- Pelakon Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Datuk Seri Shafie Apdal berkata, beliau tidak mengenali menteri itu dan tuduhan terhadapnya oleh bekas pemandu Noor Azman Azemi bohong semata-mata."Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri?"Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen."Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Mstar pada Rabu.Semalam Noor Azman mendakwa pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie - jumlah paling tinggi pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun.Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan dia melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000, yang kandungannya kemudian didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.Malaysiakini sudah menghubungi Shafie melalui Twitter semalam dan masih menunggu maklum balas daripadanya.ubscribersShahrizat, GAGAL!!! Next Shafie :)Najib sibuk bagi WANG kepada Rakyat, tapi Najib BUTA yang MENTERI2nya sedang sibuk menghabiskan duit Rakyat!!!Allah Maha Adil.TUMBANGKAN REJIM BN!!!
- Justin Lodukim · Pengulas Tertinggiha ha ha ha........................
..kua kua kua...............kantoi. mana ada pokok bergoyang tanpa angin................
Thursday, 17 May 2012
SHAFIE AFDAL KENAL TAK ARTIS WANITA INI? SKANDAL 1MALAYSIA.....
,
Author: tukartayarbaru
|
|
Tuesday, 15 May 2012
NAJIB DIMALUKAN DI LONDON. BUKTI RAKYAT MELUAT DENGAN NAJIB DAN UMNO....
,
Author: tukartayarbaru
|
|
Malang lagi nasib Najib.. jika dulu selepas BERSIH 2.0 beliau telah ke London, Queen Elizabeth telah menyambutnya dengan berpakaian kuning dan satu demonstrasi oleh rakyat Malaysia telah diadakan oleh rakyat Malaysia di sana.
Kali ini malangnya berganda.. kerana ketibaannya telah disambut dengan bunga kuning juga manakala majlis yang diadakan olehnya di 02 juga dicemari dengan laungan BERSIH ketika beliau smahu berucap membuatkannya tersentak.
Apa yang membuat malangnya berganda ialah semua yang hadir ke 'An Evening with Prime Minister' yang bertujuan untuk mempromosikan dirinya itu ialah makanan, minuman dan juga pengangkutan telah disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia sendiri secara percuma buat mereka yang mahu hadir..
Perkara ini telah dinyatakan dilaman web Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London dimana semua rakyat Malaysia di UK adalah dijemput untuk menghadiri majis ini secara percuma, dengan makanan dan minuman yang disediakan dan hiburan kebudayaan yang ditawarkan keseluruhannya - sila baca di ( SINI )
Best jugak tinggal di London ya.. nak malukan Najib pun kerajaan tanggung..
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/05/saksikan-najib-dimalukan-di-london.html
Monday, 14 May 2012
NAJIB BERANGKAT KE UK 11.15 MALAM TADI, BILA PRU 13?
,
Author: tukartayarbaru
|
|
SEPANG - Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.
Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini.
Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.
Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Royal Charter kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.
AKAN MENYUSUL
Sunday, 13 May 2012
9 JUN 2012 TARIKH PRU13? NAJIB TUNGGU ILHAM UNTUK KUBURKAN UMNO....
,
Author: tukartayarbaru
|
|

Spekulasi berhubung tarikh pilihan raya giat diperkatakan susulan ucapan perdana menteri di masjlis sambutan ulangtahun Umno, Jumaat lalu bahawa beliau terasa seperti ingin segera mengadap Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Spekulasi di blog dan SMS itu antaranya dikutip akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa tarikh ilihan raya diramal pada 9 Jun manakala hari penamaan calon pula dijangka 26 Mei, lapor akhbar tersebut yang
Najib juga diramal akan membubarkan Parlimen pada Isnin, menurut laporan tersebut yang memetik satu sumber.
Ramalan itu juga dibuat berdasarkan tempoh cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei, menurut laporan tersebut .
Laporan itu juga memetik kenyataan timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi yang berpendapat kenyataan Najib untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong itu hanya satu gurauan.
