www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday, 7 September 2012

LAGI SELEBRITI TERKENAL HIJRAH PAKAI TUDUNG. LETAK JAWATAN DI TV3


PETALING JAYA: Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen itu bukan kerana imejnya yang sudah berhijab.
Nurul Syuhada, 28, sebaliknya berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.
“Peletakan jawatan saya tiada kena mengena dengan perubahan saya sekarang sebaliknya pihak pengurusan TV3 juga menyambut baik penghijrahan itu.
"Lagipun sepanjang enam tahun bersama TV3, mereka sentiasa menyokong saya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad di sini pada Khamis.
Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa Jumaat (hari ini).
Dalam pada itu, Nurul yang juara Malaysian Top Host memberitahu dia juga akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).
Nurul memberitahu dia sedih dengan keputusan itu tetapi mempunyai perancangan lain selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga termasuklah memikirkan hasrat menimang cahaya mata
"Sedih memanglah kerana terpaksa tinggalkan kerjaya yang amat saya cintai. Tetapi saya anggap ini sebagai satu perubahan dalam hidup untuk menjadi seorang yang lebih baik," katanya.
Pada 2 September lalu, Nurul dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikritik kerana ulasannya dengan menyebut bandar Bintulu, Sarawak yang akan menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan sebagai bandar daif sebelum ini.
Ulasan itu dibuat ketika beliau mengadakan lintas langsung sempena perarakan Hari Kemerdekaan ke 55 pada 31 Ogos lalu.
Dalam permohonan maaf itu Nurul tidak bermaksud menghina bandar tersebut sebaliknya ia telah disalah tafsir oleh orang ramai.
Nurul yang telah berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa, 30, pada 16 Julai 2011, memulakan tugasnya di TV3 sebagai pengacara Nona.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online