www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 16 April 2013

SENARAI CALON BN KELANTAN MENGECEWAKAN........ PAS DIJANGKA KEKAL KUASA


KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan meletakkan seramai 59 calon untuk bertanding di Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada jumlah itu, 45 calon akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 calon Parlimen.
Beliau berkata, 25 calon adalah muka baru.
Berikut merupakan senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) Kelantan yang diumumkan oleh Mustapa pada Selasa. 
P.19 Tumpat: Mansor Salleh
N.1 Pengkalan Kubor: Noor Zahidi Omar
N.2 Kelaboran: Wan Hanapi Wan Yaacob
N.3 Pasir Pekan: Nik Noriza Nik Salleh
N.4 Wakaf Bharu: Mohd Rosdi Abdul Aziz
P.20 Pengkalan Chepa: Datuk Dali Hussin
N.5 Kijang: Zaluzi Sulaiman
N.6 Chempaka: Wan Razman Wan Abd Razak
N.7 Panchor: Che Rosli Hassan
P.21 Kota Bharu: Datuk Mohd Fatmi Che Salleh
N.8 Tanjong Mas: Kanidy Omar
N.9 Kota Lama: Tan Ken Ten
N.10 Bunut Payong: Mohd Fakhurazi Abdul Rahim
P.22 Pasir Mas: Che Johan Che Pa
N.11 Tendong: Hanafi Mamat
N.12 Pengkalan Pasir: Tuan Anuwa Tuan Mat
N.13 Chetok: Aimi Jusoh
P.23 Rantau Panjang: Ghazali Ismail
N.14 Meranti: Mohd Afandi Yusoff
N.15 Gual Periok: Shaari Mat Hussain
N.16 Bukit Tuku: Mohd Zain Ismail
P.24 Kubang Kerian: Anuar Afian
N.17 Salor: Mohamad Nordin Awang
N.18 Pasir Tumboh: Mohd Shamsul Mohd Yusoff
N.19 Demit: Wan Mohd Nazi Wan Hamat
P.25 Bachok: Datuk Dr Awang Adek Husin
N.20 Tawang: Mohd Zain Yasim
N.21 Perupok: Mohammad Zaidi Sidek
N.22 Jelawat: Ilias Husain
P.26 Ketereh: Annuar Musa
N.23 Melor: Mohd Othman Omar
N.24 Kadok: Mohamad Basri Awang
N.25 Kok Lanas: Datuk Md Alwi Che Ahmad
P.27 Tanah Merah: Ikmal Hisham Abdul Aziz
N.26 Bukit Panau: Baharudin Yusof
N.27 Gual Ipoh: Mohd Bakri Mustapha
N.28 Kemahang: Dayang Saniah Awang Hamid
P.28 Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat
N.29 Selising: Zulkifli Ali
N.30 Limbongan: Mohd Rujhan Salleh
N.31 Semerak: Zawawi Othman
N.32 Gaal: Redzuan Stapha
P.29 Machang: Ahmad Jazlan Yaakub
N.33 Pulai Chondong: Ab Halim Ismail
N.34 Temangan: Azemi Mat Zin
N.35 Kemuning: Eriandi Ismail
P.30 Jeli: Datuk Seri Mustapa Mohamed
N.36 Bukit Bunga: Mohd Adhan Kechik
N.37 Air Lanas: Datuk Seri Mustapa Mohamed
N.38 Kuala Balah: Abdul Aziz Derashid
P.31 Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat
N.39 Mengkebang: Azizzuddin Hussein
N.40 Guchil: Nik Sapeia Nik Yusof
N.41 Manek Urai: Che Jalal Muda
N.42 Dabong: Ramzi Ab Rahman
P.32 Gua Musang: Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah
N.43 Nenggiri: Mat Yusoff Abdul Ghani
N.44 Paloh: Nozula Mat Diah
N.45 Galas: Ab Aziz Yusoff
Read rest of entry

NASIB 3 ABDUL? RAIS DIBUANG, KJ DIPUNGUT, ISA DIPAKSA BERDEPAN AISYAH DI JEMPOL.



Bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad bakal mencabar calon PAS Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin di parlimen Jempol pada pilihan raya umum 5 Mei ini.


Sebelum ini Isa yang juga pengerusi Felda merupakan wakil rakyat DUN Bagan Pinang selepas menang dalam pilihan raya kecil 2009.

Manakala Aishah yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu" pula pertama kali menyertai pilihan raya selepas menyertai parti itu.


Dengan pertembungan dua individu tersebut, timbul cakap-cakap umum yang menyifatkan persaingan mereka di kerusi parlimen itu sebagai 'Janji Ditepati' Isa vs 'Janji Manismu' Aishah.

Janji Ditepati adalah slogan yang sering dilaungkan oleh BN
Manakala naib ketua bahagian Jelebu, Zainuddin Ismail pula menggantikan penyandang kerusi parlimen itu Datuk Seri Rais Yatim yang juga bekas menteri penerangan.

