www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 27 September 2012

PEMIMPIN UMNO BERCAKARAN? "NAZRI AZIZ MENYUSAHKAN SAYA," KATA MUHYIDDIN.



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan tuntutan oleh NGO pendidikan Cina Dong Zong sebagai perkara "munasabah" hanyalah pandangan peribadi menteri berkenaan.

Katanya, beliau sendiri telah mendapatkan penjelasan menteri hal ehwal undang-undang tersebut pagi ini, susulan kenyataan Nazri selepas menerima memorandum NGO berkenaan semalam.

"Apa yang dinyatakan itu pandangan dia, tetapi saya jelaskan, kita pun ada pendirian, polisi kerajaan tentang soal itu pun jelas dan kita pun dah buat keputusan.

"Jadi sepatutnya (apabila Nazri) terima  memo itu, dia boleh serah kepada saya. Nanti kita boleh buatlah. Jadi tak payah komen. Dia komen macam dia jadi menteri pelajaran, susahlah saya.

"Saya beritahu dengan (Nazri), dan dia pun kata betul, dan pandangan itu peribadi. Mungkin dia rasa silap buat kenyataan. Saya dah panggil dia, dan ulasan dia telah buat," katanya.

Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menerima memorandum daripada mana-mana pihak.

"Cuma apa tuntutan dalam memorandum itu, biasanya kita akan kaji, saya pun tak baca lagi apa tuntutan dalam memorandum itu. 

"Kalau soal pentadbiran, soal guru itu dah lama dah. Jawatankuasa (telah) kita tubuhkan. Tapi kalau ia menyentuh soal undang-undang dan dasar, dia tidak boleh jawab macam itu. Kita kena kaji.

"Jadi tak apalah dia dah terlepas cakap. Tapi apa yang dicakap itu (tidak semestinya) betul dan mengikut polisi kerajaan. Jadi saya telah beritahu dia, supaya tidak membuat kenyataan sebegitu (selepas ini)," katanya.

'Saya bukan munafik'


Terdahulu, Nazri ketika bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen menolak dakwaan sokongannya terhadap lapan tuntutan NGO pendidikan Dong Zong sebagai satu dolak dalih diplomasi politik semata-mata.

NONE
"Pastinya kita perlu bersikap diplomatik, kami ahli politik tetapi diplomatik ini bukan bermaksud saya ini munafik.

"Saya tidak keluarkan kenyataan semata-mata mengikut rentak khalayak umum, saya orang yang ada integriti," katanya kepada wartawan di perkarangan Parlimen petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong pagi tadi yang menyifatkan Nazri hanya bersikap diplomatik apabila menyifatkan tuntutan Dong Zong sebagai munasabah sewaktu menerima memorandum mereka di Parlimen semalam.

"Kenyataan Nazri yang menyokong lapan tuntutan Dong Zong semalam, saya berpendapat ia hanyalah bahasa diplomatik tetapi saya berharap beliau sebagai menteri kanan boleh bekerjasama dengan MCA atau mana-mana parti berasaskan Cina untuk memastikan perkara ini dilakukan," kata Wee pada sidang medianya pagi tadi.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online