www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 26 July 2011

PENGUNDI HANTU, AKHIRNYA DIAKUI OLEH SPR....Hapuskan Mereka....

Setelah 16 hari selepas Himpunan Bersih 2 maka akhirnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar telah mengaku bahawa terdapatnya  klon kepada kad pengenalan pengundi yang terdapat dalam daftar pemilih sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Secara tidak langsung Datuk Wan Ahmad telah mengaku  bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR yang sah.

Kenyataan beliau telah dikeluarkan oleh The Star bertarikh 24hb Julai 2011 di bawah tajuk  ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”. Datuk Wan Ahmad pula meminta parti politik dan Individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Ini merupakan kenyataan “U Turn”  SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat(PR) mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya. Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2.

Pengakuan SPR ini adalah berdasarkan kepada data yang saya telah keluarkan pada  khamis 21hb Julai 2011 bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 02hb Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam  memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama. Hanya  4 digit terakhir kad pengenalan  iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti  Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan  pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201. Sesiapa sahaja boleh menyemak  melalui laman web SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.

Kes Mariam Binti Su dan  Murugan A/L Subramaniam  telah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh JPN dan SPR iaitu pertamanya Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti.

Keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali. Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya”.

Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah. Salah satu prinsip kepada konsep pengkalan data(database) sistem komputer adalah  tidak dibenarkan pertindanan  identifier  kad pengenalan lama  atau baru. Tetapi JPN telah membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah.

Inilah bukti kesalahan SPR dan JPN. Mana-mana pihak berhak untuk membuat laporan polis berhubung kecuaian (negligent) yang dilakukan oleh JPN dan SPR.

Walaupun bukti-bukti telah menunjukkan bahawa terdapat data bertindan yang telah dimasukkan dalam daftar pemilih yang sah tetapi malangnya SPR tiada hak dengan mudah untuk membatalkannya. Ia terpaksa melalui  proses yang rumit untuk membatalkannya. Ini kerana seksyen 14, Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 telah manyatakan  bahawa “ Daftar pemilih yang pada masa ini berkuat kuasa hendaklah menjadi keterangan prima facis bagi maksud menentukan sama ada seseorang berhak atau tidak berhak  untuk mengundi  dalam sesuatu pilihanraya dalam mana-mana bahagian pilihan raya”.

Jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat maka  pilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.  Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya.  Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku. Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah.
 
-----------------------------------------

*Penulis adalah Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Read rest of entry

AWAS..!. WARGA EMAS F.JENGKA 18 DIPUKAU BELI BATU PERMATA PALSU BERNILAI RM67,800.00.


TIDAK sukar untuk menjejaki rumah peneroka berusia 78 tahun ini di Felda Seroja 18 di Jengka, Pahang.

Nasib menyebelahi wartawan Mingguan mStar kerana sewaktu tiba di rumahnya, dia baru sahaja pulang dari Chenor yang terletak lebih kurang 5 kilometer.

Riak wajahnya begitu ceria dalam pertemuan pada petang itu dan dia sedikit pun tidak membayangkan sejarah hitam yang berlaku dirinya apabila pernah ditipu melalui pukau.
Ternyata penipuan melalui pukau tidak mengenal mangsa dan Mohamed Awang Da merupakan salah seorang daripadanya .

Dalam keadaan separuh sedar, dia kehilangan RM67,800 dalam tempoh singkat. Semuanya bermula sejak pertemuan dengan seorang lelaki yang sehingga ke hari ini tidak diketahui namanya pada pagi 18 April lalu di Temerloh, Pahang.

Boleh cerita bagaimana bermula?

Mohamed Awang Da: Tak ingat sangat. Masa tu keluar ke kedai membeli barang di Temerloh. Tapi saya tahu dia muda, usia hampir 30 tahun. Dia tegur saya berhampiran dengan Bangunan Tabung Haji di Temerloh. Dia tanya tentang Haji Husin. Budak itu tak beritahu nama dia. Saya pula entah bagaimana tak bertanya pula.

Reaksi Pak Mat?

Saya tanya siapa Haji Husin dan tinggal di mana. Dia cuma beritahu Haji Husin menetap di Temerloh. Saya beritahu yang saya tinggal di Jengka. Saya tak kenal (Haji Husin).