Zainuddin akan berdepan dengan ketua penerangan Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah di kerusi tersebut.


Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini mengumumkan tidak akan bertanding, dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi beliau di parlimen Rembau.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pula dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi parlimen Tampin.

Senarai penuh calon BN bagi parlimen Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

Zainuddin Ismail (Jelebu)
Tan Sri Isa Samad (Jempol)
Datuk Dr Yau Chai Kian (Seremban)
Datuk Hassan Malek (Kuala Pilah) 
Teoh Eng Tian (Rasah)
Khairy Jamaluddin (Rembau)
Datuk Mogan Velayatham (Teluk Kemang)
Datuk Shaziman Abu Mansor (Tampin)


Read rest of entry

ADAKAH TOK PA BERMIMPI JADI MB KELANTAN? RAKYAT KATA TOK SEH.....


KOTA BHARU: Datuk Seri Mustapa Mohamed bertanding di kerusi Parlimen Jeli dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas sekali gus mengesahkan spekulasi beliau akan diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Mustapa yang merupakan Pengerusi BN Negeri menyandang kerusi Parlimen Jeli apabila menewaskan Mohd Afandi Mohamad dari parti PAS dengan majoriti 4,436 undi pada pilihan raya umum 2008.
Dalam pengumuman BN Kelantan di sini pada Selasa, Tengku Razaleigh Hamzah turut diumumkan mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut bertanding di Parlimen Ketereh.
Datuk Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di Parlimen Bachok.
Read rest of entry

SEBAB APA UMNO SALAH PILIH CALON INI DI PARIT BUNTAR??? DATUK DR.MUJAHID PASTI KEKAL


Pengerusi Gerakan Belia 4B, Muammar Ghadafi Jamaludin bakal menjadi tumpuan apabila diumumkan bertanding di Parlimen Parit Buntar, kerusi panas yang juga kubu kuat Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) itu adalah antara calon muda Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Menteri Besar merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sini hari ini.

Muammar Ghadafi dijangka berdepan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang juga penyandang kerusi tersebut.

Pada PRU-12, Mujahid menewaskan calon BN, Datuk Abdul Raman Suliman dengan majoriti 7,551 undi.


Read rest of entry

SAH..... KU NAN GALI KUBUR BUAT U-TURN LAWAN HUSAM DI PUTRAJAYA.


KUALA LUMPUR 16 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memgumumkan calon-calon Barisan Nasional (BN) untuk 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.



Mereka ialah;

1. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)
2. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
3. Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju)
4. Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa)
5. Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)
6. Rozman Isli (Labuan)
7. Datuk A.Chandrakumanan (Kepong)
8. Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Batu)
9. Jayanthi Devi Balaguru (Segambut)
10. Frankie Gan Joon Zin (Bukit Bintang)
11. Nicole Wong Siaw Ting (Seputeh)
12. Teoh Chee Hooi (Cheras)
13. Tan Kok Eng (Bandar Tun Razak)

CALON PR BAGI 13 KERUSI PARLIMEN WP

P 114 - Kepong - (DAP - belum diperolehi)
P 115 - Batu - Tian Chua (KEADILAN - penyandang)
P 116 - Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (KEADILAN)
P 117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP - penyandang)
P 118 - Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (KEADILAN)
P 119 - Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS)
P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP - penyandang)
P 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (KEADILAN - penyandang)
P 122 - Seputeh - Ong Kian Ming (DAP - belum disahkan)
P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP - penyandang)
P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 125 - Putrajaya - Husam Musa (PAS - kekal bertanding di DUN Salor)
P 166 - Labuan - Ibrahim Menudin (KEADILAN) atau Hadnan Mohamad (PAS) - masih menunggu keputusan rasmi


Read rest of entry

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13 PAKATAN RAKYAT.


Perlis Indera Kayangan (3 kerusi)

P 001 - Padang Besar - Azamhari Mahmood (PAS)
P 002 - Kangar - Dr Juanda Jaya (KEADILAN)
P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS)

Kedah Darul Aman (15 kerusi)

P 004 - Langkawi - Ahmad Abdullah (KEADILAN)
P 005 - Jerlun - (PAS - belum diperolehi)
P 006 - Kubang Pasu - (PAS - belum diperolehi)
P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang)
P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang)
P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN)
P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN)
P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS)
P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang)
P 013 - Sik - Che Uda Che Nik (PAS - penyandang - belum disahkan)
P 014 - Merbok - Nor Azrina Surip (KEADILAN)
P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang)
P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN)
P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang)

Kelantan Darul Naim (14 kerusi)

