www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday, 10 April 2013

INIKAH BEKAS MB PERAK AKAN SERTAI PAS?


LUMUT: Seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS tidak lama lagi.
Perkara ini didedahkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya umum akan datang, malam Selasa.

Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama bekas menteri besar berkenaan.
"Seorang mantan menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas.
Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa.
Sebelum pentadbiran Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).

sumber : 
Read rest of entry

Monday, 8 April 2013

KU LI PRU13? BERUNDUR ATAU DI MAKAN SUMPAHNYA SENDIRI....?


GUA MUSANG: Persaingan bagi merebut kerusi Parlimen Gua Musang bakal berlangsung sengit apabila PAS dikatakan akan menurunkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah untuk berhadapan dengan penyandang kerusi berkenaan yang juga veteran Umno, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.


Difahamkan ahli politik veteran berusia 61 tahun itu telah menangguhkan seketika hasrat untuk bersara dan telah bersetuju untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini.
Sekiranya pertembungan itu benar-benar berlaku, ia bukannya kali pertama, Razaleigh,74, yang merupakan wakil rakyat paling lama di negara ini menentang Wan Abdul Rahim di Gua Musang.
Ahli Parlimen Kota Baru itu pernah tewas kepada Tengku Mahkota Kelantan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 1986.
wan Abdul Rahim yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, berkata beliau yakin dapat menewaskan Tengku Razaleigh kali ini.
Beliau turut menolak spekulasi yang mengatakan Tengku Razaleigh akan digugurkan bagi memberi peluang kepada Ketua Umno Gua Musang, Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor untuk bertanding di kerusi berkenaan.
"Saya fikir Umno cuba untuk memperdayakan PAS. Saya berkempen berdasarkan kenyakinan saya akan menentang Ku Li," katanya.
Wan Abdul Rahim dikenali sebagai salah seorang daripada 'Tiga Abdul' di Kelantan dengan dua yang lain adalah, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, 74 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunku, Datuk Abdul Fatah Mahmood, 65.
Trio berkenaan merupakan veteran PAS yang mempunyai pengaruh mereka tersendiri dalam bidang politik di negeri itu sejak tiga dekad lalu.
Mereka dilaporkan dipanggil Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding di Kelantan pada 1970-an dan telah memainkan peranan penting serta menyakinkan untuk menjadi Menteri Besar selepas PAS berjaya menawan negeri itu pada 1990.
Sementara itu, Abdul Halim berkata beliau tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk bersara sementara Abdul Fatah berkata beliau menyerahkan sebarang keputusan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya

Read rest of entry

Friday, 9 November 2012

"MAT YO" PENDERHAKA.... KENAPA ANUAR MUSA DENDAM KEPADA MAT YO?


"ITU hak siapa sebenarnya? Bagi saya sebagai presiden, dia boleh menilai." Demikian menurut penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Bola Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang antara lain berkata, kemenangan tiga kejuaraan oleh The Red Warriors hanya akan diberikan kepada pemain yang setia dengan pasukan Kelantan.

Menurut Mat Yo, tiga kejuaraan yang diperolehi oleh Kelantan turut disumbangkan oleh beliau.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, imbuhan kepada pemain turut menjadi haknya.

"Saya pun tidak tahu macam mana sebab saya sendiri tidak tahu sama ada saya kekal atau berhijrah.

"Tapi, sekiranya saya berhijrah, Kafa tidak boleh melakukan sedemikian, itu hak saya," ujar Mat Yo.

Dalam laporan media hari ini, Annuar dipetik berkata, Kafa bersedia melepaskan Mat Yo sekiranya tawaran yang diperoleh berbaloi dengan nilainya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, bonus kemenangan ketiga-tiga kejuaraan tersebut akan hanya diberikan kepada pemain yang setia kepada pasukan Kelantan.

"Bonus adalah hak pertimbangan presiden dan persatuan, jadi kita akan hanya memberikan bonus kepada pemain yang setia untuk terus beraksi dengan kita sahaja sebab itu sebahagian daripada semangat berpasukan," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai prestasinya dalam dua perlawanan persahabatan baru-baru ini, Mat Yo yang juga pemain kebangsaan mengakui prestasi beliau belum mencapai kemuncaknya.

Bagaimanapun beliau menolak dakwaan yang mengatakan prestasinya terganggu ekoran isu perpindahan yang belum diselesaikan.

