www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 23 May 2011

PATUTKAH YB MAHFUZ DIKEKALKAN JAWATAN NAIB PRESIDEN PAS?

KUALA LUMPUR 22 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mengumumkan untuk bertanding mempertahankan jawatan yang disandangnya itu pada pemilihan parti bulan depan.

Katanya, beliau mendapat jumlah pencalonan yang memberangsangkan daripada kawasan Pas di seluruh negara bagi membolehkannya bertanding semula jawatan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar pencalonan yang diterima kali ini tetapi sekadar mengatakan bilangan tersebut mengatasi jumlah yang diterimanya pada pemilihan lalu iaitu sekitar 20 kawasan.

"Tidak adil bagi saya untuk memberitahu (anda) berapa jumlahnya (pencalonan) sedangkan calon lain tidak mengumumkan perkara itu. Saya tidak mahu dilihat menggunakan jumlah pencalonan untuk mempengaruhi perwakilan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berjanji sekiranya terpilih akan terus membantu Pas serta sekutu politik pembangkang lain dalam mencorakkan senario politik yang lebih 'hijau' dalam negara.

Selain Mahfuz, dua lagi penyandang Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub turut layak mempertahankan jawatan masing-masing pada Muktamar Pas 3 Jun ini.

( Sama ada YB Datuk Mahfuz layak atau tidak semuanya bergantung pada tangan para perwakilan yang mengundi dalam Muktamar Pas bulan Jun 2011. Kepada mereka ini semualah yang akan menentukan sesiapa sahaja calon yang bertanding sama ada patut dikekalkan atau diganti yang lain. Jika YB Datuk Mahfuz telah memberikan sumbangan tenaga kerja yang baik untuk jamaah dan parti maka anda kekalkan dan jika prestasi dia tidak mencapai ISO9000 maka sendiri fikirlah. Kita meraikan setiap calon yang telah dipilih oleh peringkat Kawasan...............Bertandinglah secara sihat. )

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online