P 019 - Tumpat - Kamaruddin Jaffar (PAS - penyandang)
P 020 - Pengkalan Chepa - (PAS - belum diperolehi)
P 021 - Kota Bharu - Zaid Ibrahim (PAS - belum disahkan)
P 022 - Pasir Mas - Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS - belum disahkan)
P 023 - Rantau Panjang - Abdul Fatah Haron (PAS - bertukar dari DUN Bukit Tuku - belum disahkan)
P 024 - Kubang Kerian - Mumtaz Md Nawi (PAS)
P 025 - Bachok - Ariffin Mahmod (PAS)
P 026 - Ketereh - Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN - penyandang - belum diumumkan)
P 027 - Tanah Merah - Nik Mahmood Nik Hassan (KEADILAN - belum disahkan)
P 028 - Pasir Puteh - (PAS - belum diperolehi)
P 029 - Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (KEADILAN - belum diumumkan)
P 030 - Jeli - Abdullah Yaacob (PAS - bertukar dari DUN Air Lanas - belum disahkan)
P 031 - Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - penyandang)
P 032 - Gua Musang - Dr Zulkefli Mohamad (PAS - belum disahkan)

Terengganu Darul Iman (8 kerusi)

P 033 - Besut - (PAS - belum diperolehi)
P 034 - Setiu - (PAS - belum diperolehi)
P 035 - Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (PAS)
P 036 - Kuala Terengganu - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS)
P 037 - Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS - penyandang)
P 038 - Hulu Terengganu - (PAS - belum diperolehi)
P 039 - Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
P 040 - Kemaman - Kamaruddin Chik (KEADILAN)

Pulau Pinang Pulau Mutiara (11 kerusi)

P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS)
P 042 - Tasek Gelugor - Abdul Rahman Maidin (PAS)
P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP - penyandang)
P 044 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP - penyandang)
P 046 - Batu Kawan - Dr P Ramasany (DAP - penyandang)
P 047 - Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti)
P 048 - Bukit Bendera - Zairil Khir Johari (DAP - belum disahkan)
P 049 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP - penyandang - belum disahkan)
P 050 - Jelutong - Jeff Ooi Chuan Aun (DAP - penyandang)
P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP - penyandang)
P 052 - Bayan Baru - Sim Tze Tzin (KEADILAN - bertukar dari DUN Pantai Jerejak)
P 053 - Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN)

Perak Darul Ridzuan (24 kerusi)

P 054 - Gerik - Norhayati Kassim (PAS - belum diumumkan)
P 055 - Lenggong - Razman Zakaria (PAS - belum disahkan)
P 056 - Larut - Fauzi Shaari (PAS)
P 057 - Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - penyandang)
P 058 - Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty (KEADILAN)
P 059 - Bukit Gantang - Idris Ahmad (PAS)
P 060 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP - penyandang)
P 061 - Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (KEADILAN)
P 062 - Sungai Siput - Dr Michael Jeyakumar (PSM - penyandang)
P 063 - Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (KEADILAN)
P 064 - Ipoh Timur - Thomas Su (bertukar dari DUN Pasir Pinji - belum disahkan)
P 065 - Ipoh Barat - M Kulasegaran (DAP - penyandang)
P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (bertukar dari DUN Tronoh - belum disahkan)
P 067 - Kuala Kangsar - Drs Khalil Idham Lim (bertukar dari DUN Titi Serong)
P 068 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP - penyandang)
P 069 - Parit - Mohamad Ismi Muhamad Taib (PAS)
P 070 - Kampar - (DAP - belum diperolehi)
P 071 - Gopeng - Dr Lee Boon Chye (KEADILAN - penyandang)
P 072 - Tapah - Vasantha Kumar Krishan(KEADILAN)
P 073 - Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub (KEADILAN)
P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (PAS - menggunakan lambang KEADILAN)
P 075 - Bagan Datoh - Madzi Hassan (KEADILAN)
P 076 - Teluk Intan - M Manogaran (DAP - penyandang)
P 077 - Tanjong Malim - Tan Yee Kew (KEADILAN)

Pahang Darul Makmur (14 kerusi)

P 078 - Cameron Highlands - J Appalasamy (DAP - belum disahkan)
P 079 - Lipis - (PAS - belum diperolehi)
P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (DAP)
P 081 - Jerantut - Hamzah Jaafar (PAS)
P 082 - Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman (KEADILAN)
P 083 - Kuantan - Fuziah Salleh (KEADILAN - penyandang)
P 084 - Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar (KEADILAN)
P 085 - Pekan - Fariz Musa (KEADILAN) bertembung dengan Mohamad Bukhairy Sofian (GM13)
P 086 - Maran - (PAS - belum diperolehi)
P 087 - Kuala Krau - Shahril Azman (PAS)
P 088 - Temerloh - Nasrudin Hassan (PAS)
P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP)
P 090 - Bera - Zakaria Abdulhamid (KEADILAN)
P 091 - Rompin - Nuridah Salleh (PAS)

Selangor Darul Ehsan (26 kerusi)