Selepas itu apa jadi?

Tiba-tiba selepas itu ada orang lalu dekat dengan kami berdua. Budak tu panggil orang tu. Nama dia Haji Mat Saad, dah tua tetapi lebih muda daripada saya. Dalam lingkungan 50-an. Haji Mat Saad pun ditanya kenal Haji Husin atau tidak. Tapi jawapannya tak kenal.

Kenapa cari Haji Husin?

 
 
Batu permata akan bersinar apabila direndam dalam air.
 
Budak tu beritahu dia dapat satu barang dari dalam tanah. Haji Husin mungkin adalah orang yang tahu tentang kegunaan dan keistimewaan barang tersebut. Haji Mat Saad kemudian tanya dia tentang barang itu dan minta agar ditunjukkan kepada kami.

Pak Mat dengar saja?

Saya dah nak balik. Tapi dia tahan (tidak benarkan balik). Saya ikut saja. Haji Mat Saad beritahu barang tersebut berharga. Tidak lama kemudian Haji Mat Saad berkata adiknya mungkin mahu beli sebab adiknya seorang ahli perniagaan, ada banyak wang.

Barang apa?

Seperti batu permata, warna merah. Budak tu keluarkannya dari kotak celak yang dibeli dari Mekah. Katanya, batu permata itu sangat istimewa. Haji Mat Saad tanya harga, dia jawab RM100,000. Haji Mat Saad kata adiknya mampu beli dengan harga RM200,000.
Pak Mat tak beli?

Saya tak minat. Tak tahu nak guna untuk buat apa. Tapi katanya bila (batu permata) direndam di dalam air, warna merahnya bernyala seperti bercahaya. Haji Mat Saad tanya kenapa tak jual saja. Budak itu menjawab ia bukan untuk dijual tapi lebih kepada derma. Hasilnya (derma) akan disumbangkan kepada rumah anak yatim dan rumah orang tua.

Tak cuba nak balik?

Budak tu masih tahan saya, tidak boleh balik. Haji Mat Saad ada beritahu adiknya di Hospital Temerloh kerana melawat makcik. Saya entah bagaimana tawarkan Haji Mat Saad untuk menghantarnya ke hospital. Haji Mat Saad setuju. Budak itu pun ikut kami.

Budak itu mahu jual pada siapa?

Di dalam kereta, budak tu beritahu tentang batu permata tu hendak dijual dengan orang yang pertama dijumpainya tadi. Sayalah orang itu. Tapi saya memang tak nak beli. Saya memang tak pandai guna benda tu. Saya bukannya ada duit. Bukannya berniaga.
Apa yang Pak Mat fikir?
Seronok juga dengar cerita mereka. Nak lihat bagaimana urus niaga jual batu permata, sama ada berjaya atau tidak. Sambil mendengar cerita, saya memandu saja tapi tak sampai ke hospital sebab Haji Mat Saad minta berhenti di Pasar Raya Terus Maju.
Kenapa?
Adik Haji Mat Saad nak jumpa di situ. Namanya Haji Osman. Memang nampak macam orang kaya. Dia pakai ‘smart’ dan memang bergaya. Siap bawa ‘briefcase’ (beg bimbit). Dia pun masuk ke dalam kereta saya dan berbual dengan budak itu dan Haji Mat Saad.

Pak Mat pelawa Haji Osman masuk kereta?

 
Sehingga kini Awang tidak nampak keistimewaan batu permata 
yang diserahkan oleh lelaki tidak dikenali.
 
Dia sendiri yang masuk. Kalau saya suruh dia dan yang lain keluar nanti dikata apa pula. Tak kan nak halau. Saya macam berat nak kata apa-apa. Haji Osman pelawa budak itu datang ke rumah sebab nak ambil duit. Budak itu tak mahu sebab hendak serahkan juga barang tu kepada saya berdasarkan amanat dalam mimpi. Tapi saya memang tak nak.

Lepas tu apa berlaku?

Selepas itu Haji Osman minta saya dahulukan duit untuk dapatkan batu permata. Saya turutkan saja, tidak pula membantah. Saya diarah pulang ke rumah di Jengka 18 untuk mengambil buku akaun bagi mengeluarkan wang di Temerloh. Wang tunai sebanyak RM2,800 yang ada pada saya diserahkan kepada mereka terlebih dahulu.