"Saya akui prestasi saya belum di tahap yang terbaik. Tapi ini bukan disebabkan oleh isu berhijrah ke Johor.

"Apa-apa pun, saya yakin dua tiga minggu lagi prestasi saya akan kembali ke tahap yang sebenar sebelum bermulanya saingan Piala Suzuki AFF nanti," katanya.

Mengulas lanjut dua kekalahan berturut-turut dialami skuad kebangsaan, Mat Yo bagimanapun menganggap mereka telah melakukan yang terbaik.

"Bagi saya pemain sudah melakukan yang terbaiki, cuma tiada rezeki.

"Tapi bagi saya, walaupun kalah, itu memberi kelebihan kepada kita untuk lebih bersedia andai kata bertemu mereka di suku akhir nanti," jelas beliau.
Read rest of entry

Monday, 5 November 2012

PANAS...! TPM MUHYIDDIN PALING SUKA NAJIB TEWAS DI PEKAN.



"Bagi perdana menteri lagi ramai lebih meriah," kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas hasrat mereka yang mengumumkan untuk berdepan dengan Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan dalam piliha raya umum akan datang.

"Apapun ini proses pilihan raya umum. Tak penting buat komen. Perkara disebutkan (oleh) orang politik kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi," katanya dalam sidang media pagi ini. 

Muhyiddin merujuk kepada hasrat Presiden Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan mahu menentang Najib di parlimen Pekan yang diwakili perdana menteri sekarang.

Pengumuman itu menyusul selepas sokongan Mursyidul Am PAS kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk Pekan.

Bagaimanapun, Zaid berkata beliau akan berbuat demikian sekiranya Abdul Hadi membatalkan hasratnya itu.

Read rest of entry

Tuesday, 30 October 2012

MCA SEMAKIN PARAH....BEKAS PRESIDEN BAKAL MELOMPAT PARTI?


Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan mengumumkan dalam bulan ini, menyertai salah satu parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - Parti Tindakan Demokratik (DAP)! Ong Tee Keat adalah bekas presiden MCA paling lantang mengkritik beberapa polisi Barisan Nasional sejak kalah dalam perebutan jawatan Presiden di tangan Chua Soi Lek yang disokong Umno-APCO. Tee Keat berkata, beliau akan membawa kumpulan pengikutnya, termasuk Ketua Wanita MCA Melaka, Xuexia, Pengerusi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Qingzhou Weng bersama bekas Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang. 

 Ong Tee Keat Ahli Parlimen Pandan, sekiranya dia menyertai Parti Tindakan Demokratik, pertempuran di kawasan parlimennya yang sama, akan membantu Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang disandang Exco Kerajaan Selangor, Iskandar A Samad seterusnya meningkatkan peratusan kemenangan Pakatan Rakyat. Menurut sumber maklumat dalaman mengatakan bahawa selepas Tahun Baru Cina, Tee Keat bertemu dengan penyokongnya di satu lokasi yang dirahsiakan untuk meminta pandangan mereka tentang nasibnya dalam MCA.

 Menurut sumber itu, bahawa penyokong memihak kepada keputusannya untuk meninggalkan MCA, kerana perjuangan yang berterusan dan tidak masuk akal tidak akan membawa MCA ke mana-mana. Sumber yang mengatakan bahawa Tee Keat telah bertemu pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah-masalah mereka, sebenarnya adalah Chua Jui Meng yang kini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tee Keat dan Jui Meng selepas mesyuarat, menegaskan bahawa penghijrahan Tee Keat tidak akan mendesak untuk memperoleh jawatan, hanya mendengar kepada analisis Jui Meng bagaimana Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan persekutuan dengan pelan peralihan kuasa yang teratur. Tee Keat akan mengumumkan hasratnya dalam masa terdekat, dipercayai sebelum pembubaran parlimen yang dijangka 14 Mei ini.
Read rest of entry

Monday, 22 October 2012

MCA JADI GILA BABI MENYONDOL UMNO YANG MUNAFIK...SAKSIKAN


KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.


“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.

Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.

“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.

“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS.

“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,”  tambah beliau.

Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau.
Read rest of entry

Saturday, 13 October 2012

UNDI NAJIB UNDI SOROS? UNDI BN UNDI SYAITAN?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya. 

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.
Read rest of entry

Wednesday, 3 October 2012

DR.ROZMEY DIGANTUNG SEBAB DIDAPATI BERSALAH IKLANKAN DIRI SENDIRI.


KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.
Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.
Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.
Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971, dan hukuman itu berkuat kuasa dari 14 Mac 2012 hingga 14 Mac 2014, kata Dr Hasan dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata pengamal perubatan lain yang didapati bersalah mengabaikan tanggungjawab profesional ialah Dr Balayegaran MS (digantung setahun), Dr Chow Chong Chek (diberi amaran), Dr Ng Ah See (diberi amaran), Dr Roland Masing (digantung enam bulan), Dr N.M. Ananda Murthy (diberi amaran), Dr Chew Yoong Fong (diberi amaran) dan Dr Rajendra a/l Nadason (digantung dua tahun). BERNAMA
Read rest of entry

Monday, 1 October 2012

KOS KENDURI KAHWIN ANAK KM MELAKA RM 13 JUTA? APA KOMEN NAJIB DAN ROSMAH?


MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.


Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.


Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.


Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari  wakilnya, Zulhairi Md Zin.

Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta. 


"Itu duit siapa?" soal beliau.


Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.

Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/13529--ali-rustam-pecah-rekod-tetapi-duit-siapa



Read rest of entry

Friday, 28 September 2012

BAJET PANIK NAJIB UNTUK PRU13? RAKYAT SUDAH BUAT KEPUTUSAN............


Pembangkang hari ini menyambut sinis pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan sebentar tadi:

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang

Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik. 

Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan.

Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan."

Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang

Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara.

Kalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion.... Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kepada 502 bilion untuk akhir tahun ini.

Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja.

Kita lihat di sini yang dapat manfaat kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi.

Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor

Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat.

Salahuddin Ayub, naib presiden PAS

Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini. Banyak fokus yang menjurus kepada pemberian undi. Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli.

"Bajet yang sangat jelas menjurus kepada pemberian undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai.

"Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan.

Datuk Mahfuz Omar, naib presiden PAS

NONE
Ini bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi.

Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.

Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.

Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara.

Anthony Loke, ketua Pemuda DAP

Ia untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali. Begitu juga dengan baucar dan sebagainya.

Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah... Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah.

Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya.

Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor)

Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi.

Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya.

Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum.

Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular dan populis - opular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya memberikan beban pada rakyat.


Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera)

Belanjawan ini tiada idea baru dan hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi.

Kenapa saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar "saya beri kamu wang untuk tuisyen" daripada memperbaiki kualiti pendidikan.




http://www.malaysiakini.com/news/210233
Read rest of entry

Thursday, 27 September 2012

PEMIMPIN UMNO BERCAKARAN? "NAZRI AZIZ MENYUSAHKAN SAYA," KATA MUHYIDDIN.



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan tuntutan oleh NGO pendidikan Cina Dong Zong sebagai perkara "munasabah" hanyalah pandangan peribadi menteri berkenaan.

Katanya, beliau sendiri telah mendapatkan penjelasan menteri hal ehwal undang-undang tersebut pagi ini, susulan kenyataan Nazri selepas menerima memorandum NGO berkenaan semalam.

"Apa yang dinyatakan itu pandangan dia, tetapi saya jelaskan, kita pun ada pendirian, polisi kerajaan tentang soal itu pun jelas dan kita pun dah buat keputusan.

"Jadi sepatutnya (apabila Nazri) terima  memo itu, dia boleh serah kepada saya. Nanti kita boleh buatlah. Jadi tak payah komen. Dia komen macam dia jadi menteri pelajaran, susahlah saya.

"Saya beritahu dengan (Nazri), dan dia pun kata betul, dan pandangan itu peribadi. Mungkin dia rasa silap buat kenyataan. Saya dah panggil dia, dan ulasan dia telah buat," katanya.

Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menerima memorandum daripada mana-mana pihak.

"Cuma apa tuntutan dalam memorandum itu, biasanya kita akan kaji, saya pun tak baca lagi apa tuntutan dalam memorandum itu. 

"Kalau soal pentadbiran, soal guru itu dah lama dah. Jawatankuasa (telah) kita tubuhkan. Tapi kalau ia menyentuh soal undang-undang dan dasar, dia tidak boleh jawab macam itu. Kita kena kaji.

"Jadi tak apalah dia dah terlepas cakap. Tapi apa yang dicakap itu (tidak semestinya) betul dan mengikut polisi kerajaan. Jadi saya telah beritahu dia, supaya tidak membuat kenyataan sebegitu (selepas ini)," katanya.