P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN)
P 093 - Sungai Besar - (PAS - belum diperolehi)
P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN)
P 095 - Tanjong Karang - (PAS - belum diperolehi)
P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang)
P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN - penyandang)
P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang)
P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN)
P 101 - Hulu Langat - (PAS - belum diperolehi)
P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP - penyandang)
P 103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP - penyandang)
P 104 - Kelana Jaya - Wong Chen (KEADILAN)
P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN - penyandang)
P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP - penyandang)
P 107 - Subang - Sivarasa Rasiah (KEADILAN - penyandang)
P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang)
P 109 - Kapar - Manivanam Govindasamy (KEADILAN)
P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP - penyandang)
P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang)
P 112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (KEADILAN - penyandang)
P 113 - Sepang - Hanipa Maidin (PAS - belum disahkan)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (13 kerusi)

P 114 - Kepong - (DAP - belum diperolehi)
P 115 - Batu - Tian Chua (KEADILAN - penyandang)
P 116 - Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (KEADILAN)
P 117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP - penyandang)
P 118 - Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (KEADILAN)
P 119 - Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS)
P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP - penyandang)
P 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (KEADILAN - penyandang)
P 122 - Seputeh - Ong Kian Ming (DAP - belum disahkan)
P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP - penyandang)
P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 125 - Putrajaya - Husam Musa (PAS - kekal bertanding di DUN Salor)
P 166 - Labuan - Ibrahim Menudin (KEADILAN) atau Hadnan Mohamad (PAS) - masih menunggu keputusan rasmi

Negeri Sembilan Darul Khusus (8 kerusi)

P 126 - Jelebu - Aiman Athirah Al-Jundi (PAS)
P 127 - Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (PAS)
P 128 - Seremban - Teo Kok Seong (DAP - bertukar dari DUN Bahau)
P 129 - Kuala Pilah - Nazeri Yunus (KEADILAN - belum disahkan)
P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP - penyandang)
P 131 - Rembau - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 132 - Telok Kemang - Kamarul Baharin Abbas (KEADILAN - penyandang - belum disahkan)
P 133 - Tampin - Zakaria Khalim (PAS)

Melaka Darul Azim (6 kerusi)

P 134 - Masjid Tanah - Mohd Nasaie Ismail (PAS)
P 135 - Alor Gajah - Damian Yeo Shen Li (DAP - belum disahkan)
P 136 - Tangga Batu - Rahim Ali (KEADILAN)
P 137 - Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin (KEADILAN)
P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP - penyandang)
P 139 - Jasin - (KEADILAN - belum diperolehi)

Johor Darul Takzim (26 kerusi)

P 140 - Segamat - Dr Chua Jui Meng (KEADILAN)
P 141 - Sekijang - Julailey Jemadi (KEADILAN)
P 142 - Labis - S Ramakrishnan (DAP)
P 143 - Pagoh - Mohd Rozali Jamal Hafiz (PAS)
P 144 - Ledang - Hassan Karim (KEADILAN)
P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP - penyandang)
P 146 - Muar - Nor Hizwan Ahmad (KEADILAN)
P 147 - Parit Sulong - Khairuddin Abd Rahim (PAS)
P 148 - Ayer Hitam - Hu Pang Chaw (PAS)
P 149 - Sri Gading - Mohd Khuzzan Abu Bakar (KEADILAN)
P 150 - Batu Pahat - Dr Idris Jauzi (KEADILAN)
P 151 - Simpang Renggam - Suhaizan Kaiyat (PAS)
P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP - bertukar dari parlimen Bukit Bendera)
P 153 - Sembrong - Onn Abu Bakar (KEADILAN)
P 154 - Mersing - Roslan Nikmat (PAS)
P 155 - Tenggara - Muhamad Said Jonit (PAS)
P 156 - Kota Tinggi - Onn Jaafar (PAS)
P 157 - Pengerang - Salleh Farmin (PAS - belum disahkan)
P 158 - Tebrau - Steven Choong Siow (KEADILAN)
P 159 - Pasir Gudang - Dr Ahmad Faidhi Saidi (KEADILAN)
P 160 - Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (KEADILAN)
P 161 - Pulai - Salahuddin Ayub (PAS - bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
P 162 - Gelang Patah - Lim Kit Siang (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Timur)
P 163 - Kulai - Yeo Tung Siong (DAP - belum disahkan)
P 164 - Pontian - Dayangku Intan Tengku Abd Hamid (KEADILAN - belum disahkan)
P 165 - Tanjong Piai - Mahdzir Ibrahim (DAP)

Sabah Negeri Di Bawah Bayu (25 kerusi)

