www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday, 8 January 2012

5,000 SAHAJA, DI MANA NAK LETAK 95 RIBU LAGI? 901 DIPERANGKAP POLIS?

 
Kawasan parkir di seberang Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, yang dicadangkan sebagai tempat untuk mengadakanperhimpunan aman Isnin ini, hanya boleh memuatkan kira-kira 5,000 orang dan apabila ia penuh, mereka yang datang kemudiannya akan diminta beredar dari situ, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Beliau berkata tiada siapa akan dibenarkan berhimpun di mana-mana tempat lain untuk tujuan serupa, kecuali di kawasan parkir yang dimohon penganjur dan diluluskan Polis Sentul itu.

Bercakap pada majlis taklimat untuk pengarang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, Ismail berkata kelulusan tidak diberi kepada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain di seluruh negara, kecuali di kawasan parkir di seberang kompleks mahkamah.

Perhimpunan berkenaan dirancang diadakan sempena pengumuman keputusan oleh Mahkamah Tinggi berhubung perbicaraan Pemimpin Pembangkang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Ismail berkata walaupun 740 laporan polis dibuat untuk membantah rancangan mengadakan perhimpunan itu, polis membuat keputusan membenarkannya diadakan sejajar dengan semangat Rang Undang-undng Perhimpunan Secara Aman yang diluluskan dua dewan Parlimen baru-baru ini.

Sejajar dengan itu, beliau menasihati penganjur perhimpunan berkenaan supaya mematuhi syarat yang dikenakan polis dan telah mereka persetujui pada perjumpaan selama kira-kira sejam setengah di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata polis, yang sentiasa memantau keadaan di seluruh negara dan komen yang tersiar melalui ruang siber, mungkin mengadakan perjumpaan dengan penganjur perhimpunan itu esok untuk memastikan mereka benar-benar memahami syarat yang dikenakan untuk perhimpunan Isnin ini.

Di samping syarat mengenai lokasi perhimpunan dan orang ramai perlu bersurai apabila kawasan itu sudah dipenuhi, syarat lain ialah larangan penggunaan kata tanda (tagline) "Free Anwar 901" atau "Free Anwar" pada risalah dan sepanduk dan
penyampaian ucapan di venue berkenaan.

Penganjur hanya dibenarkan menggunakan dua pelaung suara untuk tujuan mengawal orang ramai dan mereka juga perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membuat kacau atau mengganggu keamanan hingga boleh menjejaskan prosiding mahkamah.

Selain dilarang membawa senjata, peserta juga perlu beredar dalam tempoh sejam seleaps mahkamah mengumumkan keputusannya berhubung kes itu.

Ismail berharap peserta perhimpunan itu bersikap bertanggungjawab, berkelakuan sopan dan tidak melakukan sesuatu yang boleh membahayakan negara, yang kini mengalami pertumbuhan ekonomi relatif kukuh dan mencatat penurunan kadar jenayah.

"Ini bukan perkara main-main... jangan bertindak macam orang tidak berakal," kata beliau sambil mengingatkan peserta perhimpunan itu supaya menghormati sistem kehakiman negara yang membenarkan seseorang itu menggunakan semua peluang
untuk membuat rayuan dan tiada siapa sepatutnya mencabar pentadbiran keadilan
negara dengan berhimpun di jalanan.

Ismail berkata setiap rakyat negara ini berperanan memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan perkara itu bukan tanggungjawab polis semata-mata.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online