Ada sesiapa di rumah? 

Isteri saya. Tapi saya pulang sekejap saja ambil buku akaun dalam bilik tidur. Tak cakap apa-apa pun dengan dia (isteri). Sekejap saja di rumah. Haji Mat Saad seorang saja ikut ke rumah. Lain-lain tunggu di Pasar Raya Terus Maju.

Pak Mat pergi ambil mereka yang lain?

Tak. Haji Osman suruh saya terus pergi keluarkan wang di Temerloh. Saya turutkan saja. Saya keluarkan wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM52,000 dan RM13,000 daripada Bank Rakyat. Lepas tu saya serahkan semua wang kepada Haji Osman dan kemudian dia beri saya batu permata. Ketika itu tak terfikir macam mana batu permata itu ada pada dia sebab ia milik budak yang mula-mula saya jumpa.

Pak Mat tak syak apa-apa?

Saya tak nampak mereka macam orang jahat. Tapi lepas terkena (tertipu), saya rasa mereka bertiga satu geng. Agaknya, Haji Osman tu bukan adik Haji Mat Saad. Masing-masing memang rancang nak kenakan saya. Mereka nampak saja baik tapi ada muslihat.

Bila Pak Mat rasa tertipu?

Bila Haji Osman sepatutnya hendak datang ke rumah esoknya untuk pulangkan duit yang dipinjam. Katanya, nak datang sekitar pukul 10 pagi. Tapi sampai ke pukul 1 tengah hari tak muncul-muncul. Saya cuba hubungi dia banyak kali. Tapi tak dapat, nombor telefon palsu. Baru rasa ditipu. Lepas tu saya ceritakan perkara yang berlaku kepada isteri sebelum membuat laporan di Balai Polis Temerloh.

Habis semua wang simpanan Pak Mat?

Tak. Masih ada lagi. Dia (Haji Osman) mahu pinjam sebanyak itu saja (RM67,800). Saya tak fikir langsung tentang apa-apa. Ikut saja kemahuan dia. Saya macam jadi bodoh saja. Tak tahu nak kata apa. Rasa marah tu ada juga tapi sudah bukan rezeki saya.

Bagaimana selepas laporan yang dibuat kepada pihak polis?

Tiada apa-apa perkembangan. Saya hanya diberitahu kes tersebut akan disiasat. Saya tahu wang yang hilang tidak akan dikembalikan. Cuma apa yang diharapkan mereka yang memperdayakan saya itu akan tertangkap atau sekurang-kurangnya menerima balasan.

Lesap RM67,800 kerana ‘permata’

> Pak Mat yang masih menyimpan batu permata tersebut telah menunjukkannya kepada wartawan Mingguan mStar di rumahnya.
> Batu tersebut didapati bersinar apabila Pak Mat merendamkannya dalam air.
> Apabila dikeluarkan dari rendaman, objek tersebut masih bersinar beberapa saat sebelum terpadam.
> Sehingga kini Pak Mat tidak tahu kegunaan batu permata.
> Ia hanya dijadikan bahan tontonan rakan-rakan dan penduduk kampung yang mengetahui kisah Pak Mat dipukau.
> Disebabkan objek itu Pak Mat kerugian sebanyak RM67,800.
Read rest of entry

PEGAWAI SPRM PUN RASUAH...........memalukan...


KUALA LUMPUR: Seorang bekas Penolong Penguasa Badan Pencegah Rasuah (BPR) dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Saidin Tamby.

Hakim Datuk Su Geok Yiam memerintahkan Rahiman Selamat, 52, menjalani hukuman itu mula hari ini (Isnin, 25 Julai) selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen membebas dan melepaskan Rahiman pada 2001 atas tuduhan menerima jam tangan Rolex Oyster Perpetual bernilai RM3,000 daripada orang tengah, yang juga peniaga kereta terpakai, Razif Kamaruddinas sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap Saidin.

Hakim juga menolak permohonan peguam tertuduh, Mohd Firuz Jaffril, untuk menangguhkan hukuman.

