhlas berjuang dan bermunajatlah kepada Allah memohon petunjuk agar diberikan kekuatan dalam mengharungi mehnah dan perjuangan ini. Para perwakilan dan akar umbi amat menghormati Datuk Tuan. )

2 comments:

Anonymous on 23 May 2011 at 22:12 said...

artikel inilah sebenarnya dakyah penyokong mat sabu supaya tuan ibrahim masuk bertanding agar pecah undi ulama dan mat sabu boleh menang dgn selesa.

tukartayarbaru on 24 May 2011 at 08:11 said...

Begitulah adat dalam strategi politik.Kita akan dapat melihat para wartawan di Harakah mengolah sesuatu berita mengenai calon sesuai dengan kehendak dan niat mereka. Ada yang sengaja menyolok sarang tebuan, ada yang berlapik bahasa,ada yang serampang dua mata.

Ada kebenaran seperti kata tuan, apapun Datuk Tuan akan pasti bersama team beliau untuk memikirkan yang terbaik. Bertanding atau tidak pasti ada rasional dan niatnya. Yang cantiknya berlaku hanya dua pertembungan calon. Sama-samalah kita tunggu keputusan resmi bakal-bakal calon ini.

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online