www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 29 March 2011

NAZRI UGUT MCA & MIC KELUAR BN... !...WANITA TAKKAN UNDI SOOI LEK SEBAB ANU DIA SUDAH DILIHAT


Datuk Seri Nazri Aziz mencabar MCA dan MIC keluar dari BN sebab kedua-dua parti ini menyebabkan BN kalah di beberapa negeri. MCA dan MIC bukan anak jantan sebab tidak berani menyahut cabaran Nazri. MCA dan MIC menjadi belasahan Nazri. Sebab apa hanya dia dan Najib sahaja yang tahu? Muhyiddin pun takkan tahu sebab sebenarnya?

Ada ke patut Nazri hina dan maki MCA dan MIC dan yang paling tragis semua pimpinan mereka menikus seolah takut dengan cabaran Nazri. Ada
yang suruh Nazri letak jawatan, ada yang suruh Nazri minta maaf, ada yang suruh jangan layan si Nazri tu, ada yang suruh Nazri masuk DAP, macam kelakar pun ada melihat telatah pimpinan MCA dan MIC yang masing-masing dalam kepanasan krana diperli dan dicabar oleh Nazri tetapi tiada apa yang mampu mereka lakukan selain menelan semua kata nista Nazri.

Mari kita lihat sandiwara kemarahan pimpinan MCA. Kemarahan pimpinan MCA terhadap Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya belum berakhir walaupun Naib Presidennya, Datuk Ng Yen Yen berkata, parti tidak mencadangkan agar Nazri meletakkan jawatan.

Hari ini, ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok mencadangkan agar Nazri menyertai DAP ekoran dakwaannya DAP adalah parti pelbagai kaum.

Loh yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan MCA dalam kenyataan medianya hari ini berkata, penyertaan Nazri sesuai kerana DAP masih belum mempunyai suara Melayu yang cukup.

Loh menyertai rakan-rakannya dalam MCA menyerang Nazri ekoran temubual khas Nazri dengan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, Nazri menyelar MCA yang terus-terusan menyalahkan Umno
ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Dia juga mencabar MCA tinggalkan BN jika tidak berpuashati dengan Umno daripada terus-terusan memukul Umno setiap waktu.

Nazri juga memberikan amaran kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek agar jangan berlagak seumpama hero Cina yang cuba menaikkan reputasinya dengan memperlekehkan Umno.

Dia juga mempermainkan Chua ekoran DVD seksnya dengan berkata, dia telah tidak diterima oleh pengundi kerana 'alat sulitnya' telah terdedah kepada umum.

"... ia telah dilihat oleh semua orang, awak fikir pengundi wanita akan sokong dia," kata Nazri dalam wawancara dengan Nanyang itu.
Dalam wawancara itu juga, Nazri berkata, MIC sepatutnya menyerahkan kesemua enam kerusi DUNnya di Perak selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Cuma pimpinan MIC yang terus membisu seolah-olah tidak mendengar kutukan Nazri kepada mereka atau mereka takut sebenarnya. Mungkin MIC dan tak berminat nak bertanding dalam PRU13 di Perak agaknya, maklumlah si Samy dah takde jadi mereka dah takde ketua yang berani dan hanya sekadar berketuakan Palanivel yang bertindak macam budak sekolah sahaja gamaknya.

KENAPA NAZRI SURUH MCA DAN MIC KELUAR BN?

1. Supaya Umno akan jadi dikatator dalam BN, senang nak buli pasti yang lain.

2. Umno akan meletakkan semua calaon mereka dalam PRU13.

3. MCA dan MIC akan menjadi parti buangan dan akhirnya mati ditelan zaman.

4. Supaya MCA dan MIC masuk Pakatan Rakyat dan berlawan dengan BN, tengok siapa menang.

5. Nazri yakin BN akan menang lebih bergaya tanpa MCA dan MIC.

6. Untuk menutup mulut MCA dan MIC supaya jangan bukak mulut nak minta tambahan kerusi dalam PRU13 nanti.

7. Sebab MCA dan MIC dan tak relevan buat BN sekarang,

MCA dan MIC bila mahu serang UMNO? Mahu kena pijak kepala baru nak melawan ke? Atau mereka dah takde senjata lagi sebab dah disimpan dalam botol?


Apapun ini semua tanda kejatuhan serta kematian hayat BN semakin hampir. BN semakin nazak dan semakin hampir menempah ajal. Ayuh MCA dan MIC keluarlah dari BN, sahuttlah cabaran Nazri.....




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online