Rahiman didakwa melakukan kesalahan itu pada 17 April 1998 di Syarikat Golden Time, Lot 3.03, Tingkat Tiga, The Mall, Jalan Putra, di sini.

Pada prosiding, Isnin, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais dan Wong Poi Yoke.

Pada 1999, Rahiman dan Timbalan Pendakwa Raya dari BPR (kini SPRM), Mohd Razib Othman didakwa bersama menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak mendakwa Saidin.

Bagaimanapun, Mohd Razib didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen dan dihukum penjara dua tahun dan denda RM80,000 kerana menerima jam tangan jenama Philip Charriol bernilai RM4,215 melalu Razif pada 19 Mei, 1998.

Pada 12 Februari tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen terhadap Mohd Razib. - BERNAMA
Read rest of entry

Monday, 25 July 2011

RAKAMAN VIDEO TV HITAM PUTIH POLIS DITERTAWAKAN RAKYAT 1MALAYSIA.....Kesian Polis.

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
 
Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.

Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” ujarnya.

Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Menurutnya, adalah mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit.


“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka.

Persoalannya, tambah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.
Read rest of entry

PERTANDINGAN MENIPU 1MALAYSIA ANTARA RTM DAN YOUTUBE. SIAPA JUARA? Saksikan sandiwara ini....


KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video rakaman perhimpunan haram pada 9 Julai lepas secara berterusan bagi mendedahkan perkara sebenar yang telah berlaku, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata rakaman video yang mula disiarkan malam tadi perlu ditonton orang ramai yang inginkan jawapan kepada tohmahan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa pihak berkuasa bertindak zalim terhadap peserta perhimpunan haram itu.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia menonton RTM bagi melihat daripada segi sebenar dan tepatnya apa yang telah berlaku dan hakimkan sendiri apa yang telah dirakamkan itu," katanya kepada pemberita selepas mengambil bahagian dalam pertandingan badminton persahabatan antara RTM dengan pasukan Datuk Seri Utama Rais Yatim (DSURY) di sini Ahad.

Katanya RTM akan menayangkan adegan-adegan sebenar perlakuan politik jalanan yang dilakukan pada hari berkenaan, sekaligus menjelaskan siapakah yang sebenarnya berbohong.
Pada perlawanan persahabatan itu, pasukan DSURY menewaskan RTM.

Ditanya sama ada rakaman video yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan diedarkan ke stesen televisyen lain, Rais berkata pihaknya akan berbuat demikian sekiranya PDRM memberikan persetujuan.- BERNAMA

p/s.  ( Dahsyat sungguh pemikiran sipengampu Rais yang cuba membodek Najib. Jika RTM berhasrat menayang berulangkali rakaman Bersih 2.0 semata-mata untuk menipu rakyat, baik lupakanlah. Rakyat bukan bodoh macam orang Umno dan BN. Rakyat akan cari alternatif laindengan membenadingkan rakaman dalam Youtube pula. Selepas itu rakyat akan tahu bahawa RTM memang kaki tipu, akhirnya Rais akan membawa kemaluan buat Najib. Sebenarnya Rais nak berkempen agar Najib calonkan dia lagi dalam PRU13. Ayuh, rakyat jangan diperdaya manusia jahata ini...)
Read rest of entry

Friday, 22 July 2011

DATUK HUSAM DAN DR.HATTA DITAHAN POLIS?

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa hairan mengenai berita yang melaporkan polis akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya dan 12 lagi individu kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung perhimpunan 9 Julai.

NONESetakat ini, katanya, beliau tidak pernah dihubungi polis sama ada dari dari Bukit Aman, ibu pejabat polis Dang Wangi atau ibu pejabat polis Kelantan untuk tujuan tersebut.

"Jadi saya hairan mengapa berita ini (bahawa polis akan mendapatkan waran tangkap). (Saya) tidak dihubungi polis.

"Saya rasa polis kena ikut trend semasa dengan lebih canggih seperti menghubungi melalui SMS, Facebook atau melalui emel," katanya kepada Malaysiakini.

Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan mendakwa tindakan polis itu tidak wajar dan "mensensasikan keadaan".