P 167 - Kudat - Musalim Tanjul atau Chong Kah Kiat (KEADILAN)
P 168 - Kota Marudu - Anthony Mandiau atau Maijol Mahap (KEADILAN)
P 169 - Kota Belud - Saidil Simoi atau Munirah Majilis (KEADILAN)
P 170 - Tuaran - Ansari Abdullah atau Wilfred Bumburing (APS-KEADILAN - penyandang, keluar BN)
P 171 - Sepanggar - Dr Chong Eng Leong (KEADILAN - belum diumumkan)
P 172 - Kota Kinabalu - Dr Hiew King Chiew (DAP - penyandang)
P 173 - Putatan - Mazhry Nasir atau Yahya Lampong (KEADILAN - belum disahkan)
P 174 - Penampang - Darell Leiking (KEADILAN - belum disahkan)
P 175 - Papar - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 176 - Kimanis - Jaafar Ismail (KEADILAN - belum disahkan)
P 177 - Beaufort - Lajim Ukin (PPPS-KEADILAN - penyandang, keluar BN)
P 178 - Sipitang - Ramli Dua (KEADILAN - belum disahkan)
P 179 - Ranau - Jonathan Yassin (KEADILAN)
P 180 - Keningau - Ahmadshah Tambakau (KEADILAN - belum disahkan)
P 181 - Tenom - Adris Taripin (KEADILAN - belum disahkan)
P 182 - Pensiangan - Dr Richard Gunting (KEADILAN - belum disahkan)
P 183 - Beluran - James Miki (KEADILAN - belum disahkan)
P 184 - Libaran - Ahmad Thamrin Jaini (KEADILAN - belum disahkan)
P 185 - Batu Sapi - Hamzah Abdullah (PAS)
P 186 - Sandakan - Steven Wong Chai You (DAP - belum disahkan)
P 187 - Kinabatangan - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 188 - Silam - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 189 - Semporna - Dr Zamree Abi (KEADILAN - belum disahkan)
P 190 - Tawau - Chan Foong Hin (DAP - belum disahkan) atau Kong Hong Ming (KEADILAN - belum disahkan)
P 191 - Kalabakan - Usman Madeaming (PAS)

Sarawak Bumi Kenyalang (31 kerusi)

P 192 - Mas Gading - (DAP - belum diperolehi)
P 193 - Santubong - Zulrusdi Mohd Hol (KEADILAN)
P 194 - Petra Jaya - Ahmad Nazib Johari (KEADILAN)
P 195 - Bandar Kuching - Julian Tan Kok Ping (DAP)
P 196 - Stampin - Chong Chien Jien (DAP - bertukar dari parlimen Bandar Kuching, juga penyandang DUN Kota Sentosa)
P 197 - Kota Samarahan - Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)
P 198 - Mambong - Willie Monggin (KEADILAN)
P 199 - Serian - Edward Andrew Luak (DAP - belum disahkan)
P 200 - Batang Sadong - Dr (H) Mohd Jolhi (PAS)
P 201 - Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN)
P 202 - Sri Aman - Nicholas Mujah (KEADILAN)
P 203 - Lubok Antu - Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN)
P 204 - Betong - Cecila Una (KEADILAN)
P 205 - Saratok - Ali Biju (KEADILAN - juga penyandang DUN Krian)
P 206 - Tanjong Manis - Jurina Mut (PAS)
P 207 - Igan - Ajiji Fauzan (PAS)
P 208 - Sarikei - Andrew Wong Lin Biu (DAP)
P 209 - Julau - Andy Wong Hong Yu (KEADILAN) atau Ambrose Jabang Lamba (PAS)
P 210 - Kanowit - Thomas Laja (KEADILAN)
P 211 - Lanang - Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
P 212 - Sibu - Oscar Ling Chai Yew (DAP)
P 213 - Mukah - Hai Merwain (DAP) atau Nani Sahari (PAS)
P 214 - Selangau - Joshua Jabeng (KEADILAN)
P 215 - Kapit - Ramli Malaka (DAP - belum disahkan)
P 216 - Hulu Rajang - Abun Sui Anyit (KEADILAN)
P 217 - Bintulu - John Brian Anthony (DAP - belum disahkan)
P 218 - Sibuti - Mohamad Zaid @ Robby Tandang (PAS)
P 219 - Miri - Lim Su Kien (DAP)
P 220 - Baram - Ronald Engan (KEADILAN)
P 221 - Limbang - Baru Bian (KEADILAN - juga penyandang DUN Ba'kelalan)
P 222 - Lawas - Dr Bob Langup (DAP)

Sumber dari blog Jalan Pulang 

Read rest of entry

Friday, 12 April 2013

VIDEO SEKS PALSU..? RAKYAT DIAJAR MENONTON FILEM LUCAH......

NONE
"Jika mereka boleh buat video Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka boleh buat video melibatkan sesiapa sahaja," kata Husam (kiri) ketika ditemui pagi ini.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa percaya, video seks baru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti Islam itu "palsu" dan parti tidak perlu menyiasatnya.


Lapan hari sebelum penamaan calon, beberapa blog pro-Umno memuatkan video melibatkan pemimpin itu dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.