'Saya bukan munafik'


Terdahulu, Nazri ketika bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen menolak dakwaan sokongannya terhadap lapan tuntutan NGO pendidikan Dong Zong sebagai satu dolak dalih diplomasi politik semata-mata.

NONE
"Pastinya kita perlu bersikap diplomatik, kami ahli politik tetapi diplomatik ini bukan bermaksud saya ini munafik.

"Saya tidak keluarkan kenyataan semata-mata mengikut rentak khalayak umum, saya orang yang ada integriti," katanya kepada wartawan di perkarangan Parlimen petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong pagi tadi yang menyifatkan Nazri hanya bersikap diplomatik apabila menyifatkan tuntutan Dong Zong sebagai munasabah sewaktu menerima memorandum mereka di Parlimen semalam.

"Kenyataan Nazri yang menyokong lapan tuntutan Dong Zong semalam, saya berpendapat ia hanyalah bahasa diplomatik tetapi saya berharap beliau sebagai menteri kanan boleh bekerjasama dengan MCA atau mana-mana parti berasaskan Cina untuk memastikan perkara ini dilakukan," kata Wee pada sidang medianya pagi tadi.


Read rest of entry

Tuesday, 25 September 2012

POPULARITI NAJIB MERUDUM 3 PERATUS ANGKARA ISU LEMBU NFC DAN ANWAR...!


Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot tiga peratus daripada 61 kepada 58 peratus pada bulan ini berbanding beberapa bulan sebelum ini.

Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) itu membandingkan populariti Najib antara 31 Mac hingga 15 April dengan tempoh terkini antara 1 hingga 16 September lalu. 

Perkara yang dinilai UMCEDEL antaranya, sifat mesra rakyat, kewibawaan pentadbiran, kecekapan pengurusan ekonomi, keperibadian terhormat dan imej di peringkat antarabangsa.

Secara perbandingan, terdapat penurunan sambutan terhadap transformasi yang dilakukan Najib, menurut tinjauan itu lagi.

Walaupun BN semakin berpengaruh di Kelantan, secara keseluruhannya berlaku penurunan keyakinan bahawa parti itu akan terus menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 

"Isu berkaitan dengan NFC, Lynas dan integriti pemimpin Umno/BN masih merupakan faktor yang boleh menggugat sokongan pengundi kepada BN dalam PRU Ke-13," ringkasan eksekutifnya dipetik

Terdapat sokongan yang tinggi supaya Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

Read rest of entry

Monday, 24 September 2012

KETUA PEMUDA UMNO KEPONG DITIKAM. BIARLAH POLIS JALANKAN SIASATAN.


Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.

Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online.

"Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.

"Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.

Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui.

"Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang 3 dari hospital.

"Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya.

Menurut anak mangsa, ketilka kejadian ayahnya baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak.
"Ayah sempat menggegar pintu rumah dan meminta pertolongan, bila kami keluar tengok ayah terbaring sambil mengerang kesakitan dengan jarinya juga hampir putus," katanya.
Mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Ampang dan terpaksa menjalani pembedahan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Read rest of entry

SHAHRIZAT NFC PASTI KECEWA? NONG CHIK TERLUPA......


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan BN.


Ketua Umno Lembah Pantai itu berkata beliau telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri.

"Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pencegahan Jenayah anjuran Persatuan Alumni kaum India Universiti Malaya (PANI-UM) dengan kerjasama Persatuan Kemajuan dan Kebajikan Masyarakat Lembah Pantai di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di Kuala Lumpur, hari ini.

Kerusi Lembah Pantai disandang Nurul Izzah Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengalahkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008.

Ditanya mengapa beliau memilih bertanding di Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkata beliau menetap di kawasan itu, lebih 25 tahun dan berkhidmat kepada masyarakat setempat dalam apa jua keadaan.
    
"Saya mempunyai banyak pengalaman dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu-isu berkaitan masyarakat setempat dan bukannya seperti beberapa anggota politik lain yang hanya aktif ketika musim pilihan raya sahaja.

"Sudah tiba masanya untuk saya berkhidmat sebagai wakil rakyat dan benar-benar membuat kerja untuk warga Lembah Pantai. Bagaimanapun, saya akur sekiranya pucuk pimpinan memilih calon lain untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai," katanya.

Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online