Katanya, Najib masih perlu menyelesaikan isu nadi bumi Lynas, manakala Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai.
"Jadi saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September," katanya.
www,malaysiakini.com
Sunday, 29 April 2012
SAKSIKAN AISYAH SERTAI BERSIH 3.0......TAKBIR....
,
Author: tukartayarbaru
|
|
Aishah menyertai perhimpunan Bersih.
PETALING JAYA: Penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.
Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.
Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program "Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah" di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.
Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.
Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Saturday, 21 April 2012
SKANDAL SHAFIE+ ZAHIDA? BILA JUMPA BAYAR RM100 RIBU, UNTUK KHIDMAT APA?
,
Author: tukartayarbaru
|
|
KUALA LUMPUR 18 April: Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.
Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.
Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.
“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.
“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.
“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.
“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.
“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.
“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.
Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.
“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.
Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.
Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.
“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.
Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.
Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara -Keadilandaily
Berikut pula dari Malaysiakini..
PKR persoal 'bayaran RM1.5j' menteri pada artis wanita
PKR hari ini mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.
Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.
Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Monday, 9 April 2012
ROSMAH GANTI SHAHRIZAT? N.K.R.A. = NAJIB KASI ROSMAH AMBIL
,
Author: tukartayarbaru
|
Filed Under:
PM
|
KUALA LUMPUR, 9 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ‘melantik’ dirinya sendiri sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
‘Pelantikan’ itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai senator, semalam.
“DPPM merasakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat sesuai dengan dirinya memandangkan tidak ada lagi pemimpin Umno dari kalangan wanita yang layak menggantikan tempat Datuk Seri Shahrizat,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.
Menurutnya, mungkin semua pemimpin lain yang ada dalam Umno mahupun Barisan Nasional tidak sehebat dan setanding dengan Najib, ataupun mungkin kesemua pemimpin Umno yang lain tidak boleh dipercayai untuk dijadikan menteri.
Katanya, kehebatan Najib sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuktikan bahawa sememangnya beliau pemimpin serba boleh sehinggakan portfolio yang berkaitan dengan wanita juga beliau perlu jaga.
“Pelantikan ini melengkapkan tiga portfolio kabinet yang dipegang oleh beliau iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya kepada Harakahdaily.
Malah, ujarnya DPPM juga mencadangkan supaya Najib membolot semua jawatan Menteri Kabinet yang lain.
“Cadangan ini penting supaya membolehkan beliau dikenali dan menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia.
“Menteri-menteri kabinet yang lain boleh dikesampingkan, kerana yang pentingnya Datuk Seri Najib popular dan diminati ramai, bukan pemimpin-pemimpin Umno yang lainnya,” kata Riduan lagi.
Paling penting, kata beliau adalah untuk memastikan Najib menang dalam PRU ke-13, tidak kisah apa jadi kepada Umno atau pemimpin yang lainnya.
Mungkin juga, ujarnya Datuk Seri Najib boleh mengagih-agihkan tugasan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada isterinya.
“Mana-mana program yang tidak sempat dihadirinya boleh diserahkan kepada isterinya, kerana isterinya juga bukan calang-calang orang.
“Dengan itu, isterinya boleh diangkat setanding dengan menteri-menteri kabinet yang lain, serta boleh menentukan dasar dan polisi negara,” katanya lagi.
Selain itu, kata Riduan banyak idea dan projek negara serta peruntukan-peruntukan besar boleh ‘disalurkan’ melalui isterinya.
“Ini barulah dinamakan ‘perkongsian bijak’ antara suami dan isteri yang boleh mem’faraid’ kan portfolio menteri antara keduanya,” katanya.
Tuesday, 27 March 2012
LIHAT MUKA ADUN UMNO MELAKA YANG DISERBU DI KELAB MALAM....
,
Author: tukartayarbaru
|
Filed Under:
MELAKA
|
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang dilaporkan diperiksa polis yang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, ia perlu memandangkan rakyat, selaku pengundi, ingin mengetahui siapakah wakil rakyat berkenaan.
