www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 31 March 2011

SELEPAS TAYANG VIDEO LUCAH, RAHIM BERJAYA NAIKKAN TARAF MENJADI KOLEJ UNIVERSITI RISDA.....Rahim Pula Akan Jadi Menteri Ganti Shafie Afdal

Sama ada secara kebetulan ataupun sebagai habuan buat Rahim Thamby Chik, Kolej Risda mungkin akan dinaikkan taraf menjadi kolej universiti menjelang 2013. Tukang umum ialah Shafie Apdal iaitu menantu kepada Datuk Shuib Lazim yang merupakan "partner" Rahim dalam trio "Datuk T" yang mendedahkan skandal video Anwar. 

Kita tidak menentang penaiktarafan ini malahianya suatu yang amat membanggakan apabila bidang pertanian mula dianggap penting dalam bidang pendidikan tinggi negara. Cuma yang musykil ialah saat-saat pengumuman dibuat selepas ditayangkanvideo lucah oleh Pengerusi Risda minggu lepas, itu yang tak sedap didengar dan rakyat seolah-olah terpikir adakah ini imbuhan atau ganjaran buat Rahim atas jasa beliau mengaibkan Anwar dengan fitnah yang jahat itu. Rakyat boleh menilai segala perancangan jahat Rahim ini.

Petikan dalam Utusan, Kolej Risda akan dinaik taraf menjadi kolej universiti bagi menerajui transformasi pertanian melalui pendidikan menjelang 2013. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha menaik taraf kolej tersebut amat penting untuk melahirkan lebih ramai graduan bidang pertanian.

Menurutnya, ketika ini kolej yang ditubuhkan pada 1996 itu adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyediakan program pendidikan dalam bidang latihan dan pertanian yang dikhususkan kepada anak-anak di luar bandar.

‘‘Sudah tiba masanya kolej ini dinaik taraf sebagai kolej universiti kerana ia mampu melahirkan lebih ramai golongan usahawan berpendidikan tinggi yang dapat memajukan sektor pertanian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga kerja termasuk pensyarah dan kira-kira 1,000 pelajar di Kolej RISDA Paya Pa‘abas di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Mohamad; Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Ketua Pengarah Risda, Datuk Mohamad Izat Hasan.

Ujarnya, sejak Kolej RISDA beroperasi pada 2000, seramai 3,813 graduan berjaya dilahirkan dalam bidang pertanian, pengurusan perniagaan, sains komputer dan juga latihan dalam pelbagai bidang kemahiran.

Katanya, setakat ini sebanyak 75 peratus daripada graduan dalam Diploma Pertanian mendapat pekerjaan manakala selebihnya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

Walaupun ini sekadar perancangan dan pengumuman awal sahaja kerana Risda perlu memenuhi segala syarat pengiktirafan untuk menjadi kolej universiti dalam masa dua tahun lagi namun usaha ke arah itu perlu disegerakan. Mungkin Pengerusi Risda pad masa itu bukan Rahim kerana pastinya Rahimakan dinaikkan pangkat ke jawatan lain...sama-samalah kita nantikan. 


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online