www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday, 4 September 2011

KENAPA NAJIB TIDAK HORMATI TARIKH 31 OGOS 2011? BERCUTI DI PERTH,AUTRALIA ...............Memalukan Negara...

Ketika negara meraikan perayaan berkembar - Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu, kelibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan langsung tidak kelihatan.

Kali terakhir, Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.
NONEDalam tweet itu, beliau mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.
 
“Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54," tulisnya dalam laman Twitter.

Bagaimapun dengan bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, Najib menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara.

Dalam satu emel, semalam, seorang pembaca Malaysiakini berkata beliau percaya bahawa perdana menteri berada di Perth, Australia. Andaiannya berdasarkan jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri didapati mendarat di sana pada Rabu lalu.

najib private jet 020911Ketika dihubungi, seorang pembantu Najib enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu.

Setiausaha akhbarnya, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad semata-mata menjawab, "Dia sedang bercuti" sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai lokasi perdana menteri.

Menurut pembaca, yang menghubungi Malaysiakini, beliau mengandaikan perdana menteri berada di Australia berdasarkan dua laman web yang memaparkan gambar dan mencatatkan masa ketibaan pesawat-pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.
'November Romeo 1'

Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu.

najib private jet 020911Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA.

AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.

Kedua-dua laman web AviationWA dan blog Perth Airport Spotter melaporkan bahawa ini adalah lawatan pertama kapal terbang itu ke Perth.

Pesawat itu dikenalpasti milik Jet Premier One (M) Sdn Bhd, yang dipercayai sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), yang dimiliki oleh badan pelaburan kerajaan, iaitu Khazanah Nasional Bhd.

Semasa tahun 2007, perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa pentadbiran beliau membeli pesawat itu pada harga RM200 juta dan berkata keputusan tersebut adalah semata-mata keputusan PMB.

Sementara itu, seorang pembantu Najib berkata orang ramai masih boleh mengunjungi perdana menteri itu semasa majlis rumah terbuka di rumahnya Pekan, Pahang pada 18 September ini.

www.malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online