Seorang kaki botol nak berjumpa barisan Ulamak PAS untuk mendedahkan skandal Anwar. Boleh percaya ke si Nalla ni? Tak tahulah jika ada pemimpin PAS nak berjumpa Nalla dan akhhirnya mempercayai apa yang si Nalla ni cakap pasal Anwar... Selepas Rahim Thamby gagal kini BN menggunakan Nalla pula, mungkin selepas ini Ummi Hafilda pula agaknya.
Siapa Nalla secara ringkas, Nalla Karupan adalah orang yang paling akrab dengan DS Anwar semasa beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri alias menteri kewangan.
Datuk Nalla adalah orang dikhaskan oleh Magnum Corp menjaga DS Anwar sehabis baik dan menunaikan apa barang dia mahukan. Apa barang ? tak faham !. Issh barang pun tak faham !.
Sewaktu keluarnya buku 100 dalil Anwar tidak boleh jadi PM, sebagai kawan rapat dengan DS Anwar, Datuk Nalla telah mengamuk dan pergi ketempat percetakan buku-buku langsung menembak mesen-mesen itu dengan pistolnya melepaskan geram.
Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.
Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, mengetahui siapa Anwar.
“Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua.
“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat Pas.
“Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.
“Penyokong Pas harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.
Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan Datuk T mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China
Siapa anda percaya? Pasti bukan si Nalla....
0 comments:
Post a Comment