www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday, 29 April 2012

SAKSIKAN AISYAH SERTAI BERSIH 3.0......TAKBIR....



Aishah menyertai perhimpunan Bersih.
PETALING JAYA: Penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.
Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.
Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program "Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah" di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.
Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.
Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

2 comments:

prof kangkong on 1 May 2012 at 05:57 said...

biar kan la.. dia masuk pas pun elok. perangai dulu mcm setan, nikah kat siam. tak de job buat show, mula rasa insaf, konon pas boleh ampunkan dosa dia. peminat tak xde, masuk umno pun buat semak je..

Unknown on 3 May 2012 at 23:29 said...

sama2lh kta brdoa agar ALLAH beri hidayah buat aisyah utk kmbali ke jln kbenaran.dekatkn diri pd ALlah dn jdikn Al Quran sbg panduan.pd ALLAH tmpat kta mgadu dn mmohon prtolongan.sujud pd ILAHI dn carilh redha ILLAHI.Insyaallah hti akan tenang.bkn dgn ikut prhpunan ni.
fikir fikirknlh aisyah.

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online