Penulis blog Papagomo mendakwa, wanita dalam video itu mengaku diupah PKR untuk memerangkap pemimpin itu - yang menurutnya orang paling lantang mendesak ke arah penyatuan PAS-Umno melalui kerajaan perpaduan.

Laman perkongsian Youtube sudah membuang video itu.
Read rest of entry

JIKA VIDEO SEKS NAJIB @ MUHYIDDIN TERSEBAR? FITNAH YANG MENJIJIKKAN.


ULASAN Sekarang tiba giliran pemimpin PAS pula dijadikan sasaran serangan video seks.Sebelumnya PKR memberi amaran akan muncul serangan politik berbentuk aksi lucah dua video berasingan melibatkan dua pemimpin kanan parti itu, seorang menteri besar dan seorang lagi naib presiden.



Tidak lama sebelum pilihan raya umum 2008, aksi lucah tokoh MCA menjadi perbualan. Dr Chua Soi Lek kemudiannya mengaku dan meletakkan jawatan daripada kabinet.


Sembilan hari sebelum penamaan calon bagi pilihan raya umum 5 Mei ini, tiada sesiapa menduga PAS pula menjadi sasarannya.Foto wajah seseorang yang kelihatan seperti tokoh utama parti itu yang berbogel dikatakan mengadakan hubungan seks di sebuah bilik.Desas-desus ini tersebar awal malam tadi dan diberitakan di laman web The Star Online menjelang tengah malam.


Sementara Malaysiakini difahamkan tentang kewujudan imej ini sekitar 8 malam tetapi mengambil keputusan tidak melaporkan sehingga mendapat ulasan tuan punya badan.Sementara dunia blog, khususnya yang pro-Umno, dengan tangkas menyebarkan imej-imej video tersebut bersama sejumlah maklumat yang mengejutkan.


Wanita dibayar oleh PKR?

Kononnya, menurut blog-blog tersebut, wanita yang berasmara dengan tokoh PAS itu telah dibayar oleh PKR untuk memerangkap pemimpin berkenaan.Kononnya lagi, dua pemimpin Pemuda PKR berjaya ditahan dan disiasat berhubung pengedaran video lucah ini di Besut, Terengganu semalam.


Lebih memeranjatkan, sekonyong-konyongnya menurut blog lagi, dalam satu rondaan polis pada 7.45 pagi semalam, pihak berwajib telah menemui "16 sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi sekeping cakera padat video gambar lucah" di satu kawasan perumahan di Kampung Alor Lintang.Sama ada sahih atau tidak, blog menyebut: suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedar salinan video tersebut, lebih kurang 11 minit 25 saat.


Video itu memaparkan seorang perempuan, kata blog lagi, disyaki bukan warganegara melakukan hubungan seks dengan tokoh berkenaan.Jadi, berbeza kes video lucah mantan menteri kesihatan, sensasi terbaru ini mempunyai dimensi politik konspirasi dalam Pakatan Rakyat.


Alasannya, menurut blog pro-Umno lagi, tokoh PAS itu cuba membawa masuk mantan pemimpin kanan yang telah terpinggir dan seorang tokoh parti yang telah dipecat.

Oleh kerana tidak suka dengan langkah tokoh PAS berkenaan, maka dirancanglah satu "perangkap seks" sedemikian rupa!


Yakinkan penyokong totok Umno

Persoalan yang muncul: kenapa perlu video lucah itu diedar di Besut, sebuah kawasan parlimen yang dikenali kubu kuat Umno?(Atau, dua pemimpin muda PKR itu memang berasal dari daerah Besut?)

Jika begitulah hasratnya, untuk apa lagi diyakinkan kepada penyokong totok Umno bahawa pemimpin PAS memang tidak guna?

Apakah tidak cukup selama berdekad-dekad serangan Umno terhadap PAS di negeri penyu itu?

Kerusi parlimen itu atau Terengganu umumnya tidak pernah dikhabarkan akan bergoncang pada pilihan raya 5 Mei nanti -- tidak seperti Negeri Sembilan, Kedah, Johor atau Perak.

Kenapa tidak diedarkan di Marang, kerusi presiden PAS Abdul Hadi Awang atau Kuala Terengganu yang bakal ditandingi seorang arkitek terkenal dan kerabat diraja?

Jika serangan video itu dilancarkan oleh PKR dengan gaya baling batu sembunyi tangan, kenapa tidak ia disebarkan sahaja melalui Internet, media berpengaruh yang dikuasai sebaik-baiknya oleh parti itu? Bukankah Internet sudah menjadi sarang bahan-bahan porno yang boleh dijadikan saluran sebaran dengan murah tetapi sasarannya ribuan, malah jutaan, penyokong PAS?

Jika pengundi meragui kesucian pemimpin-pemimpin PAS, apakah kesannya kepada Pakatan Rakyat yang ingin merampas Putrajaya? Tidakkah menyerang PAS bererti juga menghakis peluang pembangkang menambah undi?

