www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 17 June 2013

UMNO KEDAH PULA CUBA SELAMATKAN NAJIB DARIPADA SERANGAN KU LI DI BORNEO


Badan Perhubungan Umno Kedah bersetuju jawatan Presiden serta Timbalan Presiden parti yang disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ditandingi.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat pertama badan itu selepas pilihan raya umum ke-13 di Bangunan Tunku semalam.

"Saya harap tiada sesiapa menawarkan diri untuk bertanding. Dalam suasana politik hari ini, kedua-dua jawatan penting itu wajar tidak menjadi perebutan.

"Jawatan naib presiden dan lain-lain boleh ditandingi, tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri yang dihadiri 21 daripada 26 anggotanya.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Ahmad Bashah berkata mesyuarat juga memilih bekas Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno peringkat negeri manakala Umno bahagian Sungai Petani dan Padang Serai yang ditadbir Perhubungan Negeri akan diserah semula kepada pengurusan bahagian.

Katanya, beliau akan mengutus surat kepada Umno Malaysia agar pengurusan pentadbiran bahagian Sungai Petani diserah semula kepada ketuanya, Ali Yahya manakala Padang Serai kepada pemangku ketua bahagian, Halim Hassan.

Bahagian Sungai Petani berdepan masalah dalaman sejak 2010 manakala Padang Serai mulai awal tahun lepas, menyebabkan pentadbiran kedua-duanya diambil alih Perhubungan Negeri.

Mengulas pemilihan parti akan datang, Ahmad Bashah berkata penerangan kepada anggota adalah penting kerana banyak elemen baharu, antaranya, cawangan diberi kuota mengundi agar tidak berlaku kepincangan.

Beliau berkata mesyuarat cawangan peringkat negeri bermula 15 Julai sehingga 31 Ogos ini, diikuti bahagian selepas Majlis Tertinggi menetapkan tarikh.

-Bernama

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online