www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 29 April 2013

PAS TERPESONG KATA UST.KAZIM ELIAS. BODOH SANGATKAH UAI,HARON DIN,ISMAIL KAMUS DLL?


KUALA LUMPUR: PAS sudah lari dari matlamat asalnya apabila tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam terutamanya dalam hal melibatkan isu akidah umat Islam, kata penceramah bebas Ustaz Kazim Elias (gambar).

Sambil melahirkan kekecewaannya dengan parti yang dianggotainya sejak sekian lama, beliau berkata 'arus' parti itu juga berbeza selepas menyertai pakatan pembangkang.
Berikutan itu, katanya beliau membawa dirinya lari daripada 'arus' PAS yang dilihatnya tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam semata-mata.
Beliau bercakap selaku anggota panel Wacana Isu-isu Islam dan Umat Islam menjelang PRU-13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, Ahad.
Antara anggota panel lain ialah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad; dan Ketua Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan. Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata Umno adalah seperti 'bangunan yang sudah kukuh yang tidak perlu ditukar dengan yang baru'.
"Jika ada kerosakan (pada bangunan itu), ia hanya perlu dibaiki segera. Repair yang mana rosak, repair yang mana tak elok, sebab bangunannya masih elok, boleh menjamin keselamatan kita," katanya.
Ustaz Kazim juga mengakui bahawa beliau menyokong usaha penyatuan antara Umno dan PAS.
"Saya cakap (perkara ini) sejak lima enam tahun lepas, dah sampai masa kita bersatu, baik orang Umno, baik orang PAS, carilah jalan bersatu," katanya. - BERNAMA

2 comments:

GEBU on 29 April 2013 at 10:03 said...

Saya nak tanya Ustaz Kazim ala Kazam, PAS lari dari perjuangan sebab akidah? Betul ke akidah ustaz yang menyokong parti yang tak mau melaksanakan hukum Islam? Bukan kah percaya kepada kitab tu salah satu dari RUKUN IMAN?
Saya ni jahil dalam ugama, tak macam ustaz yang arif dalam agama dengan ayat2 Quran dan Hadith yang macam ayor pada ustaz.
Pada pendapat saya yang dangkal ni, kalau asasnya tak betul macam mana ustaz anggap UMNO tu macam bangunan yang kukuh?
Inilah ahli agama yang terpengaruh dengan dunia yang sementara untuknya lebih diutamakan.

badang on 30 April 2013 at 10:16 said...

Minta tuan tanah tukar kaler tulisan..ambo dok nampak nak baca kat henpom kalu tulisan kuning. Tukar laa warna selain kuning..maklum laa mata dah uzur.. (itu pun kalu tuan tnh tak keberatan..) huhu

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online