Walaupun ia tidak mustahil, dan sekalipun video itu benar, bagaimana mungkin PKR merancang menggoda tokoh PAS itu dan kemudiannya merakam pula aksi ranjangnya?

Jika ia benar, tentulah ia diusahakan oleh unit perang saraf terbaik PKR sehingga tidak terbocor kepada sesiapa -- daripada mengupah wanita itu, kemudian menggoda tokoh politik berkenaan dan kemudian lagi memasang kamera di bilik tidur.

Jika wujud unit terhebat itu, kenapa pula unit itu tidak berjaya mengedarkannya dengan senyap-senyap tanpa dengan mudah diketahui umum dan ditangkap polis?

Jika benarlah laporan polis mengesyaki wanita itu bukan warganegara ini, bagaimana pula blog pro-Umno dengan mudah mendapat pengakuannya?

Sejak bila pula polis atau penulis pro-Umno menemui wanita itu dan mengambil keterangannya?

Dan bagaimana pula unit terbaik PKR itu gagal menyembunyikan wanita upahannya agar tidak dicekup oleh pihak berwajib atau musuh-musuh politiknya seperti BN atau Umno?

Pendek kata, skrip video lucah pemimpin Pakatan -- sekalipun benar-benar wujud -- tunggang-langgang dan boleh menjadikan orang ramai cukup meluat dan menentang BN habis-habisan pada Ahad, 5 Mei nanti.

FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini.

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/226566
Read rest of entry

Wednesday, 10 April 2013

INIKAH BEKAS MB PERAK AKAN SERTAI PAS?


LUMUT: Seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS tidak lama lagi.
Perkara ini didedahkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya umum akan datang, malam Selasa.

Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama bekas menteri besar berkenaan.
"Seorang mantan menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas.
Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa.
Sebelum pentadbiran Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).

sumber : 
Read rest of entry

Monday, 8 April 2013

KU LI PRU13? BERUNDUR ATAU DI MAKAN SUMPAHNYA SENDIRI....?


GUA MUSANG: Persaingan bagi merebut kerusi Parlimen Gua Musang bakal berlangsung sengit apabila PAS dikatakan akan menurunkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah untuk berhadapan dengan penyandang kerusi berkenaan yang juga veteran Umno, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.


Difahamkan ahli politik veteran berusia 61 tahun itu telah menangguhkan seketika hasrat untuk bersara dan telah bersetuju untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini.
Sekiranya pertembungan itu benar-benar berlaku, ia bukannya kali pertama, Razaleigh,74, yang merupakan wakil rakyat paling lama di negara ini menentang Wan Abdul Rahim di Gua Musang.
Ahli Parlimen Kota Baru itu pernah tewas kepada Tengku Mahkota Kelantan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 1986.
wan Abdul Rahim yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, berkata beliau yakin dapat menewaskan Tengku Razaleigh kali ini.
Beliau turut menolak spekulasi yang mengatakan Tengku Razaleigh akan digugurkan bagi memberi peluang kepada Ketua Umno Gua Musang, Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor untuk bertanding di kerusi berkenaan.
"Saya fikir Umno cuba untuk memperdayakan PAS. Saya berkempen berdasarkan kenyakinan saya akan menentang Ku Li," katanya.
Wan Abdul Rahim dikenali sebagai salah seorang daripada 'Tiga Abdul' di Kelantan dengan dua yang lain adalah, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, 74 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunku, Datuk Abdul Fatah Mahmood, 65.
Trio berkenaan merupakan veteran PAS yang mempunyai pengaruh mereka tersendiri dalam bidang politik di negeri itu sejak tiga dekad lalu.
Mereka dilaporkan dipanggil Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding di Kelantan pada 1970-an dan telah memainkan peranan penting serta menyakinkan untuk menjadi Menteri Besar selepas PAS berjaya menawan negeri itu pada 1990.
Sementara itu, Abdul Halim berkata beliau tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk bersara sementara Abdul Fatah berkata beliau menyerahkan sebarang keputusan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya

Read rest of entry

Friday, 9 November 2012

"MAT YO" PENDERHAKA.... KENAPA ANUAR MUSA DENDAM KEPADA MAT YO?


"ITU hak siapa sebenarnya? Bagi saya sebagai presiden, dia boleh menilai." Demikian menurut penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Bola Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang antara lain berkata, kemenangan tiga kejuaraan oleh The Red Warriors hanya akan diberikan kepada pemain yang setia dengan pasukan Kelantan.

Menurut Mat Yo, tiga kejuaraan yang diperolehi oleh Kelantan turut disumbangkan oleh beliau.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, imbuhan kepada pemain turut menjadi haknya.

"Saya pun tidak tahu macam mana sebab saya sendiri tidak tahu sama ada saya kekal atau berhijrah.

