www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 8 April 2013

KU LI PRU13? BERUNDUR ATAU DI MAKAN SUMPAHNYA SENDIRI....?


GUA MUSANG: Persaingan bagi merebut kerusi Parlimen Gua Musang bakal berlangsung sengit apabila PAS dikatakan akan menurunkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah untuk berhadapan dengan penyandang kerusi berkenaan yang juga veteran Umno, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.


Difahamkan ahli politik veteran berusia 61 tahun itu telah menangguhkan seketika hasrat untuk bersara dan telah bersetuju untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini.
Sekiranya pertembungan itu benar-benar berlaku, ia bukannya kali pertama, Razaleigh,74, yang merupakan wakil rakyat paling lama di negara ini menentang Wan Abdul Rahim di Gua Musang.
Ahli Parlimen Kota Baru itu pernah tewas kepada Tengku Mahkota Kelantan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 1986.
wan Abdul Rahim yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, berkata beliau yakin dapat menewaskan Tengku Razaleigh kali ini.
Beliau turut menolak spekulasi yang mengatakan Tengku Razaleigh akan digugurkan bagi memberi peluang kepada Ketua Umno Gua Musang, Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor untuk bertanding di kerusi berkenaan.
"Saya fikir Umno cuba untuk memperdayakan PAS. Saya berkempen berdasarkan kenyakinan saya akan menentang Ku Li," katanya.
Wan Abdul Rahim dikenali sebagai salah seorang daripada 'Tiga Abdul' di Kelantan dengan dua yang lain adalah, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, 74 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunku, Datuk Abdul Fatah Mahmood, 65.
Trio berkenaan merupakan veteran PAS yang mempunyai pengaruh mereka tersendiri dalam bidang politik di negeri itu sejak tiga dekad lalu.
Mereka dilaporkan dipanggil Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding di Kelantan pada 1970-an dan telah memainkan peranan penting serta menyakinkan untuk menjadi Menteri Besar selepas PAS berjaya menawan negeri itu pada 1990.
Sementara itu, Abdul Halim berkata beliau tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk bersara sementara Abdul Fatah berkata beliau menyerahkan sebarang keputusan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online