"Saya bersedia untuk (memberi keterangan) tetapi polis kena tinggalkan pesan ataupun SMS," katanya

Berita Harian hari ini melaporkan, selain Husam dan Anwar, polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 12 individu lain. Manakala seorang lagi, ahli parlimen TItiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggalkan dunia Ahad lalu akibat barah.

NONEYang lainnya termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, timbalan pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula termasuk R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Turut tersenarai ialah ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, A Samad - dalam SMS kepada Malaysiakini - berkata: "Kini semuanya di tangan peguam saya".

NONEManakala Dr Hatta yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, juga dalam SMSnya - berkata beliau tidak tahu menahu mengenai usaha polis untuk mendapatkan keterangan daripadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi sama ada melalui telefon atau surat oleh pihak polis," katanya sambil menyifatkan kenyataan bahawa beliau gagal memberi kerjasama, sebagai berniat jahat.
Sementara itu, naib presiden PKR N Surendran berkata pihaknya terkejut dengan ancaman tangkap terhadap 13 pemipin Pakatan, dan menegaskan bahawa mereka sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis.

Katanya, pemimpin pembangkang sentiasa memberi kerjasama kepada polis walaupun siasatan polis terhadap perhimpunan aman anjuran pembangkang didakwanya sering berat sebelah, tidak adil dan melanggar aktikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya, tidak seorang pun daripada mereka, menerima sebarang notis dari pihak polis untuk memberi keterangan pada 11 Julai.

Surendran berkata sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian, mereka akan memberi kerjasama penuh dan hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi

Beliau berkata, pihaknya menganggap laporan Berita Harian itu sebagai tidak wajar, nakal dan berniat untuk memburuk-burukkan pembangkang.

"Kami memandang serius perkara itu dan menuntut penjelasan segera atau permohonan maaf dari ketua polis negara dan akhbar berkenaan," katanya.
Read rest of entry

MAT SABU AKAN SAMAN POLIS PENIPU AKIBAT VIDEO BERSIH YANG CUBA MENIPU RAKYAT...

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.

"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.

Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".

NONEPolis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh  motosikal yang dinaikinya

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu.

Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan.

Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya.

Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya
Read rest of entry

Wednesday, 20 July 2011

HARAM SOKONG BERSIH 2.0 DIKETUA SI KAFIR AMBIGA? AKU CAKAP KAU TAK PERCAYA............Bacalah

Harakahdaily melaporkan: 

KUALA LUMPUR, 19 Julai — PAS menyifatkan pihak-pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam, Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

“Nabi Muhamad S.A.W. menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.


“Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.


Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan pemblog Umno yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.


Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.


Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang.


Selain beliau turut ditahan ialah timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.


Menurut Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.


Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.


Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.


Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya. -
TMI.
Itu dari segi kias hukum. Ada nas dia. Dalam PAS untuk isu-isu besar macam ni kalau tak dapat pengesahan dari Majlis Syura' lengkap dengan nas dan hujjah, pimpinan takkan berani pandai-pandai sendiri.

Kalau perjanjian yang diketuai oleh mushrikin Quraisy pun Nabi kata dia akan sertai, apa sangat tahap tentangan Ambiga dengan Islam. Ambiga cuma jadi peguam bela kepada orang nak murtad, satu tindakan yang dibenarkan termasuk oleh mahkamah syariah, sedangkan kafir Quraisy berperang dengan orang Islam diketuai oleh Nabi Muhammad sendiri.

Selain dari tu puak-puak pencacai guna alasan pasai himpunan BERSIH 2.0 tu nak tumbangkan kuasa orang melayu, pasai tu la depa kata HARAM sokong BERSIH.

Takdak pun dalam tuntutan BERSIH 2.0 nak tumbangkan kerajaan sedia ada. Cumanya kalau semua tuntutan BERSIH tu ditunaikan hampir pasti kerajaan yang sedia ada akan tumbang masa PRU13 nanti.

Kalau kerajaan Umno BN tumbang pasai apa pulak nak kata kerajaan melayu tumbang? Ingat Umno saja yang melayu,  lagi pun, tara mana sangat Umno jaga melayu?

Tulisan orang melayu iaitu tulisan jawi dah hampir nak pupus. Bahasa melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan masih belum merdeka terutamanya dalam sektor swasta, tanah rizab melayu semakin berkurang tak berganti walaupun jelas dalam perlembagaan kena diganti dan biasiswa yang dijamin perlembagaan diganti dengan PTPTN.

