www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday, 4 February 2012

SHAHRIZAT SUCI SELEPAS BALIK UMRAH, TAK MAHU LEPAS JAWATAN WALAU DIDESAK RAFIDAH AZIZ

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan.
    
Beliau berkata tidak ada pemimpin politik yang tidak menghadapi tekanan dan menurutnya perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat malah akan menjadikannya seorang pemimpin yang kuat dalam menghadapi cabaran.
    
"Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba.
    
"Dan kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yang membuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mengenai sama ada beliau akan terus berada dalam barisan Kabinet, katanya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.
    
Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
    
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
    
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.
    
rafidah shahrizat wanita umno mt pwtc 021208 rafidahMengenai kenyataan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz yang dipetik  oleh sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris sebagai
berkata sesiapa yang menjadi bebanan kepada parti perlu meletakkan jawatan, Shahrizat berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu kerana baru sahaja pulang ke tanah air.
    
Katanya beliau sangat menghormati Rafidah dan akan terus berusaha memperkuatkan dan memperkukuhkan Wanita Umno supaya bersatu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
    
Menurutnya beliau yang baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah akan memulakan tugasnya semula Rabu ini.
    
Shahrizat bercuti rehat selama tiga minggu bermula 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


www.malaysiakini.com

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online