Menurut Kamaruddin, sekiranya Mohd Ali gagal mendedahkan nama wakil rakyat terbabit, PAS akan mengambil tindakan mendedahkan identiti wakil rakyat berkenaan.
"Kita tahu siapa wakil rakyat yang dimaksudkan ini. Memadailah saya katakan beliau bukan wakil rakyat dari MCA atau MIC.
"Sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Mohd Ali bertanggungjawab memaklumkan keadaan sebenarnya kepada rakyat selain bertindak adil dalam isu ini.
"Sebab itulah kami memberi tempoh seminggu kepada beliau, dan sekiranya gagal, maka kita akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu," katanya.
Beliau turut menggesa pihak polis supaya tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku.
Katanya, kejadian seumpama itu perlu diambil tindakan dengan seadilnya, tidak kira wakil rakyat yang terbabit adalah daripada parti yang memerintah.
Dalam serbuan jam 2.40 pagi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis telah memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.
Dalam pemeriksaan awal itu juga seramai 12 telah didapati positif dadah.
Monday, 26 March 2012
Aku dah bagi klu tadi kan untuk teka siapa ADUN yang jaga kelab malam? Sekarang aku mahu tulis yang terang lagi bersulu dan tiak mahu lagi samar-samar kerana ingin membersihkan nama UMNO dari sampah kejahatan yang selalu dilontar oleh PR.
NAMA : SDR. MOHD. YAZED BIN HJ. KHAMIS,
TARIKH LAHIR / TEMPAT LAHIR : 09.05.1966
NO. KAD PENGENALAN : 660509-04-5441
ALAMAT : 53 JALAN CEMPAKA 7, TAMAN SERI CEMPAKA,
75400 PERINGGIT, MELAKA.
NO. TELEFON
i) BIMBIT : 019 - 6674104
ii) RUMAH : 06 - 2845731
iii) PEJABAT :
STATUS PERKAHWINAN :BERKAHWIN
BILANGAN ANAK :3
TARAF PENDIDIKAN
i) SEKOLAH RENDAH :SEK KEB AIR BAROK
ii) SEKOLAH MENENGAH :SEK MEN DATUK BENDAHARA
iii) UNIVERSITI / KOLEJ :UITM. DIPLOMA UKUR BAHAN
JAWATAN DI
i) PERHUBUNGAN :JAWATAN KUASA PERHUBUNGAN NEGERI MELAKA
ii) BAHAGIAN : BEKAS KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAH JASIN
iii) CAWANGAN : KETUA PEMUDA CAWANGAN KEMENDOR
PENGALAMAN PEKERJAAN : AHLI PERNIAGAAN
AKTIVITI SUKARELAWAN / NGO
JAWATANG YANG DISANDANG
i) POLITIK : KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN
ii) NGO :
1. Pengerusi Belia 4B Cawangan Kemendor
2. Pengerusi Bola Sepak Lega Perdana Melaka
3. Nazir PLKN Negeri Melaka
Dan yang paling penting adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka
Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/26/2012 03:45:00 PM
http://kijang59.blogspot.com/2012/03/kemaskini-adun-rim-yang-ditangkap-di.html
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Analisis Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaa...
-
Isu video panas Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno kini menjadi bualan ramai. Banyak pihak yang ingin menontonnya untuk melihat k...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah pali...
-
SENARAI MENTERI BN YANG MELANCONG KE SARAWAK MINGGU INI. SILA TANDAKAN (X) JIKA ANDA MENEMUI MEREKA DI SARAWAK PADA 15 DAN 16 APRIL 20...
-
GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Jumlah korban dalam nahas bas terjunam ke gaung ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur ...
-
Sah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melarikan diri sebentar tadi. Perkara ini amat memeranjatkan PM Najib yang pastinya tidak dapat menghalang p...
-
Kelantan dijangka menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Titah...


