Undang-undang Islam pun tak tertegak jugak walaupun dah lebih 50 tahun Umno memerintah. DEB yang sasarkan cuma 30% pegangan melayu tu pun tak tercapai sampai sekarang. Banyak lagi kalau nak disenaraikan kegagalan Umno mempertahankan melayu, gagal pasai depa sendiri yang menyeleweng.

Tu pun ada hati dengan muka tak malu mengaku pejuang melayu dan Islam.

Lagi satu BERSIH didakwa mengancam keselamatan negara. Masa sebelum 9 Julai polis siap ada jumpa molokof koktail siap dengan parang lagi. Kata ada dana dari luar malah ada yang dakwa BERSIH 2.0 tu sebagai perancangan Zionis.

Masalahnya pasai apa BERSIH 2.0 berlangsung dengan aman, takdak sebiji kereta pun yang pecah cermin, takdak sebijik kedai pun yang pecah pintu malah takdak satu pasu bunga pun yang beralih. Kalau ada pun lasai terlanggar pasai lari PRU ligan, atau mata pedih kena asap.

Yang herannya, langsung tak jumpa molokof koktail atau parang padahal habih beg depa geledah sampai ada yang kena tahan pasai polis jumpa garam dalam beg.

Bharian pulak dengan bangangnya dakwa batang bendera kecik sebagai pisau yang dibawa peserta himpunan. Dakwa ada yang baling batu padahal depa baling balik bekas asap pemedih mata.

Abdul Razak Endut, individu yang mengaku insan yang difitnah tu katanya akan saman BHarian dalam masa terdekat.

Kesimpulannya, kat mana yang haramnya sokong BERSIH yang diketuai si kafir Ambiga tu, kat mana salahnya?

Salahnya pasai tak lain tak bukan pasai menderhaka kepada kerajaan Umno BN pasai Umno BN rasa rasa depa perlu disembah macam orang melayu dulu-dulu sembah raja.
Read rest of entry

Tuesday, 19 July 2011

MENTERI KDN YANG PALING PENGECUT...........Bertaubatlah Hishamuddin....


KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS mengucapkan tahniah di atas keberanian 11 doktor Hospital Tung Shin yang tidak berganjak daripada pendirian mereka mengatakan bahawa sememangnya polis menembak gas pemedih mata dan air berasid ke pekarangan hospital pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, walaupun pihak polis dan menteri cuba menafikan, namun mereka tetap bertegas sememangnya polis melakukan tindakan itu.

Menurutnya, mereka bersedia untuk memberi keterangan kepada polis pada bila-bila masa mengenai perkara tersebut.

11 orang doktor terdiri daripada Dr Ng Kwee Boon, Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

Mereka juga hairan kenapa Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku, sedangkan mereka tidak berada di situ.

“Rakyat tertanya-tanya mana pergi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, selaku Menteri Dalam Negeri, beliau mesti mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku, selaku menteri yang menjaga hal ehwal kepolisan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Idris menambah, Hishammuddin tidak boleh melepaskan diri dengan tragedi 9 Julai kerana sikap tidak profesional polis dan keganasan mereka sudah ditonton oleh dunia.

“Hishammuddin mesti dipertanggungjawab, jangan beliau hanya berlagak dengan kuasanya sahaja untuk membuat ugutan kepada rakyat, tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk mengurus anak buahnya supaya bertindak secara profesional,” ujarnya.

Beliau berkata, di dalam peperangan pun hospital dan mereka yang terlibat dalm paramedik dilindungi.

“Sedangkan ini hanya himpunan aman, undang-undang mana Hishammuddin ajar polis untuk bertindak sedemikian rupa,” katanya lagi.

Tambahnya, terdapat bukti bergambar yang dirakam memang berlaku tembakan gas pemedih mata dan air berasid di perkarangan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina di Jalan Pudu, bukan hospital di Gaza Palestin.
Read rest of entry

Monday, 18 July 2011

MEMALUKAN....! UiTM MENJADI GILA BUAT ANUGERAH BEKAS BANDUAN ISA..... MENJIJIKKAN.


Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya.

Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.
Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Kriteria lain adalah:

• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus
• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM

NONEIdea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.

Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.
Ibrahim, yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas adalah bekas pelajar UiTM.

NONEBeliau belajar di sana dari 1971 hingga 1974. Seorang aktivis pelajar ketika itu, beliau banyak menyertai perhimpunan anti kerajaan.

Ibrahim pernah ditangkap selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) ketika hampir tamat pengajiannya.

Beliau kini mempin kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang mahu keistimewaan termasuk biasiswa dan segala bantuan hanya dikhususkan kepada orang Melayu sahaja.
Read rest of entry

MAKSIAT DI MELAKA SAMPAI 3 PAGI. MANA ULAMAK UMNO, TIDUR KE? KENAPA TAK IKUT KEDAH?


Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

rustam ali silat group bersih 4Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.
Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

NONESementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.
Read rest of entry

NEGARA KOMUNIS SAHAJA TIDAK BENARKAN DEMONTRASI. MALAYSIA NAK JADI APA?

  KUALA LUMPUR, 18 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, seluruh negara yang mengamalkan demokrasi moden mengizinkan rakyatnya meluahkan perasaan kepada kerajaan.

Ia bukan sahaja melalui wakil rakyat di parlimen, malah melalui media dan juga demonstrasi aman.

"Kerajaan bertanggungjawab melalui polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan jalan raya dan peserta demonstrasi. Ini berlaku di seluruh dunia.

"Yang tak benar demonstrasi ini hanya negara komunis sahaja, kalau demonstrasi dia tangkap" katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di sebuah hotel di Ampang, semalam.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata demikian sebagai membidas tindakan kerajaan yang menyifatkan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai himpunan haram.

Malah lebih teruk dari itu, pihak keselamatan menggunakan kekerasan semasa menangani peserta himpunan itu sehingga ramai yang cedera dan salah seorang darinya meninggal dunia.

Sementara itu, mengulas impak himpunan yang disertai lebih 50, 000 rakyat itu, presiden PAS itu berkata ianya telah berjaya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia berhubung kepincangan sistem pilihan raya negara.

Kejayaan itu jelasnya dapat di lihat dari awal apabila penyertaan begitu besar dalam himpunan itu yang hadir dari seluruh negara biarpun pihak kerajaan menggunakan pelbagai cara bagi menghalang himpunan tersebut daripada berlangsung.

"Alhamdulillah, kita dapat respon positif dari masyarakat yang bermaklumat.

"Follow up kita diseluruh negara, melalui ceramah-ceramah kita mendapat sambutan yang sangat hebat," katanya
Read rest of entry

BN SEMAKIN NAZAK DAN TERANCAM, KATA ANAK BEKAS PM MAHATHIR. SEBAB APA?


BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

marina mahathir interview 181105 happy“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.
 
“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

NONEPada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

NONE“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.
Read rest of entry

Sunday, 17 July 2011

PRESIDEN MCA BELASAH UMNO MELAKA : JUDI BUKAN BUDAYA ORANG CINA. BODOHNYA UMNO MELAKA.......


Memang sah bodoh orang Umno Melaka. Ada ke patut kata orang cina suka berjudi. Tapi orang Cina MCA pun bodoh sama sebab dah lama bersama BN tapi dasar perkauman  antara mereka masih menebal lagi. Keluar MCA la atau keluar BN, apa lagi nak diharapkan pada Umno Melaka yang jahat tu. Jika Cua Sooi Lek anak jantan sepertimana pengakaun skandal seks beliau, maka jalan terbaik tinggalkan Umno, ada berani?

Mengulas perkara berlainan, Dr Chua menyangkal pendapat yang mengatakan judi menjadi amalan masyarakat Cina.

"Judi bawa impak negatif kepada masyarakat, malahan kalau ikut kata-kata masyarakat Cina dahulu menyebut 'lebih baik mempunyai seorang anak yang cacat daripada mempunyai anak yang kaki judi'," katanya.

Isnin lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Mohamed Yunos Husin ketika menjawab soalan di Dewan Undangan Negeri berkata judi tidak boleh disekat kerana kegiatan itu budaya masyarakat Cina.- BERNAMA
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online