www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday, 14 March 2012

"WASSATIYAH" SLOGAN SI PENIPU. BELANJA TUNANG ANAK PM RM 409,767.00. BELUM KAHWIN TU?

Pertubuhan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) hari ini memberi ingatan berhubung sentimen rakyat pada waktu ini yang dilihat semakin resah dan marah dengan gaya hidup mewah yang ditunjukkan keluarga perdana menteri.

Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perkara itu dilihat apabila rakyat pada waktu ini masih bergelut untuk menampung kos sara hidup namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berbelanja "super mewah" untuk majlis pertunangan anak dengan kos mencecah RM409,767. 

"Inikah teladan seorang pemimpin yang beria-ia mewujudkan sebuah institusi bernama Institut Wasatiyyah untuk menyampaikan kempen kesederhanaan kepada seluruh dunia dalam semua aspek kehidupan," soal Mohd Azmi dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, TERAS amat terkejut dengan pendedahan mengenai perbelanjaan berkenaan, seperti yang disahkan oleh Hotel Shangri-La Kuala Lumpur – penyedia katering untuk jamuan bankuet yang berlangsung pada 17 Jun tahun lalu.

"Bukan sahaja ini akan menimbulkan persoalan di kalangan rakyat, malah Islam sama sekali melarang berbelanja secara membazir dalam majlis peribadi mereka," katanya lagi.

Tambahnya, perdana menteri tidak boleh sekadar memberi alasan untuk menonjolkan kemewahan keluarganya dengan mengatakan bahawa "ini wang peribadinya."

"TERAS ingin mengingatkan, inilah punca kebangkitan rakyat di Asia Barat yang telah menjatuhkan pemimpin mereka akibat tidak lagi dapat menerima gaya hidup keluarga pemimpin yang serba mewah sedangkan rakyat berkais-kais pagi, petang dan malam untuk hidup.

"Mungkin di peringkat awal tidak ada siapapun yang berani bangkit mempersoalkan kemewahan hidup pemimpin, tetapi bila kesabaran rakyat sudah sampai ke kemuncak, ledakan amarah rakyat telah menyaksikan satu demi satu pemimpin (negara berkenaan) tumbang," katanya.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan bahawa bil majlis pertunangan itu dibayar oleh pihak kerajaan.


Bil berkenaan sebaliknya telah dibayar oleh Najib dan keluarga perdana menteri itu, menurut PMO dalam satu kenyataan.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online