"Tapi, sekiranya saya berhijrah, Kafa tidak boleh melakukan sedemikian, itu hak saya," ujar Mat Yo.

Dalam laporan media hari ini, Annuar dipetik berkata, Kafa bersedia melepaskan Mat Yo sekiranya tawaran yang diperoleh berbaloi dengan nilainya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, bonus kemenangan ketiga-tiga kejuaraan tersebut akan hanya diberikan kepada pemain yang setia kepada pasukan Kelantan.

"Bonus adalah hak pertimbangan presiden dan persatuan, jadi kita akan hanya memberikan bonus kepada pemain yang setia untuk terus beraksi dengan kita sahaja sebab itu sebahagian daripada semangat berpasukan," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai prestasinya dalam dua perlawanan persahabatan baru-baru ini, Mat Yo yang juga pemain kebangsaan mengakui prestasi beliau belum mencapai kemuncaknya.

Bagaimanapun beliau menolak dakwaan yang mengatakan prestasinya terganggu ekoran isu perpindahan yang belum diselesaikan.

"Saya akui prestasi saya belum di tahap yang terbaik. Tapi ini bukan disebabkan oleh isu berhijrah ke Johor.

"Apa-apa pun, saya yakin dua tiga minggu lagi prestasi saya akan kembali ke tahap yang sebenar sebelum bermulanya saingan Piala Suzuki AFF nanti," katanya.

Mengulas lanjut dua kekalahan berturut-turut dialami skuad kebangsaan, Mat Yo bagimanapun menganggap mereka telah melakukan yang terbaik.

"Bagi saya pemain sudah melakukan yang terbaiki, cuma tiada rezeki.

"Tapi bagi saya, walaupun kalah, itu memberi kelebihan kepada kita untuk lebih bersedia andai kata bertemu mereka di suku akhir nanti," jelas beliau.
Read rest of entry

Monday, 5 November 2012

PANAS...! TPM MUHYIDDIN PALING SUKA NAJIB TEWAS DI PEKAN.



"Bagi perdana menteri lagi ramai lebih meriah," kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas hasrat mereka yang mengumumkan untuk berdepan dengan Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan dalam piliha raya umum akan datang.

"Apapun ini proses pilihan raya umum. Tak penting buat komen. Perkara disebutkan (oleh) orang politik kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi," katanya dalam sidang media pagi ini. 

Muhyiddin merujuk kepada hasrat Presiden Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan mahu menentang Najib di parlimen Pekan yang diwakili perdana menteri sekarang.

Pengumuman itu menyusul selepas sokongan Mursyidul Am PAS kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk Pekan.

Bagaimanapun, Zaid berkata beliau akan berbuat demikian sekiranya Abdul Hadi membatalkan hasratnya itu.

Read rest of entry

Tuesday, 30 October 2012

MCA SEMAKIN PARAH....BEKAS PRESIDEN BAKAL MELOMPAT PARTI?


Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan mengumumkan dalam bulan ini, menyertai salah satu parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - Parti Tindakan Demokratik (DAP)! Ong Tee Keat adalah bekas presiden MCA paling lantang mengkritik beberapa polisi Barisan Nasional sejak kalah dalam perebutan jawatan Presiden di tangan Chua Soi Lek yang disokong Umno-APCO. Tee Keat berkata, beliau akan membawa kumpulan pengikutnya, termasuk Ketua Wanita MCA Melaka, Xuexia, Pengerusi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Qingzhou Weng bersama bekas Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang. 

 Ong Tee Keat Ahli Parlimen Pandan, sekiranya dia menyertai Parti Tindakan Demokratik, pertempuran di kawasan parlimennya yang sama, akan membantu Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang disandang Exco Kerajaan Selangor, Iskandar A Samad seterusnya meningkatkan peratusan kemenangan Pakatan Rakyat. Menurut sumber maklumat dalaman mengatakan bahawa selepas Tahun Baru Cina, Tee Keat bertemu dengan penyokongnya di satu lokasi yang dirahsiakan untuk meminta pandangan mereka tentang nasibnya dalam MCA.

 Menurut sumber itu, bahawa penyokong memihak kepada keputusannya untuk meninggalkan MCA, kerana perjuangan yang berterusan dan tidak masuk akal tidak akan membawa MCA ke mana-mana. Sumber yang mengatakan bahawa Tee Keat telah bertemu pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah-masalah mereka, sebenarnya adalah Chua Jui Meng yang kini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tee Keat dan Jui Meng selepas mesyuarat, menegaskan bahawa penghijrahan Tee Keat tidak akan mendesak untuk memperoleh jawatan, hanya mendengar kepada analisis Jui Meng bagaimana Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan persekutuan dengan pelan peralihan kuasa yang teratur. Tee Keat akan mengumumkan hasratnya dalam masa terdekat, dipercayai sebelum pembubaran parlimen yang dijangka 14 Mei ini.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online